T'SPECIAL | AL-BAIHAQI 2 🌼

Start from the beginning
                                    

Haq dan Hud memandang ke arah satu sama lain. Kami? Siang ikan?

"Aku mana reti siang ikan, nok." kata Hud.

"Alahai, bukan susah pun." balas Atikah selamba.

"Kau cakap senang lah. Bang, macam mana?" soal Hud sambil memandang ke arah Haq.

"Takpe, aku tahu kot sikit-sikit. Jom lah. Nanti umi balik, bising pula dia." arah Haq. Mereka berjalan ke arah dapur untuk menyiang ikan.

Atikah melihat sahaja abang dan adiknya. Dia ketawa kecil. Sebenarnya Bahiyah tidak menyuruh mereka siang ikan pun. Saja nak buli mereka. Hehe

Ikut perangai siapalah Atikah ini ya?



🌸


Atikah menoleh ke arah pintu yang dibuka oleh seseorang. Terpampang wajah Bahiyah dan Tengku Akif yang baru sahaja pulang.

Atikah berdiri lalu menghampiri mereka berdua.

"Nenek macam mana, umi abah?" soal Atikah ingin tahu.

"Alhamdulillah, nenek sihat aje. Cuma demam sikit je." balas Bahiyah sambil tersenyum.

"Ni, umi tengok kereta Abang Long kamu ada tu. Tapi mana pergi budak berdua tu? Penat sangat ke beli barang tadi?" soal Bahiyah. Matanya melilau mencari Haq dan Hud.

Atikah menahan ketawa. Apalah reaksi umi ya?

"Ada tu dekat belakang. Tengah siang ikan. Dah ssatu jam dah. Tak siap-siap lagi." kata Atikah membuatkan Bahiyah dan Tengku Akif terbuntang mata.

"Haq dengan Hud siang ikan? Biar betul kamu ni, Ikah? Abang dengan adik kamu tu mana reti siang ikan." balas Tengku Akif tidak percaya.

"Betul abi. Tak percaya pergi lah tengok." kata Atikah. Lantas mereka bertiga menuju ke belakang untuk melihat keadaan Haq dan Hud.

Alangkah terkejutnya Bahiyah dan Tengku Akif melihatnya.

Haq dengan Hud yang sedang bergaduh tidak perasan kehadiran umi dan abahnya.

"Bukan macam itu lah!" kata Hud yang melihat Haq sedang struggle.

"Kau diam je boleh tak? Stres lah aku."

"Aku tengok ikan tu dah tak serupa ikan dah. Mati lah kalau umi tahu. Yang kau pergi buang sekali isi ikan tu dah kenapa?" Hud membebel. Biar betul Haq ini?

"Dah memang macam ini siang ikan. Aku sendiri tengok dekat youtube."

"Youtube siapa kau tengok? Ayah pin ke?" soal Hud. Matanya melihat Bahiyah dan Tengku Akif di arah pintu belakang.

"Abang."

"Apa kau ni? Aku tengah buat kerja ni ha."

"Bang. Umi dengan abah."

Haq menoleh ke arah pintu.

Ah sudah!

Bahiyah bercekak pinggang. Haq dan Hud tersenyum kekok. Atikah di sebelah Bahiyah hanya menahan ketawa.

"Dah macam berperang dah kamu berdua ni. Siapa memandai suruh kamu siang ikan ni? Biar kan ajelah dekat singki tu. Nanti abi siangkan lah." Bahiyah menggeleng kepala. Aduhai.

"T-tadi Ikah cakap umi yang suruh kitaorang siang ikan. Nanti umi balik, umi nak terus masak." kata Hud. Takkan Atikah sengaja mahu kenakan mereka?

"Bila masa umi cakap? Takde nya. Umi tahu kamu berdua tak pandai siang ikan. Haihlah."

Hud dan Haq melihat ke arah Atikah yang sedang menjelirkan lidah.

Memang nak kena dia ni!

"Ha dah, basuh semua tu. Membazir je ikan tu ha. Habis segala isi kamu buang."

Haq dan Hud akur. Atikah sudah bersedia untuk larikan diri.

Setelah selesai, Haq dan Hud menghampiri Atikah. "Sini kau!"

Atikah ketawa besar. Mereka berkejar di satu ruang tamu.

"Ala. Sorry lah. Gurau jelah."

"Banyak lah kau punya gurau! Buang masa kitaorang je tahu tak?" kata Hud masih cuba mendapatkan Atikah.

Bahiyah dan Tengku Akif yang berada di dapur melihat sahaja kerenah anak-anak mereka.

"Anak-anak abang lah tu."

"Anak sayang juga."

TBC

Nak tak kalau author buat cerita pasal anak Bahiyah dengan Tengku Akif? hehe

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now