" That's not my problem" jawab Qash selamba.

" Itu adik ipar you tau. Kalau jadi apa-apa pada suami I, you takkan jumpa I lagi abang" Ugut Adelyn kepada abangnya.

" Aik" Qash menggaru kepala yang tidak gatal.

≪•◦ ❈ ◦•≫

Adhan memulas minyak mengikut GPS yang diberi oleh orang bawahannya untuk mencari Kalea. Sudah hampir tiga jam mereka memulas minyak namun kluenya tetap salah namun dia tetap tidak berhenti.

Dalam masa yang sama, Aisar dan yang lain juga mengerah tenaga mencari Kalea di tempat lain.

Lewat Malam menjelang tiba, mereka bergerak pulang ke rumah kerana terlalu letih. Adhan juga diberi arahan untuk pulang ke rumah orang tuanya.

" Where did you go earlier Han?" soal sang ayah di dalam kegelapan rumah mereka.

Adhan meraup muka dengan mata yang sudah sangat letih. Dia tidak perpaling menghadap ayahnya di belakang. Nafas dihela panjang.

" Han tolong Aisar cari isteri dia"

" Kalea is more important Han" Adhan membatu di tempat yang sama.

" Yes, but Adelyn lagi penting. Han adalah punca Adelyn kena culik, so Han kena bertanggungjawab. But father, Aisar tak kasi Han ikut. Dia suruh han cari Kalea jugak walaupun han dah banyak buat salah dengan dia. Sebab tu Han lambat. Sorry Father"

" Father tak marah Han. Father tahu Kalea pun ada buat salah dengan korang kan? But you need to keep your promise to find her. Okey?" Adhan mengangguk.

King Jonas menepuk bahu Adhan lalu berlalu ke lift untuk masuk ke biliknya. Adhan juga begitu namun berlainan lift.

Adhan membaling pakaiannya ke lantai sekuat mungkin lalu jatuh terduduk. Dia menumbuk lantai hingga darah mengalir dari tangannya. Suara raungan Adhan bergema di seluruh biliknya.

Aisar mengatakan bahawa Velos sudah mati. Jikalau begitu, siapa yang menculik Kalea. Musuhnya hanyalah Velos sahaja.

TING!

Bunyi mesej dari telefon pintar di dalam poket seluar berbunyi nyaring. Dia menarik keluar telefon lalu membuka mesej yang dihantar oleh 'private number'. Adhan bergegas bangun dari duduknya setelah membaca mesej yang dihantar. Mesej itu dihantar kembali kepada Aisar sebelum dia sendiri membawa diri ke rumah sahabatnya itu. Tangan yang berdarah teruk tadi dibiarkan begitu sahaja.

Sepanjang perjalanan ke rumah Aisar, dia cuba menahan amarah yang memuncak. Berdecit bunyi tayar motosikal berkuasa tinggi di hadapan rumah Aisar. Mata sahabatnya sudah kuyu  kerana terlalu penat namun mereka masih lagi membantu Adhan.

Adhan memandang mereka yang masing-masing menghadap laptop untuk mencari Kalea dengan pandangan kabur. Dia sedih. Sebab Dirinya, mereka semua terlibat dalam masalah hidupnya. Tubir mata sudah dikaburi dengan air mata dilap dengan hujung baju. Kaki melangkah ke dalam rumah yang masih cerah dengan perasaan sebak.

" Han?" Suara lembut Adelyn memanggil Adhan dari tepi. Wanita itu masih lagi tersenyum indah memandangnya walhal matanya juga sudah merah menahan kantuk.

" Adel belum tidur?" Soalnya.

" Belum. I teman dorang buat kerja, kesian pula kalau lapar ke dahaga ke." Adelyn menjawab dengan nada perlahan. Matanya ralit memerhati satu persatu lelaki yang ada di dalam rumahnya itu.

" You tak penat?" Satu senyuman lebar terbit di bibir Adelyn apabila mendengar soalan Adhan.

" Semua orang penat, Han. Tapi sahabat takkan tinggalkan sahabatnya terkontang-kanting sendirian kan?" Dia akhiri kata-kata dengan tawa kecil untuk menenangkan hati Adhan.

Lelaki itu kelihatan sangat serabut saat ini. Kehilangan orang tersayang memang akan memberi impak yang besar kepada semua orang.

Adhan memandang Adelyn dan Sahabatnya yang lain dengan wajah sayu. Masing-masing tidak langsung mengangkat kepala dari melihat skrin laptop di hadapan mata. Makin besar rasa bersalahnya terhadap mereka semua.

" Adel..." Serunya lagi.

Adelyn mengangkat kening menjawab seruan Adhan. Matanya memandang Adhan dengan penuh rasa ingin tahu.

" Han... Han minta maaf, sebab Han, You yang kena culik." Adelyn menggeleng.

" You tak salah, Han. Itu takdir hidup I. Tapi kali ni Nasib I baik, sebab abang I datang tepat waktu." Adelyn menepuk bahu Adhan lembut, cuba memberi semangat terhadap lelaki itu.

" Han! Dia hantar mesej lagi. Katanya dia tunggu kat rumah kau, datang sorang kalau nak Kalea selamat." Suara Mikael berbunyi.

" Cliche' betul permintaan pun..." Suara Zaqiu pula menjengah ke telinga.

" Maaf..." Permintaan maaf keluar dari mulut Adhan membuatkan Zaqiu merasa serba salah.

" Aku tak bermaksud nak cakap macam tu, Han." Zaqiu kembali berkata. Adhan hanya mengangguk dalam kesedihan.

" Ayok! Tatayok! Qiqi buat Adhan sedih..." Kali ini suara Arian pula, dia mengejek Zaqiu dengan memek muka comel.

" Diam!"

OG | | SWEET GUARDIANWhere stories live. Discover now