"Tak nak, sayang kan mengandung aku teman kau sampai tandas lah okay? Janji pastu aku pergi sini sambil tunggu kau. Promise!" Tangan diangkat seperti berikrar.

Aura geleng kepala. Layankan jelah perangai suaminya ini. Mereka kemudian sambung melangkah menuju ke tandas yang terletak bersebelahan dengan dapur.

*

SYILA berjalan pulang ke rumah grandma Aisyah. Tadi waktu grandma Aisyah nak start baking, tiba-tiba telur pula habis. Dia dengan senang hati nak pergi tolong belikan. Daripada tak buat apa-apa dekat rumah orang.

Tapi tanpa dipinta Afzan pula yang asyik ikut dia ke sana ke mari sedari tadi. Entah apa masalah dia pun Syila tak tahu. Mereka berjalan berdua tanpa sebarang kata.

Syila merasakan teramatlah janggal sekarang ini. Mana tak nya, sudah lah dari tadi ikut-ikut orang lepas tu tak bercakap pulak tu! Mati kutu dia kalau hari-hari macam ni.

Sebaik sahaja mereka melintasi rumah khas untuk anak-anak yatim di kampung itu, kanak-kanak yang sedang bermain-main perkarangan rumah melihat ke arah Syila.

"Kak Ila lah!"

"Kak Ila!!"

Bersorakan kanak-kanak itu lantas berlari ke arah Syila. Mereka semua berebut-rebut mahu memeluk Syila. "Kak Ila pergi mana? Semalam kak Ila tak datang sini pun." Ujar salah seorang daripada mereka dengan wajah sedih.

Afzan yang berada di sisi Syila sudah terpinga-pinga. Ni anak siapa ni pergi dekat si Syila ni?
Namun dia hanya memerhati dengan wajah yang beku.

"Kak Ila tak pergi mana-mana pun, kak Ila tidur dekat rumah grandma Aisyah. Sebab tu akak tak datang sini semalam sibuk tolong grandma Aisyah sediakan makanan untuk anak-anak dia." Tutur Syila lembut. Dia menggosok lembut rambut anak-anak yatim itu.

Melihat wajah mereka buat hatinya berasa sedikit tenang. Dia memang suka pergi dekat rumah anak yatim ni bila mak dia tak ada dekat rumah. Disebabkan mak dia tak suruh cari kerja dan dia pun bosan di rumah, dia pun mengambil keputusan untuk tolong Makcik Asnah pemilik rumah anak yatim ini untuk menguruskan mereka.

Seorang kanak-kanak lelaki yang elok memeluk kaki Syila melihat ke arah Afzan. Wajah kacak Afzan dipandang tanpa berkelip. Afzan jadi tak selesa melihat pandangan budak itu. Gay apa budak ni?

"Kakak ni suami akak ke?" Soalnya polos. Terkejut Syila mendengar soalan luar akal budak itu. Habis merah padam mukanya. Malu. Sudahlah situasi dia sekarang ini dengan Afzan tak begitu baik.

"Ha'ah isteri abang, so boleh tak jangan peluk lama-lama sangat? Abang nak cepat balik rumah ni baru boleh dapat peluk." Bersahaja jawapan Afzan. Seakan mengerti kanak-kanak itu pun menjauh sedikit daripada Syila.

"Apa awak cakap macam tu, tak baik lah menipu budak." Syila menjeling Afzan sebelum kembali memandang budak-budak itu. Dia duduk mencangkung.

"Betul apa aku cakap, jangan lama sangat nanti grandma tunggu." Betul jugak kata Afzan lupa pula pasal grandma Aisyah lepas tengok budak-budak ni.

"Okay kids, pergi masuk balik main kat halaman rumah. Akak nak balik. Grandma Aisyah dah tunggu dah. Nanti akak datang kita main lagi okay!" Dia membuat pinky promise bersama kanak-kanak itu. Afzan hanya memerhatikan. Tanpa sedar dia tersenyum sedikit.

'Cute'

Selesai beramah-mesra bersama anak-anak yatim itu mereka kembali meneruskan perjalanan mereka. "Aku tak benarkan kau pakai baju semalam tu. Lagi-lagi depan Noah." Tiba-tiba sahaja Afzan membuka cerita tentang kisah semalam.

