• 25 | 𝐁𝐘𝐃 •

Mulai dari awal
                                    

Terletus tawa Aahil mendengarkan soalan yang berjela-jela itu. Bukan bibir sahaja tertawa, mata turut tersenyum. Mata sepetnya, bertambah sepet.

Raees automatik berkerut. "Kau gelak asal? Aku tanya serius ni."

Aahil langsung berdehem. Ketawa pun kena marah.

"Aku pun tak tahu." Aahil mengangkat sebelah bahu.

Wajah Raees beriak bosan. "Betul-betul lah, Haan. Aku tahu tak mudah menanti dalam diam."

Mereka kini sudah sampai di hadapan butik Hadeeya. Raees memarkir kereta betul-betul dihadapan bangunan tinggi itu. Tetapi mereka berdua tiada tanda mahu keluar kereta lagi.

"Jadi kau nak tahu kenapa aku memilih untuk melakukan segala hal dalam diam?" Aahil merenung kehadapan. Melihat pelanggan-pelanggan yang baru keluar dari butik Hadeeya. Setiap hari tidak pernah lenggang butik ini daripada orang ramai. Butik ini juga memang terkenal di serata tanah air. Terkenal dengan pakaian syar'i yang direka oleh Hadeeya.

Raees mengangguk sekali. Walaupun tak menepati soalannya yang pertama tadi, tapi tak apa lah. Yang satu itu pun dia mahu tahu juga.

"Sejujurnya, daripada dulu lagi aku takut. Takut kalau nanti dia tak terima pun aku, takut kalau sebenarnya ada orang lain yang dia simpan dalam hati, takut dia ada menaruh hati kepada orang lain. Lagipun, yang macam kau cakaplah aku dan dia tak pernah jumpa langsung selama ni. Hanya memori sewaktu kanak-kanak yang selalu menjadi pengubat." Aahil berbicara serius. Diputar-putarkan telefon pintar yang berada di atas armrest menggunakan jari.

Setelah beberapa detik matanya tertaut dengan mata Raees, dia menyambung. "Jadi.. Disebabkan rasa takut tu, aku pilih untuk melakukan segalanya dalam diam."

"Aku memilih mencintainya dalam diam, kerana dalam diam tak akan ada penolakan. Aku memilih mencintai dia dalam kesepian, kerana dalam kesepian tidak ada orang lain yang memiliki dia, kecuali aku." nafas berat dihela.

"Dan aku..aku memilih mengagumi dia dari kejauhan, kerana kejauhan melindungi aku dari rasa sakit. Sakit akan harapan." Aahil memandang Raees sambil tersenyum tipis.

Raees pula daripada awal lagi bibirnya sudah tersenyum senget sebelum menjatuhkan kepalanya beberapa kali. Bersetuju dengan apa yang Aahil ujarkan. Aahil ini daripada kecil hingga besar, suka benar melafazkan kata berbentuk puisi dan gramatis.

"Eh bukan tadi kau tanya aku macam mana aku boleh yakin tunggu adik kau ke?"

Raees mencebik sebelum mengangguk. Memang pun. Tapi Aahil yang nak buka topik lain. Dia ikutkan aje.

"Kau nak tahu jawapan aku?"

"Of course."

"Kerana doa."

"Apa yang kau doa?" Raees menjungkit kening sebelah.

"Nak jawapan panjang ke pendek?"

"Terpulang. Aku lebih suka kau zahirkan kelebihan puisi kau."

Aahil mencemik sebelum tersenyum tipis.

"Aku selalu memohon pada Allah supaya, 'halang hati aku dari terus jatuh dalam rasa cinta pada sesiapa yang bukan ditakdirkanNya jodoh aku. Dan sekalipun jika aku jatuh cinta, biarlah yang aku cintai itu benar-benar manusia yang memang ditakdirkan untuk menjadi suri hati."

Terjungkit kedua-dua belah kening Raees. Tersenyum lebar bibirnya. Kagum dengan setiap butir bicara Aahil. Kagum dengan apa yang Aahil lakukan.

"Dasyat dasyat." dia menggeleng perlahan seraya menepuk-nepuk bahu Aahil.

"Aku harap, orang yang hati kau cinta sekarang ni bukan orang yang salah."

Aahil juga mengangguk perlahan sebelum dia erat memejam mata seketika. Sesungguhnya, dia pun berharap benda yang sama.

'Tok'

'Tok'

Hadeeya mengetuk cermin pintu kereta belah Raees. Raees lekas-lekas menekan punat untuk menurunkan cermin. Ditayang senyum kambing.

Hadeeya mengecilkan mata. Sudah lama dia perhati dua ketul anak teruna ini tak keluar-keluar dari kereta. Berbual apa tak tahu lah. Dia mahu memanggil daripada tadi lagi, tapi pelanggannya tidak putus-putus datang hendak berjumpa dengannya.

"Buat apa lama-lama dalam kereta? Tak mahu keluar bantu bonda? Haan, tak mahu jalankan kerja kamu?" bukan Raees sahaja kena. Aahil pun terkena sama.

Kedua-duanya senyum bersalah. Aahil menggaru belakang leher yang tidak gatal. Salah Raees lah ni tanya dia macam-macam. Kan dah ambil masa lama untuk dia beri jawapan.

"Ya bonda, kami nak turun dah ni." Raees menutup enjin kereta.

"Ya ya, cepat!" serentak Raees dan Aahil keluar dari kereta. Membontoti langkah Hadeeya masuk kedalam butik.

Raees terus masuk ke bilik pejabat yang berada di ruang belakang untuk membantu bonda menguruskan hal-hal stok pakaian di butik.

Langkah Aahil pula pantas menuju ke bilik khas editor and photographer. Manjalankan tugasnya yang sudah diterangkan oleh Hadeeya tempoh hari.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang