silam

57 8 0
                                    



" Okay adik-adik abang nak kamu semua nyanyi ramai-ramai! Ingat! Ini muka-muka yang kamu akan hadap sampai kamu habis sekolah. Jaga ukhuwah kamu betul-betul sebagai muslim yang bersatu! "

Bilik seminar bergema dengan nyanyian bocah tingkatan satu itu. Mereka saling berpelukan bahu ke bahu.

" Sesegar.. Hijau daunan! Begitulah Kita diibaratkan. "

" Tiada siapa yang bisa memisahkan kita"

" Antara kita semua "

" YEYYY! " Sorak bocah-bocah itu seraya menepuk tangan. Gembira agaknya sesi orientasi petang itu bakal tamat beberapa minit lagi. Masing-masing pun sudah tidak sabar ingin menjamah makanan.


Ya.

Aku tahu aku pernah mengalami situasi ini.

yang membezakannya ialah mungkin waktu itu, dendangan itu kelihatan kosong bagi 95 remaja tersebut.

Namun kian lama, masa seolah mengajar kita erti dewasa.

Tempat yang sama, orang yang sama, lagu yang sama

Namun kenapa perasaannya lain sekali..?

Adakah kerana kita yang terlalu menghayati? Atau kita yang baru belajar menghargai?

jarak antara kitaWhere stories live. Discover now