5

90 16 3
                                    

BAB 5

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.


BAB 5

TELEFON diletakkan di tempat pemegang dengan berhati-hati. Tetapan kamera diperiksa semula dan setelah puas dengan latar tempat untuk dia merekodkan videonya, Mawar menarik nafas tenang. Setelah itu, dia berdiri di meja kerjanya. Semua bahan-bahan untuk dia mula menggubah bunga, coklat dan barang cenderahati semuanya sudah siap tersusun.

“Hai, assalammualaikum! MawarBeauBox is here! Okey hari ni, jom teman Mawar packing order customer!”

“Hai, assalammualaikum! MawarBeauBox is here! Okey hari ni, jom teman Mawar packing order customer!”

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

Sebaik sahaja butang live ditekan di laman sosialnya, senyuman Mawar menjadi sangat lebar. Sepasang matanya bercahaya dan lunak manja nada suara yang dilontarkannya. Baru sahaja beberapa saat bersiaran, sudah ramai pengguna yang mengikut videonya seperti biasa. 

“Kali ni, customer Mawar order special exclusive edition box bertemakan warna ungu. Tahu apa yang menarik tak dengan order kali ni? Customer kita ni sweet tau! Dia nak semuanya warna ungu. Siap bagi Mawar setiap detail barang-barang yang dia nak lagi! Ya, dia adalah seorang lelaki! Beruntungnya pasangan dia, kan?”

Sambil Mawar membebel-bebel, sambil itu tangannya lincah menyediakan tempahan yang diterimanya. Mawar memang suka buat live. Sambil menyediakan tempahan, sambil itu dia dapat menghiburkan hatinya. Suka membaca komen-komen pengikutnya yang ikut sama teruja sepertinya. Capaian penontonnya juga bukannya sikit. Kadangkala mencecah ribuan juga! Boleh dikatakan Mawar cukup terkenal dengan perniagaan surprise box itu.

MawarBeauBox diusahakan oleh Mawar sejak dua tahun yang lalu atau sejak Mawar habis belajar lagi. Mengambil jurusan perniagaan, bakat dan minat Mawar lebih kepada seni hiasan seperti menggubah bunga dan menggubah hadiah seperti ini. Maka, Mawar ambil keputusan untuk membuat perniagaan di atas talian secara kecil-kecilan sehinggalah sudah mampu menerima tempahan berpuluh-puluh kotak setiap minggu.

“Kita kalau nak hargai pasangan tak semestinya dengan barang-barang mahal atau barang-barang manis macam ini tetapi kalau kita mampu untuk beri itu bermaksud bonus rezeki untuk kita dan pasangan,” ujar Mawar membalas salah satu komen di live videonya yang bertanyakan wajib keluar kos untuk mengambil hati. “Menghargai pasangan itu tak perlu usaha yang gigih, cukup dengan ucapan terima kasih dan pujian tanda ingatan dia untuk kita.”

ATMA PEONY & MAWAR ( TERBIT )Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora