BAHIYAH : 14

6.5K 281 4
                                    

5 hari berlalu dan dalam tempoh itu, tengku Akif tidak pernah sekali melayan isterinya dengan baik

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

5 hari berlalu dan dalam tempoh itu, tengku Akif tidak pernah sekali melayan isterinya dengan baik. selalu sahaja naik tangan.. dan 5 hari itu juga Bahiyah tidak menjenguk umi dan abahnya..






Bahiyah membuka pintu bilik tengku Akif untuk memanggilnya turun makan.. ya, Bahiyah baru sahaja selesai menolong tengku Maria masak untuk makan malam..

Masuk sahaja dia ke bilik , dia melihat suaminya sedang baring sambil bermain telefon bimbit.

"awak.. jom makan?" pelawa Bahiyah..

tengku Akif tidak menghiraukan ajakan Bahiyah.. dia masih dengan telefonnya dan membuatkan Bahiyah datang lebih dekat ke arah tengku Akif..

"awak.." panggil Bahiyah lagi..

"kau nak apa?! kau nak makan pergi jelah makan.. sibuk pasal aku kenapa?!" tengking tengku Akif membuatkan Bahiyah terkejut dengan tindakan suaminya..

"mama yang suruh saya panggil awak turun makan.." sambung Bahiyah tenang.

tengku Akif tiba tiba sahaja datang dekat ke arah Bahiyah.. dia merapatkan muka nya ke arah Hiyah.. lantas dengan itu Bahiyah mengundurkan sedikit badannya dari tengku Akif..

"kenapa? kau pikir aku ni nak sangat sentuh kau? jijik adelah.." tengku Akif berkata penuh sinis.. senyuman nya senget ke arah Bahiyah..

Bahiyah hanya memejamkan mata.. terasa sakit di hatinya tidak dihirau kan.. dia kene kuat hadap semua ni..

"takpelah.. saya turun dulu.. awak turunlah makan kalau lapar.." balas Bahiyah..

dia berjalan ke arah pintu bilik untuk keluar turun makan.. tetapi dengan pantas tengku Akif menarik tangan Bahiyah dengan kuat menyebabkan dia terlanggar dada suaminya..

"aku akan pastikan satu masa nanti kau akan melutut dekat aku cakap yang kau nak aku ceraikan kau.. dan masa tu aku takkan teragak agak untuk lafazkan cerai pada kau.." tengku Akif berkata dengan penuh sinis.. lantas dengan itu dia menolak Bahiyah agak kuat menyebabkan Hiyah hampir terjatuh dan tengku Akif keluar dari biliknya..

Bahiyah yang mendengar itu tanpa sedar dia mengeluarkan air mata.. dengan cepat dia menghapuskan air matanya dengan kasar..

kau tak boleh macam ni Hiyah.. kau kene kuat.. dia suami kau.. lagipun kau dah janji dengan tokma.."
luah Bahiyah..

Bahiyah keluar dari bilik itu dan pergi ke bawah untuk makan malam.. Bahiyah duduk di sebelah suaminya..

"Kif.. ingat.. dah jadi suami orang ni tanggungjawab besar.. jangan asyik duduk dekat office tu je.. awak tu dah beristeri.. luangkan masa dengan isteri.." tengku Maria tiba tiba bersuara.. tengku Akif tidak menghiraukan nya..

tengku Maria yang melihat itu, dia mengeluarkan keluhan kecil.. dia memandang ke arah Bahiyah pula yang sedang makan.. dia perasan riak wajah Bahiyah sedih..

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu