9

101 14 0
                                    

BAB 9

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BAB 9

MAWAR duduk di salah satu kerusi yang terdapat di ruang rehat dan santai di sisi rumah dua tingkat keluarganya dan Eidlan pula berdiri dan bersandar di salah satu tiang rumah di situ. Tenang keadaan di sini tidak sehangat suasana di ruang tamu tadi. 

“Apa yang awak buat ni, Eidlan?” 

Eidlan merungkaikan pelukan tangannya di dada. Cara berdirinya juga dibetulkan. Dia sudah mengagak yang Mawar pasti akan berat hati dengan keputusan dan permintaannya yang mengejut ini tetapi Eidlan yakin tentang keputusannya kali ini.

“Saya masuk merisik awak?”

Mawar merengus kecil. Kecil dan besar sahaja imej Eidlan di matanya sekarang. “Saya tahu tapi kenapa? Awak tak bincang apa-apa pun tentang rancangan awak ni. Kita patut bincang sama-sama rancangan kita, Eidlan! Bukannya awak bertindak sendiri macam ini. Dan… kahwin? Perlu ke sampai ke tahap berkahwin?”

Eidlan diam sahaja memberi ruang buat Mawar melepaskan peluru berpandunya. Redup sahaja pandangan matanya tidak lepas-lepas dari bibir Mawar yang terbuka dan tertutup itu. 

“Eidlan!” Sehabis daya Mawar cuba mengawal intonasi suaranya. Tidak mahu orang-orang di dalam rumah sana tahu akan situasi sebenar mereka. Sakit pula hati Mawar bila Eidlan diam membisu begitu.

“Saya dah bagi tahu awak semalam, Mawar.”

“Semalam?!” Akhirnya Mawar bangun. Naik hantu dia melihat bagaimana tenangnya Eidlan saat ini. Ini ke yang dimaksudkan oleh Suria yang Eidlan ini ‘kayu’. Tiada perasaan bersalah langsung? 

“Saya ingat awak main-main! Tak akanlah awak serius?”

Eidlan angkat kedua-dua belah bahunya. Bibirnya juga tercebik sedikit. “I’m not joking, sweetheart. That’s why I brought my family here, tonight.”

Mawar diam tak terkata. Wajah cemberutnya perlahan-lahan hilang berganti dengan riak malu apabila sekali lagi Eidlan selamba memanggilnya dengan panggilan-panggilan romantis begini. Dia melarikan matanya dari memandang Eidlan.

“Kita cuma nak tunjuk kepada Keifli dan Suria yang kita baik-baik aje selepas hubungan masing-masing putus, Eidlan. Cukup kita berkawan rapat. Saya tak terfikir untuk berkasih sayang dengan awak, lebih lagi berkahwin. Awak anggap pernikahan ini sesuatu yang awak boleh buat main-main ke?”

Eidlan mengalihkan tubuhnya, betul-betul menghadap Mawar. Mawar yang lebih rendah darinya itu ditatap dalam-dalam. Eidlan tersenyum dan kali ini senyumannya nampak membunuh sehingga berubah air muka Mawar yang sedang mendongak di depannya itu.

“Saya tak main-main. Saya serius nak memperisterikan awak. Ya, memang kita ada perancangan untuk Keifli dan Suria, Kita akan tetap teruskan seperti kehendak awak, Mawar. Dan saya…” Eidlan membasahkan seketika bibir bawahnya. Satu langkah diambil mendekatkan jarak di antara mereka sehingga hampir bertemu ibu jari kaki mereka.

ATMA PEONY & MAWAR ( TERBIT )Where stories live. Discover now