BAHIYAH : 9

5.3K 229 2
                                    

2 hari sudah pun berlalu

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.


2 hari sudah pun berlalu.

Hiyah sudah redha dengan apa yang jadi dengan kejadian tempoh hari. Sekarang dia sedang berada ditempat kerja. Kalau nak tahu, Hiyah bekerja di sebuah kedai gubahan bunga. Hiyah suka sangat dengan bunga. Kalau boleh hari hari dia nak tatap bunga tu. Sampai semua jenis nama bunga dia tahu.

Sedang Hiyah menyusun bunga bunga di tempatnya, telefonnya berdering. Tidak lain dan tidak bukan, nama tokma yang tentera di situ. Hiyah terus mengangkat panggilan tersebut.

"Assalamualaikum tokma.." dengan cepat Hiyah memberi salam kepada Tengku Roslina.

"Waalaikumsalam Hiyah, tengah buat apa tu?" soal Tengku Roslina sejurus dia menjawab salam Hiyah.

"Hiyah tengah kerja tokma. Tengah susun susun bunga." jawab Bahiyah sambil tangannya lagi satu masih memegang bunga.

"Oh, Hiyah kerja dekat kedai bunga ke?" soal tengku Roslina teruja.

"Haah tokma, Hiyah suka sangat bunga. Itu yang kerja pun nak kena mengena pasal bunga juga" jawab Bahiyah sambil ketawa.

Tengku Roslina yang mendengarnya turut ketawa dihujung talian.

"Ada apa tokma telefon Hiyah ni?" soal Bahiyah pada tengku Roslina.

"Oh iya, tokma nak ajak kamu shopping harini. Kamu balik kerja pukul berapa? Nanti tokma jemput kamu kat tempat kerja." balas tengku Roslina. Dia mengharap kan yang Bahiyah boleh meluangkan masa dengan dia. Lagi pula, Tengku Maria dah teruja nak jumpa Bahiyah.

"Bahiyah habis kerja pukul 3 tokma. Tokma takpayah susah susah jemput Hiyah dekat sini, kita jumpa dekat sana je." jawab Bahiyah dengan nada lembut.

" Baiklah, kalau kamu dah cakap macamtu. Kita jumpa kat mall ye. Assalamualaikum.." balas tokma dengan senyuman terukir di bibir. Dengar je suara Bahiyah rasa tenang je hati dia.

"Waalaikumsalam, tokma." jawab Hiyah, sejurus itu dia mematikan panggilannya.

Kerja Bahiyah yang tadi tergendala, terus dia sambung menyusun bunga di tempat nya. Dia hilangkan rasa bosan dengan menyanyi. Perlahan sahaja takut nanti pelanggan tiba tiba datang.






Tepat pukul 3, Hiyah sudah berada di shopping mall. Dia masih menunggu kedatangan Tengku Roslina.

Tidak sampai 5 minit, dia melihat tengku Roslina berjalan ke arah nya. Disebelah nya ada seorang wanita yang tidak pernah dia lihat pun berjalan ke arahnya bersama Tengku Roslina. Pakaiannya kelihatan sedikit mewah tetapi masih lengkap menutup aurat.

"Hiyah dah lama tunggu tokma?" soal tengku Roslina. Risau kalau dia buat Bahiyah tunggu lama.

"Eh takdelah tokma, Hiyah pun baru je sampai tadi." balas Bahiyah dengan senyuman.

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Onde histórias criam vida. Descubra agora