༊*SG·04˚

217 26 2
                                    

" I've been cold hearted but I'm just getting started" suara seorang lelaki menyanyi memenuhi ruang udara.

" Got my eyes on the target. Now, Now" suara si gadis pula menyambung.

" Til the battles are won"

"Til kingdom come"

" I'll never run"

Dua suara bergabung menyanyi merdu di tempat usang tidak berpenghuni itu. Disertakan dengan gelimpangan mayat musuh. Sambil berjalan, kaki menolak mayat-mayat yang menyekat laluan mereka. Jijik?

They love blood.

" Hai. Borak apa? Macam rancak je?"

Tanpa nada suara husky seseorang menerjah sistem pendengaran.

Adhan menyambut tubuh longlai Nayli jatuh ke dalam pelukan. Wajah gadis itu pucat teramat. Mungkin terlalu letih melayan drama hari ini.

Pengsan.

Melvin dan Medina berjalan masuk penuh gaya ke dalam bilik usang yang menempatkan mayat velos. Tangan terletak di dalam jaket baju. Sniper tersangkut elok di bahu masing-masing. Adam pula mengikuti langkah mereka tanpa berbicara. Mata tajam merenung mayat velos.

" Are we late?" soal Medina. Adhan tidak membalas.

" Ehh? Dah mati ke?"

" Biasa orang jahat ni susah nak mati. Ni macam pelik je" gumam Medina dengan dahi berkerut.

Agak mustahil jika velos mati begitu sahaja. Seperti ada kemusykilan di situ.

" Uncle? Why?" Medina memeluk lengan adam sambil bertanya mesra. Adam mengusap rambut Medina bersama senyuman kecil.

" Kau okey?" Adhan mengangguk bagi soalan Melvin.

" Cinta itu buta. Sejauh mana pun kau kejar, kalau bukan jodoh. Kau tetap takkan dapat dia" pesan melvin ringkas.

" So Han, hargailah yang dah lama tunggu kau tu. Bagi dia peluang, bagi hati kau peluang. Dah tak ada sebab untuk kau kejar hak milik orang lagi." sambung medina pula.

" Sejak bila abang pandai main kata-kata cinta pulak ni. Geli lah" bidas Medina dengan muka geli.

Melvin hanya mengusap kepala Medina dengan senyuman manisnya. lesung pipit terbentuk jelas menambahkan lagi ketampanan jejaka itu.

Wajah sembab nayli ditatap kosong.

" Jom ke hospital. Bahu kau perlu dirawat tu." sekali lagi suara melvin berbunyi.

" Kalaulah aku berhati-hati tadi. Pasti semua ni takkan terjadi"

Pada masa polis mengejar Aisar tadi, ada musuh yang mengebom kereta aisar dan kereta polis hingga menyebabkan banyak kematian. Itu lah sebabnya adhan dan adelyn di culik.

≪•◦ ❈ ◦•≫

Berdetak hebat jantung Aisar mendengar khabar dari Adhan bahawa Adelyn berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri di hospital. Bibirnya tidak putus menyeru nama sang isteri bersama air mata berderaian. Sungguh rapuh dirinya saat ini bila melibatkan kesayangannya. Wajah bengkak adhan dipandang kosong. Dalam fikirannya hanya ada adelyn sahaja saat ini.

" Where's my wife?" adhan tidak menjawab tapi membuka pintu buat aisar.

" apa ni han? macam mana boleh jadi macam ni?" mikael bertanya perlahan.

" Aku tak tahu macam mana benda ni boleh terjadi. Aku pun terkejut"

Adam menarik lembut lengan Medina supaya mengikutinya ke tingkat atas Hospital Swasta itu. Melvin pula hanya berhubung dengan adam melalui earpod agar dapat memantau keadaan semasa di wad menempatkan Adelyn.

Medina melekapkan lazer dihujung pangkal sniper lalu menghala ke arah tingkap bangunan bersebelahan.

" It's a trap" tutur medina dengan pandangan tajam ke arah anah buah velos. Adam pula hanya statik di tempatnya. Mata menghala ke arah satu susuk yang amat dikenali.

