Bab 18

253 17 6
                                    

SETELAH selesai membersihkan diri Aura melangkah turun ingin menuju ke dapur. Masuk sahaja ke ruang dapur kelihatan Noah yang sedang menggoreng sesuatu di dalam kuali. Melihatkan pemandangan itu sekali lagi Aura terpana. 

Dengan Noah yang memakai baju t-shirt grey dipandankan dengan seluar pendek berparas lutut. 'Hotnya! laki siapa ni?!' Soalnya di dalam hati. Noah nampak begitu arif dalam bab-bab memasak. lihat sahaja cara dia memasukkan bahan masakkan tanpa menghiraukan minyak yang meletop-letop. Apa yang dia masak pun Aura tidak tahu.

Tersentak Aura dari lamunannya setelah mendengar ringisan halus yang terkeluar daripada mulut suaminya. Segera dia bergegas mendapatkan Noah yang masih berdiri di depan masakannya sambil membelek-belek tangan kanannya yang terkena percikan miyak itu.

"Ya Allah macam mana boleh jadi ni?!" Soalnya risau. Pantas sahaja dia meniup kesan lebam kemerahan yang mulai timbul dipermukaan kulit suaminya.

"Takde apa lah sikit je ni." Ujar Noah tanpa mengalihkan sedikit pun tatapannya dari wajah bersih isterinyanya. Aura yang terasa seperti di perhatikan itu mendongakkan wajahnya memandang suaminya. Terus sahaj wajahnya membahang malu melihat tatapan bak helang Noah itu. 

"Awak ke-kenapa tengok saya ma-cam tu?" Soalnya  tergagap. Melihat isterinya yang terkebil-kebil itu membuatkan Noah menarik senyum sinis.   Tangannya yang masih berada digenggaman si isteri di balas manakala tangan  kirinya yang bebas itu dibawa menarik pinggang ramping isterinya. Mendekatkan jarak diantara mereka. 

Aura yang sudah memerah mukanya itu semakin bertambah merah. Rasanya dah tak boleh beza mana tomato dengan mukanya kut. Noah meleraikan genggaman tersebut lalu tangannya dibawa menarik kaca mata bulat Aura yang terletak kemas diantara hidungnya.

"Aku suka kau tak pakai kaca mata. Nampak cantik." Pujinya ikhlas. Mata birunya memerhati segenap wajah cantik itu sebelum diulus perlahan pipi kemerahan isterinya. Aura yang sedia kejung itu bertambah kejung  dengan perilaku pelik suaminya dipagi hari ini.

"Kau rabun jauh kan? one more rabun lkau pun bukannya teruk sangat kan?" soannya lagi tanya menghiraukan Aura yang sudah kelihatan seperti tidak cukup oksigen itu. Dan pemandangan itu membuatkannya semakin nakal mahu mengusik Aura dengan mengusap tepi bibirnya. 

Terus Aura mengundurkan wajahnya dengan tatapan penuh kekeliruan. Dia mengangguk perlahan bagi menjawap pertanyaan suaminya itu. Tak sanggup dia nak bercakap dengan keadaan mereka yang terlalu rapat ini membuatkannya kehilangan oksigen!

"So starting from now aku tak nak kau pakai kaca mata bila dengan aku kecuali bila kau betul-betul tak nampak understood baby?" Arahnya dan dibalas dengan anggukan perlahan Aura. " i want to hear your voice. say it." Sungguh dominan arahan itu di pendengaran Aura. 

"Fa-fa-faham." Ujarnya tergagap-gagap. Noah tersenyum kecil terhadap Aura lalu menepuk lembut kepalanya. tangan kirinya masih setia memeluk kejap pinggang ramping isterunya. 

dalam mereka bersweet itu tiba-tiba mereka terhidu bau hangus membuatkan masing-masing berkerut dahi. Seketika Noah membulatkan matanya memandang kuali yang masih terpasang api itu telah membakar habis ayam yang dimasaknya. 

"Weh Ayam!!!" Jeritnya segera meleraikan pelukkan dan mendapatkan sudip. Aura yang masih terkebil-kebil itu pantas sahaja mengambil kaca matanya yang diletak di atas kebinet lalu digantungkan ditengah-tengah bajunya. Riuh dapur tersebut dengan suara Noah yang tidak henti-henti membebel tentang ayamnya.

• • • ❈ • • •

Thanks for reading, comment & vote!

NOAH MARDHIA | ON GOINGOnde as histórias ganham vida. Descobre agora