T'SPECIAL | AL-BAIHAQI 2 🌼

Start from the beginning
                                    

Lantas Haq tersedar dan dengan pantas dia memilih ikan yang Bahiyah pesan pada mereka. Ikan tenggiri dan ikan pari.

Setelah selesai, Haq memberi gadis itu ikan yang dipilih untuk ditimbang.

Haq merenung sahaja wajah gadis itu. Tidak tahu kenapa walaupun dia tahu dia sepatutnya menundukkan pandangan.

"Semua RM42..." kata gadis itu. Lalu ikan yang telah dibungkus plastik diberi pada Haq. Dengan mata yang masih melihat gadis itu, Haq mengambil dengan perlahan.

"Terima kasih, kak." kata Hud sambil tersenyum.

Gadis itu membalas senyuman yang manis kepada Hud. "Sama-sama."

Gadis itu melihat sekilas Haq yang masih merenungnya.

Ya Allah. Lelaki ini kenapa ya?

"Abang! Jom."

Haq menoleh ke arah Hud. Lalu pandangan nya kembali pada gadis itu dan dia memberi senyuman nipis.

"Jom." balas Haq dan mereka mula berjalan keluar dari pasar raya itu. Hud melihat saja abangnya dari tadi.

Apabila mereka sudah sampai ke tempat parking kereta, Hud dan Haq membuka pintu kereta dan masuk ke dalam.

Haq menghela nafas perlahan.

"Kau kenapa bang? Lain macam je muka kau bila kita dekat tempat beli ikan tadi." kata Hud selepas dia meletakkan barang-barang yang dibeli di tempat duduk belakang.

"Takde apa lah."

"Kau kenal perempuan tu?" soal Hud ingin tahu.

"T-tak. Muka dia macam familiar sikit je." balas Haq lalu enjin kereta Honda dihidupkan. Lalu mereka pulang ke rumah kerana sudah agak lewat.

Dah nak masuk tengahari dah.

Setelah sampai, Hud dan Haq turun dari perut kereta. Barang-barang yang dibeli dibawa masuk oleh Hud.

"Pergh, rajin siak beli barang masak." kata Atikah yang berada di ruang tamu sedang menonton television.

Hud yang berjalan melintasi Atikah, dipukul nya kepala kakaknya. Tidak lah terlalu kuat.

"Sakitlah, bongok!"

"Kalau bukan kitaorang yang nak belikan barang masak ni, habistu siapa lagi yang nak pergi beli? Nak harapkan kau. Memang tak ler. Sampai kiamat pun duduk je tengok tv tak buat apa." kata Hud. Haq hanya menggeleng melihat perangai adik-adiknya.

"Eh aku ada juga eh tolong umi masak. Kau apa tahu?"

"Haah. Tolong gaul je buat apa."

"Ada function juga kan?"

"Function bendanya?"

"Eh korang ni. Dah dah lah tu. Bergaduh je kerja nya." Haq menegur adik-adiknya. Kalau tak, sampai esok masing-masing taknak mengalah.

"Mana ada gaduh, bang. Gaduh manja je. Kan sayang?" Hud mengusap kepala Atikah. Kononnya.

Atikah menjeling ke arah Hud lalu tangan yang mengusap kepalanya ditepis.

"Siapa sayang kau? Perasan." balas Atikah.

"Ni, umi mana?"

"Pergi teman abi balik rumah nenek dengan atok. Katanya nenek tak berapa sihat." kata Atikah lalu siaran tv dialih.

"Lah, yeke? Habis barang-barang ni?"

"Umi suruh abang Long dengan Hud yang siang ikan tu. Nanti umi balik, dia nak terus masak."

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now