'Dah agak dah Afzan akan ungkit balik pasal kejadian semalam' bisik hati Syila. Dia mengeluh berat. "Awak siapa nak halang saya pakai baju apa yang saya nak?" Sila cuba untuk membantah walhal dia tahu yang akhirnya dia akan kalah.

"Aku lelaki dan aku sebagai lelaki aku tahu macam mana mata diorang bila tengok perempuan lagi-lagi bila kau pakai baju seksi tu." Afzan cuba berlagak tenang walaupun dalam hati sudah mendidih.

'Apasal susah sangat nak faham? Aku tak nak orang lain tengok badan kau! Even rambut kau tu sepetutnya kau tutup jangan bagu lelaki lain temgok.' Namun kata-kata itu hanya mampu diungkapkan di dalam hati. Mereka sudah pun berada di halaman rumah.

"Awak bukan mak saya. Saya tak akan dengar cakap awak. Awak bukan siapa-siapa pun dalam hidup saya."

Deng! Bagai ada batu menghempap hati Afzan saat mendengar kata-kata tersebut. Dia sudah tidak mampu bertenang terus dia merentap tangan Syila agar memandangnya.

"Hey! Kau dengar sini, kalau aku nampak kau pakai baju tu karang depan semua orang kau tahu lah apa nasib kau!" Syila gerun melihat wajah Afzan saat ini. Sangat menakutkan!

Dia berusaha untuk merungkaikan pegangan kejap Afzan. Sakit tangannya. "Kau dengar tak apa aku cakap ni?" Naik satu oktaf suara Afzan. Berkaca mata Syila saat ini. Dia mengangguk laju bersama ketakutan masih berusaha untuk merungkaikan pegangan Afzan.

"Aku tak dengar cakap!"

"Le..hic..sak...hic." Berjuraian air mata Syila saat ini. Takut sungguh dengan Afzan ditambah pula pegangannya yang sangat kuat.

"Bang!" Affiz tiba meleraikan pegangan kejap Afzan pada tangan Syila. Sempat dia memberi isyaray kepada Syila untuk masuk ke rumah. Niat ingin mengambil angin tiba-tiba menjadi melihat orang berangin pula.

"Kau kenapa ni weh? Habis merah tangan budak tu kau pegang dengan menangisnya lagi." Marah Affiz. Dia kemudian menepuk-nepuk bahu abangnya. "Cuba marah tu rilek sikit. Jangan ikutkan sangat perasaan tu nanti kau jugak yang susah haih." Afzan seakan-akan tersedar akan perbuatan lantas meraup wajahynya sambil beristighfar.

"Aku tak sengaja. Aku tak tahu kenapa aku nak marah sangat dengan dia tu padahal dia cakap benda betul. Aku ni bukan siapa-siapa dalam hidup dia. Siapa aku nak tegur-tegur dia." Ujar Afzan sedih.

"Bang, kita tegur orang ni tak kira kita ni sedara mara ke apa ke, nama pun orang, manusia selagi boleh tegur kita tegur bang. Takkan lah benda yang salah kau nak biarkan dia buat je benda tu and kau tengok je dengan asalan kau bukan siapa siapa dekat dia? Macam tu? Tak bang, kita selagi boleh tegur kita tegur. Takkan nak tunggu Allah turunkan ujian baru nak insaf? Kadang-kadang teguran orang tu pun dah boleh buat kita insaf tau! Eh sorry lah terceramah sikit." Affiz menggosok lehernya. Rasa cam ustaz lah bagi ceramah kat abang ni.

Afzan diam menghadam ceramah pendek adiknya itu. Ada betulnya jugak. Dia kemudian memeluk bahu Affiz seraya berucap terima kasih dan berlalu masuk ke dalam rumah.

Affiz pula hanya memerhatikan langkah abangnya itu. "Haih abang aku ni memang sah-sah dah suka kat kak Ila ni." Ujarnya bersama senyuman.


*

Bạn đã đọc hết các phần đã được đăng tải.

⏰ Cập nhật Lần cuối: Jun 09, 2023 ⏰

Thêm truyện này vào Thư viện của bạn để nhận thông báo chương mới!

NOAH MARDHIA | ON GOINGNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