95 - End

13.3K 360 23
                                    

SETAHUN KEMUDIAN,

ARFAN mengurut dahi perlahan memikirkan perihal isterinya, sejak kebelakangan ini Marisa lebih banyak meluangkan masa di luar rumah berbanding dengan dirinya. Setiap kali Arfan menyoal, sang isteri hanya membalas keluar dengan Qayra.

Puas Arfan memikirkan silapnya di mana tetapi malangnya hanya buntu yang dijumpai.

Ketukan di pintu membuatkan Arfan tersedar dari lamunan yang panjang. Muncul Syafina, setiausaha baru yang dilantik selepas sahaja Arfan menyuruh Marisa menjadi suri rumah sepenuh masa. Dia tidak mahu Marisa penat berkerja sedangkan duit yang dimiliki cukup menampung keluarga mereka sehingga tujuh keturunan.

"Kenapa Syaf?" Soalnya senada, moodnya sedang tidak baik-baik sejak kebelakangan ini. Sejak Marisa banyak menghidari dirinya seakan wanita itu menyorokkan sesuatu.

"Maaf menganggu tuan muda Dani.. Encik Adam datang nak berjumpa dengan tuan," ucap Syafina penuh hormat. Segera Arfan membenarkan setiausahanya menyuruh Adam masuk memandangkan sudah lama dia tidak mendengar khabar dari sahabatnya seorang ini.

Adam segera bersalaman dan memeluk tubuh sasa Arfan sebelum disuruh untuk melabuhkan punggung di kerusi getah yang disediakan.

"Apa khabar Adam? Lama dah tak dengar khabar sejak berjaya buka syarikat sendiri." Bicara Arfan dahulu, dia bangga dengan kejayaan Adam membina nama sendiri. Lelaki berkot hitam itu sekadar tersenyum segan, kepalanya diggeleng perlahan.

"Khabar baik je Arfan. Semuanya kerana kau sudi bagi aku dana dulu untuk mulakan syarikat kalau tak, aku tak berjaya dah berada dekat sini sahabat. Terima kasih atas bantuan kau." Arfan pantas menggeleng. Semuanya kerana usaha keras Adam sendiri bukan kerana dirinya. Dia hanya membantu dari segi duit, selebihnya atas Adam. Lelaki itu sepatutnya berterima kasih kepada dirinya sendiri kerana tidak putus asa hendak mendapatkan apa yang dia perolehi sekarang.

"Kenapa kau datang? Jarang-jarang Ceo berjaya macam kau nak datang ke sini," seloroh Arfan membuatkan Adam tertawa perlahan.

"Kau cakap macam Adam Enterprise lagi berjaya dari Aris Company." Seloroh Adam kembali membuatkan Arfan pula tertawa perlahan.

"Aku datang sini sebab nak bayar semula duit modal kau beri dulu bro, dulu aku pernah janji kalau aku berjaya.. aku akan bayar semula. Jadi.." Arfan segera menggeleng menolak.

"Simpanlah untuk emergency case," putus Arfan.

"Tapi bro.."

"Kalau macam itu, apa kata one day if aku perlukan duit ni. Aku akan minta pada kau. Buat masa sekarang.. kau simpan je dulu, buat sebagai emergency money untuk diri kau and bakal wife kau. Kita tak tahu bro bila Allah akan uji kita jadi better save for the future kan?" Adam lama mendiamkan diri sebelum mengangguk akur. Ada benar kata-kata sahabatnya.

"Thanks Arfan,"

"Small matter Adam,"

"Hah aku nak tanya ni.. kenapa muka kau nampak serabut je? Sejak dari aku masuk sampai sekarang walaupun kau gelak, tapi kau nampak macam tengah ada masalah. Nak kata pasal duit, aku baru je offer tapi kau tolak. So, ini pasti tak lain tak bukan pasal wife takpun peribadi matter?" Teka Adam membuatkan Arfan segera mengeluh berat.

Segera tali lehernya dilonggarkan sedikit.

"Hmm ada masalah sikit bro,"

"Nak share ke? Mana tahu aku boleh tolong." Soal Adam, segera wajah bermasalah sahabatnya dipandang. Dia sudah lama berkawan dengan Arfan, dia kenal sungguh sikap lelaki itu setiap kali memiliki masalah.

"Macam ini.. wife aku, sejak kebelakangan ni dia macam pelik tau. Aku tak tahulah perasaan aku je ke semata tapi setiap kali aku balik rumah, wife aku mesti dekat luar lagi. Bila aku call tanya, dia cakap dia masih lepak dengan Qayra. Lepastu ahad lepas, aku fikirkan hari minggu dapat lepak dengan dia dan Adrian tapi tahu-tahu je dia nak keluar rumah. Alasan dia nak lepak dengan Qayra. Dia macam cuba mengelak dari aku tau. Itu aku tengah pening fikir, kenapa wife aku macam itu." Luah Arfan sedikit kesal. Rambutnya diraup ke belakang. Sedikit stress.

MRS ARFAN DANIEL©Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum