Bab 21

238 15 1
                                    

MELIHAT sahaja Ashraf yang sudah tidur kepenatan di atas sofa itu Noah kembali mengalihkan pandangannya memandang Afzan yang juga turut memandang sahabat mereka itu. 

"So tell me now what the hell is just happend to him?" Soal Noah tegas. Dia tak akan sesekali lepaskan orang yang telah menyakiti keluarga atau sahabat yang telah menjadi sebahagian daripada hidupnya. 

Afzan berpaling memandang Noah bersama wajah yang serius. Dia kemudian mula menceritakan apa yang terjadi sebelum kejadian itu berlaku. 

"Aku tak tahu apa jadi kat dia balik je dia daripada lepak dengan kitaorang tak lama lepas tu dia call Ashraf mintak tolong. Bila kitaorang dan nak start enjin kereta kitaorang dengar dia menjerit sambil sumpah-sumpah orang. Tu yang kitaorang cemas datang rumah dia tu. Bila datang je kitaorang terjah je rumah dia nasib bodyguard tu tak halang maybe sebab dia tahu yang kitaotang member Daniel and bila kitaorang dah masuk kami nampak dia terbaring kat tangga dengan darah mengalir pastu muka dia pun lebam." Terang Afzan panjang lebar. 

Mendengarkan penjelasan sahabatnya itu Noah mengetap rahangnya kuat. "Sampai macam tu sekali dia belasah Daniel?" Soalnya dengan nada yang tertahan-tahan. Belum sempat Afzan untuk menjawap soalan Noah muncul seorang doktor lelaki keluar daripada bilik kecemasan itu sambil membuka gloves ditangannya.

Doktor tersebut memandang mereka sebelum dia membulatkan matanya. Siapa tidak kenal jejaka yang berdiri di depannya ini. Tengku Noah Arjuna seorang business man berjaya di usia yang muda iaitu pada 20 tahun dan kini Noah telah pun berusia 26 tahun. 

Tambahan Noah tersangatlah berpengaruh di dalam dunia gelap. Ini membuatkan ramai orang gerun terhadapnya. Tidak dilupakan juga dua orang kepercayaannya siapa lagi kalau bukan Afzan dan Ashraf. 

Doktor tersebut menelan kasar air liurnya. Baru sahaja doktor itu ingin menjelaskan tentang keadaan sahabat mereka Noah terlebih dahulu memintas doktor tersebut. 

"Wait." Arahnya sebelum meninggalkan doktor tersebut bersama Afzan. Dia melangkah kaki mendekati sofa yang di duduki oleh Ashraf itu lalu mengejutkannya. 

Ashraf yang terjaga daripada lenanya itu terus sahaja berjalan tergesa-gesa menghampiri doktor yang sedia menunggunya itu. "How's my friend doc?" Terus sahaja Ashraf menyoal doktor itu bersama raut wajah yang penuh kerisauan. 

"Alhamdulillah, kawan encik dah selamat melepasi tahap kritikal. Dia kehilangan banyak darah dan nasib sahaja pihak hospital telah menyimpan peket darah yang sesuai dengan kawan encik. Tapi..." Kata-kata doktor itu terhenti disitu sebelum dia memandang satu persatu wajah orang-orang yang berpengaruh di hadapannya itu. 

"Tapi what?" Soal Noah dengan penuh sabar. Ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Daniel. Afzan dan Ashraf juga turut menanti dengan penuh kesabaran ayat yang bakal diucapkan oleh doktor tersebut. 

"Tulang belakang Encik Daniel sedikit retak dan itu akan mengambil masa dalam beberapa bulan untuk kembali pulih." Terang doktor itu dengan rasa bersalah. Kenyataan itu membuatkan ketiga-tiga jejaka tampan di hadapannya itu mengetap rahang masing- masing. 

Perasaan mereka cuma satu ketika itu. Ingin membalas dendam terhadap si pelaku. 

Noah menganggukkan kepalanya tanda faham dengan penjelasan tersebut lalu doktor tersebut berpamitan untuk pergi dari situ. Tidak sanggup dia nak berlama-lama. Boleh sakit jantung dia dengan panahan tajam Noah itu. Sempat dia menerima arahan daripada Afzan untuk menempatkan Daniel dia wad VVIP. 

• • • ❈ • • •

PERLAHAN matanya yang terkatup itu dibuka namun dia kembali menutup matanya apabila pancaran daripada lambut itu menyukarkannya untuk melihat keadaan sekeliling. Sekali lagi dia membuka matanya dan benda pertama yang dia lihat ialah Ashraf yang sedang lena diulit mimpi di sofa berhampiran dengan pintu masuk itu. 

NOAH MARDHIA | ON GOINGWo Geschichten leben. Entdecke jetzt