Dilihat kearah belakang Haura. Jururawat perempuan tadi sudah tiada. "Nurse dah keluar? Dia ada cakap bila kau boleh balik? "

"Dah. Dia kata paling awal aku boleh balik, petang ni."

Erdyna mengangguk faham. Langsung melihat telefon kembali. Selepas diterima notification dari WhatsApp, langsung dia membuka aplikasi itu.

'Aunty Deeya send a massage'.

Seperti yang dia sangka, Hadeeya membalas mesej nya pagi tadi yang mengatakan Haura sudah sedar. Malah sempat dia bercerita Haura membancuh air tengah pagi buta.

Geli hati Hadeeya yang membaca cerita Erdyna.

Erdyna terasa diperhati Haura. Mendongak kembali.

"Apa?" Dah kenapa bercekak pinggang macam mak nak marah anak ni?

Haura mengecilkan mata.

Erdyna berkerut pelik. "Kenapa?"

Haura merengus langsung diambil tempat bersebelahan dengan Erdyna. Tudung sarung yang menggelebeh, di kemas-kemaskan.

Erdyna pelik memandang sahabatnya disebelah. "Kau orait tak orait ni?"

"Tak."

"Awatnya?"

"Kau lah. Tak nak dengar soalan aku semalam."

Mulut Erdyna sudah berbentuk 'o'. Patutlah cemberut semacam muka minah ni.

"Ha ye ye. Apa yang kau nak tanya semalam?"

"Aku tanya, kau kena jawab jujur tau! Jangan tipu."

Erdyna mengangguk teragak-agak. "Okay.. InsyaAllah. Apa dia?"

"Bukan semalam patutnya aku dah mati kena langgar lori ke?"

Tersedak Erdyna dibuatnya. "Apa kau cakap ni? Kan sekarang kau dah selamat."

"Itu masalahnya aku pelik. Macam mana aku boleh selamat?"

Wajah Erdyna bagai tak percaya. "Kau tak ingat ke apa yang jadi semalam?"

Haura menggeleng. "Yang aku ingat, kau call aku waktu tengah melintas jalan. Lepas tu aku tak perasan ada lori yang dah dekat. Lepas tu tiba-tiba.." terhenti percakapannya. Matanya sedikit meluas. Mulutnya ditekup.

Baru dia teringat, ada satu tangan yang sempat menarik dia ke tepi. Pemilik tangan itu selamatkan dia!

Kemudian, dia terduduk terkejut. Dia lihat kehadapan, lori dah menjauh. Dia alihkan pada jari-jemarinya. Bergetar kuat! Tiba-tiba dia terasa sesak nafas kemudian terbatuk-batuk. Dia sudah ingat! Ya! Yang dia rasakan dia sudah mati itu kerana dia sesak nafas dan sistem penafasannya seakan rosak. Bukan disebabkan dilanggar lori!

"Kau ingat sesuatu." Bukan soalan yang Erdyna katakan. Tapi kenyataan. Dia sendiri tak pasti apa yang Haura ingat. Tapi yang pasti, ada sesuatu yang buat Haura sedar tentang kejadian semalam.

Haura mengangguk perlahan. "Tapi.. "

"Tapi apa pula?" Erdyna tayang muka bosan. Ingatkan dah ingat semua.

"Siapa.. Yang selamatkan aku?"

"Kau tak ingat siapa?"

Haura mengeluh. "Dah kalau aku ingat, aku tak tanya." lagipun semalam, dia bukan terus melihat pada orang yang menarik lengannya. Tak sempat pun nak menoleh kearah orang baik itu. Sebab dia terus terduduk kerana begitu terkejut dengan kejadian sebelum.

"Kau nak tahu siapa?"

Haura bersungguh mengangguk. Mestilah nak!

"Betul kau nak tahu?"

Haura sudah mengangkat tangan mahu menepuk bahu Erdyna. Belum sempat mendarat tepat pada bahu sahabatnya. Secara tiba-tiba pintu masuk terbuka.

"Assalamualaikum.. ByCha, Erdyna?" Hadeeya menjenguk kearah katil. Tiada orang yang duduk diatas katil itu. Dia salah bilik ke ni?

Dikerling pada sofa. Ha!

"Waalaikumussalam, bonda!" Haura terus melangkah kearah Hadeeya. Hadeeya juga meluru kearah anaknya. Mereka berpelukan.

"ByCha baik-baik sahaja kan?" Hadeeya memegang wajah anaknya. Diteliti seluruh wajah Haura.

Bibir sudah merah cantik cuma ada luka kecil dihujing. Mata biru milik anaknya sudah bersinar-sinar. Syukur. Hanya Tuhan sahaja tahu betapa risau dan gelisah hatinya semalam melihat sekujur tubuh anaknya kaku dengan wajah yang jelas pucat.

"Ya, ByCha baik-baik sahaja, bonda. No murung, no mental, no gelisah, no PTSD. Cuma ada rasa takut sikit. But it's okay. Serious."

Hadeeya tersenyum lega. "Alhamdulillah..​Alhamdulillah.."​

Haura juga turut tersenyum.

"Kamu berdua dah makan?"

Serentak Haura dan Erdyna menggeleng.

"Baguslah. Ni bonda ada bawakan nasi lemak. Jom sarapan sama-sam-"

'Tok'

'Tok'

Siapa lagi yang memotong percakapan mereka kali ini?

Automatik Haura terus berjalan kearah pintu. Dia sedar tak sebenarnya dia baru sedar dari koma? Aktif semacam saja duk berjalan kesana kesini. Dah macam bukan dia yang sakit.

Pintu masuk langsung dibuka. Ingin melihat siapa pula yang mahu menjenguknya pagi ini.

Apabila mata bertembung mata, langsung terkaku. Terkedu. Kedua-duanya terbeliak. Masing-masing tak percaya dengan apa yang dilihat.

Mahu memandang kearah lain, tapi mata nya bagai kian lemas dalam kolam anak mata yang berada bertentangnya.

Ada satu rasa yang tak dapat dia zahirkan.

Di kepalanya tiba-tiba terlintas sepotong ayat..

'Will you wait for me and keep your heart for me?'

"Haan, ByCha?" terhenti lamunan mereka berdua. Raees tersenyum girang sebelum menghampiri dan selamba terus masuk ke dalam bilik wad. Haura teragak-agak masuk ke dalam. Tapi dibiarkan pintu terbuka.

Raees dan Haura bersalaman sebelum Raees mencubit pipi Haura. "Alhamdulillah you're okay, princess."

Haura tersenyum seraya mengangguk.

"Lah Ees ke? Bonda ingat siapalah yang ketuk pintu tadi." Hadeeya mengeluarkan bungkusan nasi lemak dan susun di atas meja.

Raees memandang bondanya pelik. Sebelum duduk di kerusi kayu. "Aik, mana ada Ees ketuk. Ees terus masuk je tadi."

"Habis tu siapa yang ketuk?"
.
.​
.​

Ha!​ Siapa yang ketuk? Mesti ada yang dah dapat tahu kan.

Apapun, Jangan lupa vote!





OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now