" Little Princess uncle nak jumpa Daddy ?"

Berkerut dahi Medina mendengar soalan cepu emas dari Adam. Terasa sebu dadanya mahu menjawab soalan yang amat sukar baginya. Rindu. Rindu yang tiada penghujung.

Tiada jawapan namun mata cantik itu sudah bergenang hebat. Hanya menunggu masa untuk membasahi bumi yang fana ini. Matanya memandang tepat ke dalam mata Adam.

" Uncle?" suara kasar Melvin terdengar dari corong earpod.

" Y-yes?"

" Don't tell us Daddy--"

BANG!

Bergema bunyi tembakan di dalam wad yang menempatkan Adelyn. Aisar lekas bangun dan keluar dari bilik. Leher adhan di cekup lalu menolak ke dinding.

"  Lewis Jonadhan Yves! I ask you to stop all the mess!"

" Ingat adhan! Kau masih under aku! Anak buah aku! Jangan sesekali ingkar arahan aku kalau kau taknak terima padahnya! I warn you!"

Adhan berdiri tegak tanpa mengelak tumbukan Aisar. Aisar melepaskan adhan lalu meraup muka sendiri.

" Han. She's awake" adhan mengeluh malas mendengar berita dari mikael.

Walaupun tidak suka, kaki tetap melangkah ke bilik Nayli dengan perasaan sebal.

Menyusahkan.

" Where I am?"

Melihat saja wajah tampan adhan melangkah ke arahnya, terus lebar senyuman Nayli.

"Kalau masuk hospital, Asyik soalan ni je yang keluar. Bosan aku" gumam adhan sendirian.

" What are you talking about? I don't understand"

" Menyusahkan aku betullah kau ni perempuan. Kenapa lah aku kena jumpa dengan orang macam kau"

" you benci i?" Nayli bertanya dengan penuh lemah lembut.

" Ingat dah lupa bahasa melayu" keluh adhan lagi.

Sungguh dia bencikan wanita ini sejak dari dulu. Sangat bencikan dia.

" you masih tak maafkan I lewis? Im truly sorry lewis. I disuruh! I tak berniat nak sakitkan dia. I terpaksa" sayu saja ucapan Nayli namun adhan memandangnya sinis.

" Jawapan sama bagi orang bersalah. Manusia mana yang akan mengaku salah sendiri? Lagi-lagi manusia macam kau ni."

Dagu Nayli dicengkam lalu wajah didekatkan.

" Kau dengar sini baik-baik. Keep this in your mind"

" Sampai mati pun aku takkan maafkan kau. Kau akan selamanya akan hidup macam mana dia lalui dulu. Aku bersumpah depan muka kau. Kau takkan hidup bahagia walau dengan apa jua keadaan pun"

" One more thing, kalau apa-apa terjadi pada keluarga aku, aku bunuh kau"

" I tak buat. Lewis! I tak buat perkara ni! Please trust me!"

" Stupido" Adhan memaki senada.

" Tolong percayakan I lewis!"

Kaki dihayun keluar dari bilik itu. Tangisan Nayli terdengar semakin nyaring bersama bunyi hentakan pada meja sakitnya.

" Lewis! Kenapa? Kenapa you tak nampak I?! dari dulu I yang sayangkan you! Dia tak pernah sayangkan you!"

" Lewis!"

" Why! You hurting me!"

" Lewis! Come back!" Jarum yang tercucuk elok pada tangan direntap begitu saja. Darah bercucuran.

Rayuan demi rayuan dibuat namun tiada sahutan. Meja dipukul sekuat hati hingga berbekas merah pada jari-jarinya. Tapi itu bukanlah sakit yang sebenar, hatinya lebih sakit dari segalanya.

" Kenapa you buat I macam ni Lewis? You kejam!"

" I love you so much. Why?"

" I do anything just for you Lewis"

Sungguh tega Adhan berbuat begitu. Menuduhnya tanpa unsur periksa. Adakah baginya cinta Nayli ini terlalu murah? Dari kecil berjuang untuk mendapatkan hati Adhan namun ini yang dia dapat.

OG | | SWEET GUARDIANWhere stories live. Discover now