Terletus tawa Haura sebelum dia berdesis sakit. Baru perasan hujung bibirnya ada luka. "Aku baru sedar pukul dua suku tadi. Aku serba salah nak kejut kau. Lepas tu aku dahaga, aku buatlah air." suara Haura hampir tak terkeluar kerana tak dapat membuka mulut dengan luas. Lukanya ini boleh tahan panjang dan dalam. Dia sendiri tak ingat macam mana bibirnya boleh terluka.

Erdyna menggeleng-geleng. Dalam ngantuknya itu sempat dia mengomel. "Haih peliklah kau ni, Esha. Orang lain kalau baru terjaga dari pengsan, ada lah buat drama dulu satu dua scene. Tanya dia 'kat mana' ke 'macam mana dia boleh ada kat sini' ke. Kau? Bangun je terus bancuh air."

Dalam pada suara kegeramannya, sebenarnya dia bersyukur kerana melihat keadaan Haura baik-baik sahaja. Syukur lah, kemungkinan yang dikatakan doktor pagi tadi hanyalah kemungkinan yang tidak terjadi.

Tiada Haura yang murung.

Tiada Haura yang menangis tiba-tiba.

Tiada Haura yang dibelenggu dengan traumanya.

Hanya ada Haura. Haura, sahabatnya.

Haura tersenyum lucu. "Nak buat macam mana, Dyna. Aku dah biasa alami situasi macam ni dari dulu kan. Bilik wad ni pun dah jadi macam rumah kedua aku."

Dia menghirup dengan rakus kopi suam yang dibancuhnya tadi. Sedapnya!

Erdyna sudah kembali ke sofa yang menempatkan tempat tidurnya tadi. Menguap sekali.

"Tapi kalini aku nak tanya lah,"

"Shh.." Erdyna mengangkat jari telunjuknya lalu diletak di bibir. Ngantuk ni, mohon jangan ganggu.

"Hish, aku nak tanya n-"

"Shhh.. Don't talk with me. I wanna sleep right now." Erdyna menarik selimut hingga menutup wajahnya.

Haura merengus geram. Ish tadi dia yang membebel kata kita ni peliklah apa lah. Lepas tu bila kita nak tanya, dia suruh kita diam pula! Siap dia aku paksa dia jawab semua soalan aku esok!

Tiba-tiba tawa Erdyna meletus. "Aku tahulah muka geram kau pun lawa. Tapi tak payahlah lama-lama macam tu. Berkedut sampai kesudah nanti."

"Ish kau tak nak tidur pun kan sebenarnya? Tak payah lah tidur Dyna. Jawablah soalan aku dulu." meleret suara Haura. Daripada tadi lagi sebenarnya dia sudah tertanya-tanya tentang sesuatu.

"Grr.. Khhr.." sengaja Erdyna menguatkan dengkurannya. Dengkuran palsu.

Haura menampar kuat kaki Erdyna.

"Aduh!" Erdyna mengusap-usap pehanya yang telah menjadi mangsa kekejaman Haura. Boleh tahan kuat juga tangan minah ni!

"Ya ya. Esok lah kau tanya ya? Aku dah ngantuk ni. Penat tau jaga kau dari pagi? So now, i want to sleep. And you..​You need to sleep too. Take a good rest okay, Esha?" Erdyna menolak tubuh Haura jauh darinya. Siap dengan simbol menghalau.

Haura menggulingkan biji matanya keatas. "Fine!"
.
.

Seperti yang dijanjikan semalam selepas sahaja jururawat yang ditugaskan mengambil tahu tentang keadaan Haura sudah keluar daripada wad itu, tanpa tunggu lama dia terus meluru kearah Erdyna. Tidak diambil heran lagi pedih atas telapak tangannya yang masih dicucuk jarum.

Erdyna sedang khusyuk melihat telefon. Tak sedar Haura yang sudah berdiri dihadapannya sambil bercekak pinggang.

Amboi, mentang-mentang tak boleh solat, pagi-pagi buta mata tu dah terlekat dekat hanphone ya.

"Dyna."

Erdyna automatik mendongak. Terjungkit keningnya. Sejak bila Raeesha berdiri dihadapannya ni?

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now