6

80 10 0
                                    

BAB 6

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.


BAB 6

“BAGUSLAH kau putus dengan Suria tu. Aku pulak yang rasa nak buat sujud syukur bila dengar benda ni!”

Eidlan garu keningnya yang tak gatal mendengar komen pertama sahabatnya itu mengenai kisah putus cintanya dengan Suria. Eidlan tahu, Suria agak tidak disenangi oleh kebanyakan kenalan dan keluarganya sendiri tetapi Eidlan tak pernah kisah kerana Eidlan sendiri selesa dan sudah jatuh sayang dengan Suria. Baginya, itu sudah terlalu cukup.

“Kau baik sangat, Eid.” Jihad masih memberi komen. Tergeleng kecil dia melihat Eidlan yang kesal dengan sikap Suria dan keputusan Suria untuk meninggalkan dia. Sepatutnya Eidlan rasa bersyukur kerana tidak perlu lagi berada di bawah telunjuk Suria.

Mengenali Eidlan dan Suria sejak mereka masih berkenalan, Jihad sudah faham dengan perangai pasangan itu. Seorang keras kepala dan tiada rasa empati. Seorang lagi tiada perasaan dan terlalu baik.

“Baik atau kayu?” Di hujung ayatnya, Eidlan tergelak sedikit.

Berkerut-kerut kening Jihad. “Kayu?”

Eidlan ketawa lagi. “Suria kata aku lelaki kayu. Sebab itu dia cari lelaki span.”

Terhambur ketawa Jihad mendengar lawak yang jarang-jarang dapat didengari dari Eidlan. Keras perutnya!

“Dah puas pergunakan kau, dia panggil kau kayu. Mujur awal lagi, Eid. Kalau lama-lama aku risau dia jadikan kau batu nisan pulak. Dua tahun pun aku rasa wow sangat dah kau dengan dia! Kalau aku, cukup dua jam ajelah. Poket sendiri pun nak kena jaga, weh!”

Eidlan senyum nipis. Jari bermain-main di telinga cawan kopinya. Jarang dapat berjumpa dengan Jihad dan kawan-kawan yang lain. Putus dengan Suria, barulah Eidlan perasan yang selama ini hidupnya memang untuk kerja dan Suria sahaja. 

“Apa next plan kau? Bujang dan merdeka dah ni. Seronoklah kau!”

Eidlan memandang wajah Jihad. Beruntung Jihad. Di usia 30 tahun mereka kini, Jihad sudah ada keluarga yang lengkap. Seorang isteri yang baik dan seorang cahaya mata yang comel dan bijak.

“Aku nak kahwin.”

Terkedu Jihad mendengarkan sebaris ayat yang meluncur keluar dari bibir Eidlan. Sangat bersahaja nada suaranya sehingga Jihad jadi tidak pasti sama ada itu adalah kenyataan, permintaan atau arahan? 

“Aku tak faham ni, Eid. Apa kau kata?”

Dari bersandar, Eidlan duduk tegak. Menikmati kopi panas miliknya dan tenang dia memandang Jihad yang terpinga-pinga di depannya. “Aku dah jumpa calon lain dan kali ni aku nak kahwin terus.”

Jatuh rahang Jihad. Terkedip-kedip matanya memandang Eidlan yang sedang bermain-main dengan telefonnya di tangan. Lelaki itu bercakap seolah-olah macam orang kena pukau! Air mukanya kosong dan nadanya sekata sahaja.

“Okey, Eid. Aku faham… putus cinta itu memang sakit. Aku faham kalau kau beremosi sekarang ni. Tak apa, tak apa… aku ada. Luahkan semuanya dekat aku sekarang. Aku tak akan bagi kata-kata negatif dekat kau.” Jihad bangun. Kerusi di sebelah Eidlan ditarik dan dia duduk di situ. Bahu sasa Eidlan ditepuk-tepuk gaya memujuk. 

ATMA PEONY & MAWAR ( TERBIT )Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang