Versi 2006

7 0 0
                                    

Angin petang ini begitu lembut sekali. Aku berasa tenang apabila angin itu membelai – belai pipiku. Ketika sedang menikmati ciptaan ALLAH yang indah itu tiba – tiba aku teringat kenangan pahit yang telah merubah diriku. Ia terjadi pada 3 tahun yang lalu. Ketika itu aku berumur 16 tahun.




"Tak baik kau cakap macam tu kat cikgu. Itu kurang ajar namanya. Kita kena menghormati cikgu sebagaimana kita menghormati ibu bapa kita. Lagipun, kita perlu menghormati orang lain sekiranya kita mahu orang lain turut menghormati kita." Nasihat Hanani.

Aku benar – benar kehilangan kata – kata untuk membalas nasihat Hanani itu. Sejak dari hari itu, aku sering membulinya. Di mana sahaja aku berjumpa dengannya aku pasti akan mengenakannya. Pernah sekali aku membaling pasu bunga kepadanya akibat terlalu geram kerana dia asyik memberikan 'ceramah tak bertauliahnya' kepadaku. Pasu bunga itu tepat mengenai kepalanya. Darah memancut – mancut keluar daripada kepalanya. Aku tergamam dan takut. Akibat terlalu takut, aku melarikan diri.

Namun, peliknya aku langsung tidak dikenakan tindakan walaupun aku telah mencederakan Hanani. Aku berasa pelik. Lalu, aku bertanya kepada cikgu mengenai hal ini.

"Cikgu, siapa yang cederakan Hanani?" tanya aku berpura – pura tidak tahu.

"Entahlah. Cikgu pun tak tahu. Hanani langsung tidak beritahu siapa yang mencederakannya."

Mendengarkan jawapan cikgu itu membuatkan aku terkejut. Hanani tidak beritahu cikgu? Bukankah itu merupakan peluang yang terbaik sekiranya dia ingin membalas dendam? Fikiranku berserabut dengan pelbagai persoalan yang tidak dapat aku jawab.

Keesokan harinya aku dikejutkan dengan berita yang tidak aku sangka. Hanani koma! Menurut cikgu disebabkan kecederaan yang dialaminya dia mengalami darah beku dan doktor tidak dapat menyelamatkannya. Kini, dia sedang koma dan menanti masa untuk pergi. Aku terkejut! Tanpa aku sedari air mataku mengalir membasahi pipiku. Mengapa ia mengalir? Aku sendiri pun tidak tahu. Pulang dari sekolah, aku terus ke hospital untuk melihat Hanani.

Sebaik sahaja sampai di wad Hanani, aku melihat ada 3 orang budak lelaki berada di sisi katil Hanani. Aku menghampiri mereka lalu bertanya,

"Siapa kamu semua ni?"

"Kami adik Hanani." Jawab mereka.

"Ibu bapa kamu mana?" soal aku lagi.

"Ibu kami bekerja. Ayah pula di rumah. Lumpuh."

Jawapan itu cukup untuk membuatkan aku terpempan. Aku memandang Hanani yang koma itu dengan penuh rasa bersalah.

"Akak ni kawan Kak Nani ke?"

Pertanyaan itu menyedarkan aku. Kawan? Layakkah aku untuk digelar kawan? Namun, aku tetap mengangguk. Mengiakan sahaja pertanyaan adik Hanani itu.

"Kak Nani merupakan harapan kami sekeluarga. Pagi – pagi sebelum ke sekolah Kak Nani akan menjual nasi lemak buatan ibu. Selepas itu Kak Nani akan ke sekolah. Habis sekolah, Kak Nani akan pergi bekerja di restoran sebagai pencuci pinggan mangkuk. Malam pula Kak Nani akan bersama – sama dengan kami untuk mengulang kaji pelajaran. Kak Nani selalu cakap jangan jadikan kemiskinan sebagai alasan untuk tidak belajar. Sebaliknya jadikan ia sebagai pendorong untuk terus maju."

Budak itu berhenti seketika dan memandang ke arah Hanani. Kemudian dia menyambung semula.

"Sekarang Kak Nani terbaring kaku di sini. Tiada lagi orang yang akan memberikan semangat atau dorongan kepada kami tatkala kami putus asa. Tiada lagi orang yang akan menghiburkan kami tatkala kami rasa sedih dan tiada lagi orang yang akan mengingatkan kami tentang betapa pentingnya ilmu. Tiada lagi orang itu." Budak itu mengesat air matanya yang mengalir.

HananiWhere stories live. Discover now