1

3.7K 84 0
                                    


Memang aku marah sekarang ni. Aku marah dengan mama yang suka hati sahaja menerima risikan daripada keluarga lelaki yang aku tak tahu mana asal usulnya pun!

Hampir nak luruh jantung aku apabila mendengar perkhabaran ini daripada mulut adikku sendiri; Alisha Inara. Aku baru bangun daripada koma yang panjang! Hampir 4 tahun aku 'mati' tup tup aku bangun dapat berita macamni.

" Apa ni, mama? Kan orang dah cakap yang orang tak nak kahwin buat masa ni. Orang ada cita-cita nak dikejar," Bantah aku sebantah-bantahnya. Kalau ikut amukan yang aku boleh buat adalah dengan menterbalikkan meja kopi di ruang tamu ini tapi ditahan kerana aku baru sahaja pulang daripada hospital. Tanganku sudah sembuh dari patah tapi masih tidak kuat untuk mengangkat benda berat seperti dulu.

Mama dan papa hanya memberikan pandangan sesama sendiri. Entah apa lah yang merasuk jiwa mereka sekarang sampai tiba-tiba nak nikahkan aku secepat ini.

Aku mahu pergi tapi mama segera mencapai tangan aku. " Sabar, Cahaya. Mama belum lagi nak mulakan muqadimahnya,"

Aku menunggu dengan penuh sabar. Hanya kerana mengenangkan aku tak nak dilabel sebagai anak derhaka atau manusia yang biadap di hadapan keluarga sendiri.

Wajah ahli keluarga aku pandang satu per satu. Dari mama dan papa sehingga ke dua orang adikku yang masih bersekolah. Aku ni banyak benda yang belum ku buat dalam hidup. Nak capai impian itu jauh lagi nampaknya.

Mama menghela nafas dan disusuli dengan kalimah Allah basmallah.

" Mama tahu anak mama ni banyak benda dia nak buat. Anak mama masih meletakkan impian untuk menjadi seorang pelumba kereta yang berjaya. Banyak benda juga kamu terlepas sejak insiden yang hampir meragut nyawa kamu dulu. Syukur kepada Allah yang nyawa kamu dipanjangkan. Cuma mama pinta satu je, Cahaya. Terimalah risikan keluarga Ahnaf. Kita banyak sangat terhutang budi dengan mereka." Air mata mama meleleh jatuh ke pipi; membuatkan separuh hati aku berasa sedikit sayu.

Apa yang banyak sangat kita terhutang budi tu sampai sanggup nak kahwinkan aku dengan anak lelaki mereka?

Aku mahu bertanya lebih tapi papa memberikan pandangan supaya aku berdiam buat masa ni. Nampak gayanya papa memang tak nak membelahi aku.

" Dari kamu kecil sampai ke besar apa je yang kami tak pernah beri pada kamu? Kali ni je, Cahaya Inara. Mama cuma minta kamu setuju sahaja. Mama tahu yang anak mama pasti akan bahagia dengan sesiapa yang mahu berada disamping kamu. Jadi kamu pun perlu reda dengan siapa yang akan berdamping dengan kamu walaupun dia tidaklah sesempurna mana," Pujuk mama lagi; bertambah serabut dikepala ku.

" Tapi mama-..."

Alisha menarik aku naik ke atas diekori Fawwaz; adik lelaki bongsuku yang berumur 12 tahun.

" Kesian mama, Kak Long. Kak Long tak tahu apa yang mama dan papa kena hadap sepanjang Kak Long koma" Itu sahaja yang terkeluar daripada mulut Fawwaz.

" Kalau kau tahu apa yang berlaku, apa kata kau ceritakan pada aku," Mataku mula memfokus pada mereka.

Alisha dan Fawwaz hanya memberikan pandangan yang serba salah. Nampak sangat nak berahsia dengan orang!

" Ini perbincangan rahsia antara mama papa dan keluarga abang Ahnaf. Kalau Kak Long nak tahu Kak Long tanya lah abang sendiri," Jawapan selamat diberikan oleh Alisha.

Terus aku membuntangkan mata aku. Memang tidak lah aku nak bercakap dengan seseorang yang aku tak kenal.

" Kau orang ni tak kesiankan kakak sendiri ke? Kak Long ni dah tak boleh nak drive hanya kerana kaki dan tangan Kak Long dah tak boleh nak berfungsi seperti sebelum ni. Disebabkan itu juga tiada mana-mana penaja nak Kak Long kembali ke litar. Tak cukup lagi dengan tu tiba-tiba mama papa nak kahwinkan Kak Long dengan stranger?? Kenapa Kak Long diuji sampai macam ni sekali?" Air mata aku tumpah kerana aku merasakan aku tidak sekuat dulu.

Bagaimana mahu reda kalau impian sendiri yang baru sahaja nak sampai ke garisan penamat terus seolah-olah ditarik kuat ke belakang pada garisan mula semula? Sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu. 8 tahun aku berusaha untuk sampai ke jauh ini sejak habis SPM aku mula ceburi bidang perlumbaan ini namun hanya sekali dengan satu kesilapan teknikal usaha aku lenyap bagaikan debu yang berterbangan.

