Bab 27

176 12 1
                                    

"BABY..." Panggil seseorang menyetakkan Aura yang ralit diulit lena. Dia menggumam kecil sebelum kembali ke alam mimpi.

"Babygirl, bangun." Lagi sekali panggil itu menerjah mimpi indahnya. Namun kali ini bukan setakat suara malah terasa ada satu tangan yang ralit mengusap wajahnya.

Mata dicelikkan sedikit mahu melihat siapa yang mengganggu lenanya itu. Terlihat wajah kacak Noah sedang memberikannya senyuman manis sebelum melabuhkan ciuman di pipi kanannya.
Kesempatan yang ada kena gunakan sebaiknya.

Aura bangun dari pembaringannya. Dia duduk menjulur memandang suaminya yang berada di sebelahnya itu. Wajahnya sehabis baik di segarkan. Dia menggosok-gosok pulak matanya bagi menghilangkan kantuk yang masih tersisa.

Seketika satu tangan menghalang perbuatannya itu. Siapa lagi kalau bukan suami kesayangannya ini.

"Dah lah rosak mata tu nanti sayang." Ujarnya lembut. Haih kan bagus bangun bangun je terus dengar suara seksi! Ceh Aura gatal.

"Awak kenapa kejut saya ni?"

"Teman aku makan. Kau pun belum makan kan lepas isyak tadi?" Soal Noah memandang lembut wajah bidadarinya itu.

Melihat gelengan isterinya itu dia tersenyum tipis. Kenapa dia rasa gadis kecil itu sungguh comel?! Sayang what have you done to me? You make me gone carzy on you!

Lantas tangannya menarik tangan Aura menuju ke depan television. Terlihat di sana sudah tersedia pelbagai makanan jenis makanan. Mana dia dapat ni? Aku tak nampak dia keluar pun tadi?

"Aku suruh anak buah aku belikan tadi. Dah jom makan." Seperti tau apa yang berlegar difikiran gadis itu Noah terus sahaja memberitahu. Mereka duduk disofa besar yang tersedia.

Noah memberikan Aura semangkuk spaghetti bolognese kepada isterinya. Aura menyambutkan dengan baik. Baru saja mulutnya terbuka ingin bertanya pantas sahaja Noah meletakan jari telunjuknya dibibir gadis itu.

"Shush... eat baby." Aura seperti terpukau. Terus sahaja dia makan tanpa banyak bunyi. Mereka berdua melayan tv sambil mengisi perut tanpa mengeluarkan sepatah suara.

Sesekali Noah mengelap kotoran ditepi bibir isterinya lalu di jilatnya. Selesai makan mereka mula mengemas meja panjang yang digunakan untuk meletakkan makanan tadi. Lebihan makanan pula diletakkan di dalam peti ais.

Aura yang kekenyangan terus sahaja menapak mendekati katil. Takpe kali ni je dia tidur lepas makan. Kalau dia buat jugak nanti takpe dia boleh janji dengan diri sendiri lagi.

Dia mula membaringkan tubuhnya di atas katil. Noah pula entah kemana. Tak silap tadi sebelum dia masuk ke tandas dia ternampak Noah ke belkoni tapi pintu belkoni pula sudah tertutup rapat. Di manakah suaminya? Kena culik?

Dia melirik jam di night stand. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Haih kemana lah suaminya ini. Ini yang dia tidak suka ni. Takde bantal peluk!

Eh mengada dia. Takpelah dengan suami saya. Awak single diam!

"Baby kenapa tak tidur lagi ni." Kelihatan Noah masuk ke dalam dari belkoni menuju ke arahnya.  Pandangan lembut itu sungguh membuatkan Aura hanyut dengan perasaannya.

"Hey, aku cakap dengan kau bukan lampu sebelah kau tu." Noah sudah pun berada di sebelahnya. Jarak di antara mereka teramatlah dekat hingga Aura dapat merasakan hangat nafas suaminya di pipi kirinya.

"Saya nak peluk." Pintanya takut-takut. Noah menggeleng kecil. Haih comelnya!!!! Kalau dia tau kawin ni best memang dah lama dia lamar Aura untuk jadi pemaisurinya. Namun apakan daya takdir sudah tertulis.

"Come." Gamitnya lalu terus saja tubuh kecil itu dibawa ke dakapannya. Dia membaringkan tubuh mereka dengan Aura di atasnya. Tangannya bermain dengan rambut ikal isterinya. Tangan sebelah lagi menepuk punggung isterinya. Seperti mendodoikan seorang bayi.

Suasana sunyi seketika sebelum suara kecil milik Aura memecah kesunyian sekaligus menghentikan pergerakkan tangan Noah di atas tubuh isterinya.

"Kenapa setiap kali saya tengok awak, awak pandang saya dengan pandangan... rindu?" Tidak dinafikan perkara itu sering kali bermain di mindanya. Adakah dia pernah mengenali Noah? Atau mereka ada ikatan sebelum ini?

Mengapa hatinya kuat mengatakan bahawa dia pernah berjumpa dengan lelaki ini? Noah diam tidak membalas. Tangannya dibawa kembali menepuk punggung isterinya. Mendodoi.

"Tidur sayang."

Tidak menunggu lama Aura lantas sahaja memejamkan matanya. Beberapa minit selepas itu kedengaran dengkuran halus dari bibirnya. Noah mengintai seketika wajah cantik isterinya sebelum kucupan hangat diberikan diubun-ubun isterinya.

"Soon you will know bellissima."

NOAH MARDHIA | ON GOINGWhere stories live. Discover now