Sebab apa?

Hanya ada 2 tempat duduk. Takkanlah aku kena duduk atas lantai. Malas nak fikir, aku duduk. Bila aku tanya mana tunang dia, boleh dia keluarkan cermin. Dihalakan ke arah aku. Dia cakap pantulan cermin tu lah tunang dia.
Masalahnya dia halakan ke arah aku! Sudah semestinya aku yang dimaksudkannya. Aku rasa seperti dipermainkan dengan Muqris. Sabar jela.

Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Malas mahu melihat muka Muqris. Sekarang ni aku rasa nak tumbuk muka Muqris dalam lesung batu.

Hidangan udang galah yang istimewa langsung aku tak sentuh.

"Nah. Makan. "Muqris meletakkan udang yang siap dibuang kulit ke dalam pinggan aku.

"Tak nak. "

Muqris mengambil sudu dan garfu yang diletakkan bersebelahan pinggan aku. Dilap menggunakan tuala khas. Setelah selesai, diletak kembali di kedudukan asalnya.

"Makanlah. I'm sorry, okay? "pujuk Muqris lembut.

Dalam marah aku, garfu dicapai.

Aku menuruti kehendak Muqris. Sengaja aku gigit garfu dengan kuat untuk menunjukkan perasaan aku yang masih marah.

"Makan perlahan lahan. Gurau je. "kata Muqris.

"Gurau otak lu!"balasku geram.

Muqris tersengih.

"Kenapa buat macam ni? "tanyaku. Takkanlah aku nak hentam dia terus tanpa dengar penjelasan. Walaupun sebenarnya dah terhentam awal -awal lagi. Geram punya pasal.

Nafas panjang dihela. Muqris mengangkat bahunya. "Entah. Maybe this is one of the trick to ask you to go out with me. "

Mulutku terhenti dari mengunyah.

Telinga aku salah dengar kot. Betul la tu. Kelakar. Dia? Ajak aku keluar? Pandangan dialihkan ke arah lain.

"Rasanya, kita boleh keluar lain kali. Sebagai kawan. Hm? "Muqris menghulurkan tisu. Dia membuat isyarat di bibir.

Leka sangat makan sampai aku tak perasan ada kesan comot. Dahlah depan Muqris. Malu gila!

"Keluar? Where? Is it a date? "Aku sengaja bertanya untuk menutup rasa malu.

Hujung bibir Muqris naik. "So, you wanna go out for a date? With me? Are you serious, bear? "Muqris inginkan kepastian. Matanya memandang tepat ke arah anak mata aku.

Gulp!

"Bukan itu maksud saya! Saya, "Aku gelabah.

Muqris mengecilkan matanya. "Awww! A date. I would love to going a date with you. "

Pipiku terasa membahang. Ni dia sakat atau betul -betul serius. Kalau serius, mampus aku. Aku memang tak sedia nak buka hati untuk orang baru.

"Joke. Jangan gelabah sangat, bear. "Muqris ketawa kuat.

Nafas lega dihembus. Lega mendengar pengakuan Muqris.

Bunyi panggilan telefon menghentikan gelak tawa Muqris. Dia meminta diri untuk menjawab panggilan. Dari raup wajah Muqris, pasti perkara yang mustahak. Sampai berkerut keningnya menjawab panggilan.

Ini kali kedua aku melihat Muqris dengan wajah serius. Pertama kali ketika di taman permainan sewaktu dia memarahi kawannya. Bila dilihat balik, seram jugak muka serius Muqris.

"So, kita kat mana tadi? "tanya Muqris.

"Rumah. "

Pecah ketawa Muqris.

Apa? Ingat dia sorang boleh loyer buruk? Aku ni lagi pro la!

"Ris. Dalam banyak -banyak bunga, bunga apa boleh menyanyi dan menari? "

Tiba -tiba sahaja aku memberi teka teki baharu.

Diam. Keningya berkerut  sedang memikirkan jawapan.

"Tak tahu."Mudah jawapannya. 

Aku tersenyum jahat. "Jawapannya, Rośe Blackpink. "Ketawa jahat. Hahaha. Bukan selalu aku kenakan dia.

"Dahlah. Bosan main teka teki macam ni. "Muqris bangun.

"Nak pergi mana? "Aku bertanya. Pelik melihat Muqris tiba -tiba bangun.

"Bayar. Pergi tunggu kat kereta. "Terselit arahan darinya.

Aku akur. Sampai sahaja di tempat letak kereta, aku baru teringat sesuatu. Tadi kami makan udang galah. Atau secara betulnya, aku yang makan.Dia ada duit ke nak bayar? Aku terlupa nak hulurkan duit kat dia tadi. Aku bagi dia masa 15 minit. Kalau tak sampai jugak memang sah! Memang sah jadi tukang cuci pinggan.

"Kenapa tak masuk kereta lagi? "Satu suara garau menegur aku.

Aku berpaling.

Muqris.

Fuh! Nasiblah dia tak cuci pinggan malam ni. Kalau tak, jenuh nak cari dia.

"Terima kasih untuk makan malam. Pagi esok, saya belanja makan pagi. Nak? "Aku menawar padanya. Segan pulak aku kalau tak balas balik. Haritu dia bayarkan makan pagi. Makan malam ni pun dia bayar.

Muqris memetik jarinya. "Nasi lemak Mak Senah! Extra sambal kerang. "

Amboi! Laju je mintak.

"Yela. Jumpa esok. "Aku masuk ke dalam kereta.

Muqris menunggu kereta aku beredar. Tangannya dilambai ke arah aku dengan senyuman.

Sepanjang pemanduan aku sedar ada sebuah motosikal mengekori aku dari belakang. Yang menguatkan lagi firasat aku apabila aku belok ke kiri, motosikal itu melakukan hal yang sama. Aku ke kanan, motosikal itu ke kanan. Lagi bertambah hairan sebaik sahaja kereta yang dipandu aku masuk ke tamah perumahan, motosikal itu lesap. Entah ke mana.

Mungkin aku syok sendiri. Aku cuba menafikan kerana malas nak fikir. Sampai sahaja di rumah aku terus membersihkan badan dan tidur.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now