Alisha memeluk aku dengen erat. " Kak, Allah jadikan semua ni ada sebab. Bukan nak seksa Kak Long macamni. Allah tak kejam, Kak Long. Allah tahu apa yang terbaik buat Kak Long dan kita semua. Anggap sahaja Allah nak Kak Long berehat panjang daripada lakukan benda yang menjauhkan Kak Long denganNya. Allah rindukan Kak Long sebenarnya,"

" Apa kau cakap ni, Alisha?" Aku terasa dengan kata-katanya. Seperti dia nak kata apa yang aku buat adalah benda yang mendosakan sedangkan aku hanya buat benda yang aku suka sahaja.

Fawwaz pula membuka mulutnya. " Setiap kali Kak Long ke litar berapa kali Kak Long baca doa naik kenderaan? Bukan ke doa itu mustajab daripada terkena kecelakaan? Bagaimana dengan cara pergaulan Kak Long di sana? Solat Kak Long cukup? Fawwaz tahu Kak Long takkan hentikan kereta lumba sampai lah kereta tu betul-betul habis minyak. Jadi, apa yang sebenarnya Kak Long cari dalam kehidupan ni? Adakah kejayaan yang diredai atau kejayaan yang hanya untuk diagung-agungkan Kak Long nak?"

Aku terdiam. Sumpah aku tersentak apabila dibasuh oleh kedua orang adikku yang masih muda tapi matang dalam menutur katanya. Aku malu kerana sepanjang aku hidup aku adalah anak dan adik beradik yang paling 'jahil' dalam bab-bab agama.

Bak kata orang aku bukanlah seorang yang islamik tapi bukan ke tahap satanik. Aku cuma memandang agama aku pegang secara remeh temeh. Sebab dulu aku adalah anak yang paling dimanjakan oleh mama papa. Apa yang aku nak semua mereka berikan sebagai anak tunggal untuk 10 tahun sebelum keluarnya dua ketul anak cacing ni.

Disebabkan hal itu juga papa dan mama tidak mengambil berat tentang apa yang aku patut buat kerana aku ni sejenis kepala batu juga orangnya sehinggakan mereka tak mampu nak memaksa lagi.

Itu nasib baik Alisha dan Fawwaz dihantar ke sekolah agama kalau tidak mungkin kami bertiga juga akan hanyut sama.

" Itu tak menjawab persoalan kenapa Kak Long kena kahwin," Ujar aku dengan mengharapkan agar sesiapa boleh berikan jawapan yang memuaskan hati aku.

Fawwaz mengeluh halus. Eh budak ni dah pandai nak mengeluh pula sekarang?

" Itu namanya jodoh dah sampai lah, Kak Long,"

Aku terus menampar lengan adikku yang kuat menyakat ni. Dalam serius dia ada je dia nak bergurau.

" Kak Long janganlah risau. Lelaki yang nak berkahwin dengan Kak Long tu baik sangat. Kak Long beruntung tau dapat dia sebagai suami. Dah lama dia tunggu Kak Long sedar sebenarnya,"

Jadi lelaki ini ada sewaktu aku sedang koma? Siapa yang bodoh nak tunggu orang yang tiada peluang untuk mencelik mata semula selama 4 tahun? Gila.

" Fine. At least bagi lah Kak Long tengok muka dia sikit. Kak Long pun nak juga keturunan yang elok-elok. Mana lah tahu dapat muka macam Wak Doyok sempat lah Kak Long lari rumah dulu," Aku berkata dengan nada bergurau. Memang itu cara aku bergurau dan ada sesetengah gurauan aku akan buat ataupun tak mengikut situasi.

Alisha menghulurkan telefonnya. Gambar diskrin itu dilihat. Aku mencebik dengan perasaan terkejut.

Boleh tahan juga muka dia. Walaupun bukan muka macam Chris Evans tapi boleh lah sedap mata memandang tambahan dengan wajah yang ada kacukan korea.

Eee tapi poyonya nak pakai kaca mata hitam. Dalam 5 gambar yang aku belek kesemuanya memakai kaca mata. Dia fikir dia kacak ke?

" Setuju ke tidak?" Tanya Alisha inginkan kepastian daripada aku supaya aku tak menukar jawapan lain di kemudian hari.

" Dah kalau kena paksa, kita setuju je lah." Aku membalas pasrah. Bukan teruk pun. Kahwin je lah macam mana aku pernah main pondok-pondok dengan budak sekolah rendah dulu.

Alisha dan Fawwaz terus mengaminkan kesyukuran setelah mendapat lampu hijau daripada aku.

" Ada satu benda yang Kak Long perlu tahu tentang dia. Fawwaz harap Kak Long terima je lah seadanya."

" Apa lagi?" Berdebar pula jantung aku bila Fawwaz cuba nak merungkai satu lagi info tentang lelaki ini. Jangan cakap dia ni ada keturunan darah di raja? Memang aku minta nak kahwin malam ni juga.

" Walaupun dia tidaklah sesempurna mana, tapi yang paling penting mata hatinya sentiasa nampak keindahan yang ada pada Kak Long,"

[ C ] | THE EYES OF OUR HEARTSWhere stories live. Discover now