7

77 10 0
                                    

BAB 7

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


BAB 7

“MAWAR, saya nak jumpa awak.” Suara Keifli senada. Lebih kepada berbentuk arahan dan bukannya permintaan.

Mawar pamer riak kosong. Berdiri di depan Keifli sambil memeluk tubuh. “Kalau tak jumpa saya, awak tak akan nampak muka saya sekarang ni.” 

Keifli mendesis. Tidak semena-mena, lengan Mawar ditarik dan terdorong tubuh kecil Mawar mengikut langkah Keifli keluar dari kedai. 

“Awak ni kenapa?!” bentak Mawar sebaik sahaja mereka berdiri di tempat pejalan kaki di luar kedai bunga Khai. Tangan yang dipegang oleh Keifli direntap dan digosok-gosok. 

Keifli terdiam sesaat sebelum dia dilihat menyebak rambutnya. “Maaf, saya tak sengaja.” 

Mawar tidak menjawab. Keifli hanya dijeling. Muka kasihan yang ditayangkan oleh Keifli membuatkan Mawar semakin meluat! 

“Ada benda saya nak tanya awak, Mawar.” 

“Apa?” Mawar membuang pandangannya ke arah jalan raya. Saat mata menangkap kereta Keifli yang diparkir di bahu jalan dan siapa yang ada di dalamnya, Mawar tersenyum segaris. 

“Awak dah ada boyfriend baru?” 

Laju sahaja Mawar memandang Keifli semula. Berkerut-kerut kening Mawar. “Boyfriend baru? Eh, ingat saya macam awak ke, hah? Lima minit dah jumpa jodoh yang hodoh?” 

“Mawar…” Keras suara Keifli menegur. 

Mawar mencebik. Eleh, nak marahlah tu? 

“Habis siapa yang komen dekat live awak semalam? Yang puji-puji awak cantik dan yang panggil awak sayang?” 

Mawar merengus. Kalau dah putus, buat sahaja cara dah putus! Sibuk penuhkan view live orang kenapa? 

“Kenapa awak masuk live saya? Awak nak beli surprise box saya untuk perempuan tu…”

“Suria. Nama dia, Suria!” 

“Ah, tak kiralah Suria ke, bulan ke planet marikh sekali pun! Nak beli untuk dia? Boleh! Saya sekarang ada pakej baru. Pakej penyondol terpaling berjaya! Guna bunga baru. Bunga tahi ayam! Nak ke?”

“Serius sikit, Mawar! Saya tak cakap pasal saya dan Suria tapi awak.” Suara Keifli semakin keras memaksa. 

“Kenapa dengan saya?” Mawar merengus. Rasa nak tumbuk-tumbuk muka berlagak Keifli itu. 

“Siapa lelaki tu?” 

“Lelaki mana?” Oktaf suara Mawar tidak kurang hebat juga. Tinggi! 

“Yang panggil awak sayang dalam live awak semalam, Mawar…” Keifli mula hilang sabar. 

“Siapa yang panggil saya sayang pulak ni?” 

“Username dia, kapalterbang apa entah.” 

“Kapal terbang apanya, awak ni? Merepek! Selepas awak, mana ada orang panggil saya…” Tiba-tiba sahaja Mawar mematikan ayatnya. Dahinya berkedut-kedut berfikir. 

ATMA PEONY & MAWAR ( TERBIT )Where stories live. Discover now