༊*SG·15˚

50 4 0
                                    

Adhan membuka langkah menuju ke pintu utama sekali lagi. Namun belum sempat kaki melangkah keluar, namanya diseru dari arah belakang. Kepala berpaling menghadap empunya suara. Aisar memandangnya lama sebelum mendepakan kedua belah tangan kepada sahabatnya. Adhan masuk ke dalam pelukan Aisar.

" Take my Energy with you Han." Belakang badan Adhan ditepuk tepuk sebelum Aisar sendiri merungkaikan pelukan mereka.

Quin Adelyn Ammara tersenyum sambil menghulurkan sebotol air mineral untuk Adhan mengisi tenaga di dalam badannya. Adhan cepat-cepat minum lalu keluar dari rumah menuju ke rumah miliknya sendiri. Zaqiu bersiul dengan senyuman bila dia Berjaya memecahkan code CCTV rumah " Penculik" Kalea.

" Gapo dio buat tu. Haha." Aisar turut melihat skrin laptop Zaqiu yang membuatkan lelaki itu ketawa kecil.

Info baharu itu terus disalurkan kepada Adhan.

" Kau rasa kan, kalau kita Berjaya tolong perempuan ni, kita dapat duit tak?" Soal Shahmeel sambal menongkat dagu dengan tangannya.

" Tak habis-habis dengan duit. Mata duitan betul." Balas Arian dengan jelingan.

" Eh mestilah. Money is Everything okey! Nak beli boxer pon pakai duit. No Money No Talk." Bidas Shahmeel kembali. Betul lah tu, zaman sekarang, tiada apa yang tidak memerlukan duit. Semua perlu bayaran sebelum dapat.

Mikael dan Zaqiu diarahkan untuk membantu Adhan dari jauh. Jadi mereka berdua sedang bersiap untuk ke rumah Adhan. Memandangkan info sudah banyak dalam genggaman mereka, jadi tidaklah terlalu risau. Adelyn meminta mereka berempat turut serta namun sekerasnya dihalang oleh Aisar kerana risau akan keselamatan Adelyn dan anak-anak.

Tubuh Adelyn dipeluk dari belakang. Dagu disandar atas bahu isterinya. Mahu mengutip sisa tenaga yang ada untuk hari esok pula.

" Sayang" Adelyn berpaling memandang Aisar.

" Tolong jangan tinggalkan Abang. I need you"

" Hey, listen. Despite the distance between us, There is no one closer to my heart than you. I'll be there everytime you need me." Dagu Aisar diusap penuh kasih sayang.

" Abang takut, sayang." Luah Aisar.

Dan luahan itu mendapat perhatian dari dua orang lagi sahabatnya. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri sebelum menunduk sayu. Siapa saja di antara mereka tidak takut jikalau sudah tahu bahawa ada manusia yang busuk hati di luar sana sedang mengincar Adelyn sebagai tawanan. Dan sayangnya, Adelyn tidak tahu akan perkara itu.

" Tak payah takut. Allah kan ada." Tenang bicara seorang isteri kepada sang suami. 

' Wallahi, It hurts, it hurts a lot when i can't tell you the truth. I love you till Jannah, Sayang.' Hati berbicara pedih. 

≪•◦ ❈ ◦•≫

Bergema laungan suara dan bunyi libasan tali di dalam satu ruangan di dalam rumah agam milik seseorang yang terletak jauh di dalam hutan. Sepanjang dia berada di neraka buatan manusia ini, badannya tidak pernah lekang dari terkena libasan tali hingga sudah terasa kebas dan lunyai segala organ dalamannya.

" Stupid!"

Dan laungan itu bergema bersamaan bunyi libasan. Dengusan nafas kasar yang sudah berada di hujung nyawa bergabung dikala tali terkena tubuh badannya.

" Aku dah pesan dulu. Kalau kau berani nak tanggung risiko, baru boleh join aku tapi degil sangat kau ni. Ini lah hukuman untuk pembelot macam kau!" Lelaki itu menumbuk wajah tahannya hingga tersembur darah dari mulut.

" I- would never- kill her."

Sekali lagi tumbukan dilepaskan terhadap tahananya. Kali ini pada bahagian perut pula. Tangan yang tergantung pada tali berbekas kebiruan hingga dia berdesis kesakitan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OG | | SWEET GUARDIANWhere stories live. Discover now