Bab 10

368 23 4
                                    

AURA termenung di luar balkoni bilik mereka sambil berpeluk tubuh. Fikirannya jauh menerawang mengingatkan suaminya.

Tidak sangka sedingin-dingin Noah pun dia tahu cara untuk memujuk hatinya. Noah seorang yang tak banyak cakap. Bercakap pun bila perlu je. Dia lebih kepada action. Kerana Noah berpegang teguh dengan perinsipnya iaitu...

'Action speaks louder than words'

Dia terfikir sudah dua hari dia ditinggalkan oleh suaminya hingga larut malam. 'Suaminya buat apa di luar? Takkan lah curang dengannya? Haish jangan fikir negative Aura! Tapi kalau bukan curang pun dia buat apa ye malam-malam kat luar?' Soalnnya di dalam hati.

Sedang dia mengelamun tiba-tiba terasa pinggangnya dipeluk erat dari belakang. Terasan hembusan nafas hangat seseorang dicelah lehernya.  Tidak perlu teka dia sudah tahu siapa gerangan tersebut.

"Kenapa tak tidur lagi?" Soal suara garau tersebut. Aura sudah mati kutu mahu memberikan jawapan yang sesuai. Bukan dia tidak mahu tidur awal cuma matanya yang tidak mahu terlelap itu yang dia buang masa mengelamun dibelkoni bilik. Tidak sangka pula Noah akan pulang cepat.

"Saya tak boleh tidur." Jawapnya jujur. Noah memalingkan tubuh isterinya menghadapnya lalu ubun-ubun isterinya dikucup melepaskan rindu.

"Sekarang aku dah ada. Dah jom kita tidur dah lewat ni." Sejurus itu kedua-dua pasangan merpati sejoli itu pun melangkah masuk ke dalam bilik untuk tidur.

• • • ❈ • • •


"Jangan sakit... sakit." terdengar rintihan seorang budak lelaki yang meronta sambil dipegang kejap oleh dua orang lelaki berbadan tegap.

"Hahaha! Kalau kau tak nak sakit lain kali dengar cakap aku! Bukannya melawan!" Tawa seorang lelaki yang kira-kira berumur 40an itu. Suarannya yang tadi senada mula meninggi sambil tatapan yang penuh dengan dendam dihadiahkan kepada budak lelaki itu.

"Ayah dengan anak sama sahaja dua-dua Bodoh! Lemah!" Kecamnya beserta tangan yang diangkat ke udara tanda ingin melibas budak lelaki itu dengan tali pinggang kulit yang memang sudah tersedia ditangannya.

"Jangan...ja...jangan." rintih budak lelaki itu lemah. Apakan daya kudratnya yang baru berusia 7 tahun itu dengan lelaki-lelaki yang berbadan tegap itu.

Air matanya sudah mengalir bagaikan sungai menahan kesakitan yang tak terhingga diseluruh anggota tubuh badannya. Doanya tidak putus-putus agar orang tuanya segera mencarinya dan menyelamatkannya dari manusia lahanat ini.

PAP!!

"ARGH!!!"

• • • ❈ • • • 

"JANGAN!!!" jerit Noah sekuatnya. Tubuhnya yang tadi berbaring lantas terduduk dengan nafas yang tercungap-cungap.

Badannya sudah basah dengan peluh. Matanya pula sudah lecun dengan air mata yang tidak henti-henti mengalir. Mimpi itu! Mimpi itu datang kembali!

Aura yang juga terkejut dengan jeritan suaminya itu lantas bertanyakan keadaan suaminya sambil mengusap belakang tubuh Noah.

"Awak kenapa ni? Ya Allah." mendengar suara halus itu Noah lantas memusingkan mukanya menghadap isterinya lalu tanpa kata terus sahaja tubuh kecil itu dipeluk seertanya bagai tidak mahu dilepaskan.

Dia mula menghamburkan segala tangisannya dibahu Aura manakala Aura yang sudah tercengang itu hanya mampu mengusap belakang tubuh suaminya bagi menenangkannya.

"Dia...dia jahat, dia...dia pukul  hiks...hiks... dia cu...cuk gun...na pisau...hiks..." Noah mula menggogoi di dalam dakapan tersebut. Aura yang mendengarkan bicara suaminya itu sudah berkerut kening.

Dia? Siapa dia? Apa yang orang tu dah buat pada Noah sampai dia jadi macam ni? Noah diseksa ke?

Pelbagai soalan mula timbul dibenak fikirannya. Rasa kasihan melihat keadaan Noah yang lemah begini. Tidak pernah dia melihat sisi lemah suaminya. Kejamnya orang yang dah buat suaminya sampai jadi macam ni.

Hampir setengah jam mereka berada dalam keadaan tersebut akhirnya Noah terlena semula setelah penat menagis. Aura membaringkan tubuh Noah yang jauh lebih besar darinya itu lalu matanya melirik pada jam digital di atas night stand.

Jam sudah menunjukan pukul 3:20 minit pagi. Nafas berat dihela. Pandangannya teralih semula memandang wajah Noah. Kesian suaminya. Kenapalah dia tidak tahu yang suaminya ini menghadap trauma.

Haih...

Tubuh dibaringkan semula disisi Noah lalu tangannya tanpa teragak-agak memeluk erat pinggang suaminya. Muka disebamkan didada Noah yang bebas tanpa baju itu.

Pelukannya berbalas membuatkannya tersenyum. 'Saya janji saya akan jaga awak dan saya akan cuba untuk buka hati saya untuk terima awak dalam hidup saya' janji Aura. Ya mulai sekarang dia ingin membuka hatinya untuk Noah. Bukan atas dasar kasihan tapi juga mungkin dia sudah mula tersuka dengan suaminya. Mungkin... tapi tak salah juga kalau dia suka suami sendiri kan?

• • • ❈ • • •

Thanks for reading, vote & comment!

NOAH MARDHIA | ON GOINGWhere stories live. Discover now