Bab 31

207 11 2
                                    

PINTU utama mension dibuka dari luar dan terpandanganlah dua ekor beruk sedang elok duduk menghadap antara satu sama lain. Buat apa tu? Menggay ke? Buat upacara nak mati ke?

Kakinya bergerak menghampiri dua makhluk Allah itu sebelum duduk dilabuhkan disalah satu sofa single diruang tamu itu.

Lantas telefonnya dikeluarkan lalu dia mulai leka dengan gadjet tersebut. Mengabaikan dua lelaki itu bermain. Apa yang dimain pun dia sudah malas mahu ambil tahu.

"Yes! Dapat enam!" Jeritan serupa kanak-kanak riang sesat kat hutan itu menarik perhatiannya yang leka dengan gadjet ditangan.

Kepalanya didongakkan memandang ke depan. Terlihat dua lelaki itu sedang asyik bermain permainan snake and leader di atas meja.

Dahinya berkerut seketika melihat dua jejaka itu. "Korang bukan bergaduh ke?" Soalnya.

"Dah berbaik. Tak sampai hati lah aku tengok budak hingusan ni menagis melalak setiap hari kat hospital tu." Selamba Ashraf membalas tanpa mengendahkah pandangan membunuh dari Daniel itu.

"Kau tak payah nak reka cerita lah beruk! Kau yang menagis meraung sebelah aku waktu tu kata 'i can't leave without you' lah apa lah." Jujur Daniel. Ashraf sudah membutangkan matanya.

Alamak pecah rahsia!

Afzan menjeling Ashraf sekilas. Ashraf dengan dramanya memang berpisah tiada. Lantas kepalanya terarah semula memandang Daniel.

"Kau setuju ke nak belajar dengan kitaorang. Kalau kau setuju kau bukan setakat belajar je. Kau tinggal sini sekali." Datar sahaja wajahnya ketika menuturkan ayat tersebut.

Daniel kelihatan sedikit berkira-kira sebelum kepalanya dianggukkan perlahan. Dia sudah fikir masak-masak pasal hal ini. Sampai bila dia harus tunduk dengan perangai bapaknya itu?

"Aku setuju."

"Hmm kalau macam tu malam nanti Ashraf teman kau ambik barang. Kau tak perlu bawak kereta kau. Guna je kereta sini. Orang tua tu boleh detect location kau guna kereta kau." Terangnya. Terangguk-angguk Daniel menerima arahan tersebut.

"Okay."

"Dah sambung main." Ajak Ashraf. Daniel kembali memandang papan kertas snake and leader itu sebelum keningnya berkerut sedikit.

"Eh bukan aku dekat sini ke tadi?" Tunjuknya ke arah no 83. Dah kenapa aku no 4 ni? Nampak sangatlah si beruk depan ni pindahkan.

"Entah tak tau. Aku tengok tv tadi."

"Kau tak payah nak  kelentong aku lah! Tv pun tak bukak!"

Maka bisinglah ruang tamu itu dengan suara-suara sumbang milik dua jejaka itu. Seorang dengan tidak mahu mengakunya seorang lagi dengan ketidak puasan hatinya.

Afzan pula masih santai duduk dikerusi sambil melayani telefonnya. Tiba-tiba panggilan dari Noah menyentakkannya.

"Aku dekat sini tadi!"

"Mana lah aku tau! Hantu kut pergi gerakkan!"

"Diam lah beruk."

Terus terdiam dua jejaka itu setelah melihat tatapan dingin Afzan itu. Ngeri wo. Diorang tak nak mati awal!

Lantas telefon dilekapkan ketelinga. Menanti bicara orang di sana. Seketika urat mulai timbul di sekitar lehernya. Tangan dikepal membentuk penumbuk.

Melihat reaksi Afzan itu Daniel dan Ashraf berpandangan sesama sendiri. Daniel memandang Ashraf dengan pandangan seperti 'kenapa tu?'

Ashraf mengangkat bahu lalu berbisik halus di depan muka Daniel.

"Entah, gf dia jatuh kat gaung kut." Tekanya.

Pak!

Ashraf memegang kepalanya yang dihempas oleh Daniel itu. Kepala bapak dia gf. Afzan nak ada gf?  Mati hidup semula pun dia takkan percaya.

"Shit!" Carutan keluar dari bibir Afzan lantas telefonnya dibaling ke sofa sebelah. Tidak diendahkan pandangan penuh curiga dua jejaka yang elok duduk di atas permaidani itu.

Wajahnya diraup bagi menenangkan hatinya. "Kau kenapa ni Zan? Ada masalah ke ceritalah." Pujuk Daniel.

"Entah. Ini lah kawan ada masalah tak nak cerita pastu up status jiwang bekarat pastu letak caption kahwuwbwg." Ujar Ashraf berpeluk tubuh.

Daniel pula sudah menghumban kusyen sofa kepadanya. Orang tengah serius boleh pulak jantan ni main-main.

Afzan melepaskan keluhan berat. Tubuh sasanya disandarkan kesofa. "Adik aku Aura, accident." Ujarnya.

Daniel terkaku mendengar kata-kata lelaki itu manakala Ashraf sudah menekup mulutnya dengan kedua tapak tangannya.

"Omaigod! Macam mana dia boleh accident? Siapa langgar dia? Mari aku langgar dia balik. Bukan setakat langgar aku buang mayat dia tepi gaung nanti. Biar takde orang jumpa." Ujarnya penuh semangat.

Afzan menjeling dia sekilas sebelum menghembuskan nafas berat. "Aku tak tahu. Sekarang Noah tengah tunggu dia dekat hospital. Aku harap takde apa yang jadi." Afzan menyandarkan badannya disofa lalu mata dipejam rapat.

Harap adiknya baik-baik saja di sana. Sudah seminggu tidak bersua muka membuatkan dia rindu pada gadis kecil itu. Dapat pula berita tragis sebegini membuatkannya agak sukar menerima kenyataan.

Daniel dan Ashraf berpandangan sesama sendiri. Daniel mengangkat bahunya tanda tidak tahu mahu berkata apa. Mereka bangun dan membersihkan tempat mereka duduki tadi. Bergegas mereka menuju ke halaman belakang.

Mahu membiarkan Afzan bersendirian. Pasti jejaka itu inginkan masa untuk bersendirian. Harapan mereka agar Aura sentiasa selamat di sana.

NOAH MARDHIA | ON GOINGWhere stories live. Discover now