T'SPECIAL | AL-BAIHAQI 🌼

Start from the beginning
                                    

"Dah? Kau ada nak pergi mana-mana lagi ke lepas ni sebelum kita balik KL?" soal Haq. Mereka mula berjalan keluar dari masjid itu.

"Takde kot. Aku nak terus balik rumah. Rindu dengan ayah ibu aku." balas Fattah. Haq mengangguk lalu tersenyum.

"Okay, jom."

Mereka berjalan untuk pergi ke arah kereta yang terletak di parking lot. Tiba-tiba....

"Allah!" jerit seorang wanita yang seperti sebaya dengan Haq dengan Fattah yang terjatuh terduduk mengakibatkan buku yang dipegangnya bersepah di atas tanah.

Lantas itu, membuatkan Haq laju melangkah ke arah wanita itu untuk membantunya.

Wanita itu dengan pantas mengutip semula buku yang bersepah dibantu oleh Haq. Fattah pun turut bersama dengan Haq untuk membantunya.

Selesai, Haq menghulurkan buku yang dipegang kepada wanita itu. Mata mereka bertembung. Hati Haq seakan berdetak laju apabila melihat mata wanita itu.

Wajah yang sangat suci, tenang sahaja apabila melihatnya. Pakaian yang sangat labuh. Tiada solekan yang ada di wajah wanita itu. Sungguh suci, cantik dan menawan.

Wanita itu sedar lalu dia dengan cepat menundukkan pandangan. Haq turut sama tersedar apabila wanita itu tidak lagi memandangnya.

Wanita itu berdiri, matanya tidak memandang ke arah Haq.

"Terima kasih bantu saya. Maaf jika menyusahkan." ujar wanita itu lalu dia pergi meninggalkan Haq dan Fattah.

Haq melihat sahaja wanita itu berjalan ke arah pintu masuk masjid itu. Kenapa hatinya rasa lain? Wanita itu...

Sungguh cantik dan sempurna.

Fattah perasan yang Haq masih tidak melepaskan pandangannya pada wanita itu.

"Kau kenal ke perempuan tu?" tanya Fattah.

Haq tersedar. "Eh, takdelah. Jom lah nanti lambat."

Haq berjalan menuju ke arah keretanya. Fattah memandang pelik. Kenapa pula dengan kawan dia ni?




🍀



Setelah beberapa jam perjalanan, Haq dan Fattah akhirnya sampai ke rumah mereka. Haq sudahpun menghantar Fattah pulang ke rumah keluarganya.

Kini dengan perasaan yang amat rindu dengan keluarga tersayang, Haq dengan laju melangkah ke arah pintu utama rumah banglonya.

"Assalamualaikum." Haq memberi salam terlebih dahulu.

Tidak sampai beberapa minit, kedengaran suara seseorang yang Haq amat kenal.

"Waalaikumsalam."

Dengan itu pintu utamanya dibuka memaparkan wajah Atikah yang elok bertudung sarung.

"Abang!!" Atikah tersenyum melihat wajah abang sulungnya yang sangat dia rindui. Lantas, Atikah memeluk tubuh Haq. Haq membalas dengan senang hati.

"Ya Allah, rindu gila dekat kau bang! Umi, Abi! Tengok ni siapa balik!" kata Atikah selepas dia meleraikan pelukan mereka.

"Ye, Ikah! Bingit betul lah suara kamu—"

Membulat mata Bahiyah apabila melihat wajah anak lelaki nya yang sangat dia rindu. Bahiyah laju berjalan ke arah Haq. Tubuh itu dipeluk erat.

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now