"No..Noo. Kalau you boleh jatuh cinta dengan I buat kali kedua, itu you punya hal. But me, never. I never fall in love with the same guy. Because you already got my first and last person that I hated soo much",

Kata-kata itu cukup membuatkan jejaka dingin itu tersedar. Nampaknya, pintu hati gadis itu telah tertutup rapat untuknya.

"Zayris..",

"Enough. I dah penat dengan semua ni. I tak nak you ganggu I dah lepas ni. And, one more thing..",

"Tolong jangan ganggu lelaki bernama Razzin Razz. Because, he's already my boyfriend now. 2 bulan lagi kitaorang akan kahwin. So, get lost",

Cukup ayat-ayat yang telah dilontar keluar dari mulut gadis itu membuatkan dia sakit. Kahwin? Zayn Zayris nak kahwin? Fakta atau auta?

"Don't lying me, Zayris. I know you too much. You takkan kahwin sembarangan dengan lelaki macam tu. Dan I dengar yang Uncle Zayyadh dah takkan terima lelaki lain dalam hidup you. Betul ke?",

"That's because of you, Farid Al Haider. Papa I dah tak beri kepercayaan dekat I lagi disebabkan wujud lelaki berperangai macam you", ujar Zayn Zayris menafikan. Disebabkan lelaki inilah Tengku Zayyadh Zahtar tidak lagi mempercayai mana-mana lelaki yang mencuba untuk mengambil kesempatan ke atas anak perempuannya.

He loves his daughter too much.

"So, that's mean your dad stay give me a chance to marry you",

"Jangan nak berangan. Minggu lepas boyfriend I dah pergi jumpa parents I. I takkan jilat balik ludah. You know me too well, Farid Al Haider.",

Razzin dah pergi jumpa orang tua Zayn? Tak, itu semua hanyalah mitos. Demi larikan diri dari lelaki dingin dia sanggup guna nama Razzin sebagai mangsa. Bijak kan?















ALAT tes kehamilan itu dipandang lama. Dia kembali tenung wajahnya melalui cermin. Dia tidak tahu perasaan apa yang sedang dia alami sekarang ini. Gembira? Sedih? Dia pun tidak tahu. Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati setelah pulang dari bulan madu.

Perlu ke aku bagitahu Rayqal?

Kemudian dia melangkah keluar dari tandas. Alat tes kehamilan itu dibiarkan sahaja diletakkan di atas sinki. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil.

Padanlah aku asyik mual-mual sejak kebelakangan ni. Rupanya sudah berbadan dua. Eyrah Elyana tersenyum seketika dengan berita gembira atau sedih itu. Dia bingung dengan perasaannya ketika ini yang tidak dapat dinafikan.

Beberapa jam yang lepas, dia baru dapat panggilan dari Aleeya untuk berkumpul di markas kerana ada berita yang ingin disampaikan olehnya.

Disebabkan perkara itulah perasaan negatifnya datang berpusu-pusu ke dalam kepalanya.

Satu keluhan berat dilepaskan sebelum dia melangkah masuk ke dalam walk in closet untuk bersiap ke markas.

Setibanya di sana, dia melihat ada Zayn, Diana dan Aleeya yang sedang duduk di sofa. Wajah masing-masing kelihatan sangat serius dan tekun.

Dah tak main-main.

"Kau okay tak ni?", Aleeya bertanya seraya Eyrah mengambil tempat di sebelahnya.

Apahal dengan dia ni? Mood tak elok je aku tengok. Desis hati Aleeya pelik.

"Aku okay je. Ada apa kau suruh kitaorang berkumpul pagi ni?", Soal Eyrah. Dia turut menjeling sekilas ke arah kertas-kertas yang berselerak di meja itu.

"Ouh, fasal tu. Aku nak kau baca ni", ujar Aleeya. Dia mendapatkan satu fail bewarna biru gelap di atas meja itu. Lalu diserahkan kepada Eyrah.

Eyrah menyambut huluran fail itu.

Dia menyelak satu persatu kertas putih yang setiapnya mempunyai maklumat-maklumat yang terperinci dan tepat.

Awalnya, dia hanya menyelak-nyelak sahaja. Namun, matanya segera tertangkap pada sebaris nama suaminya. Automatik dahinya berkerut.

"Rayqal mafia?",

"Shit! Tengok, kan aku dah cakap, dia mafia", ujar Zayn sambil menghempaskan fail yang ada di tangannya di atas meja.

"Ke..kenapa kita tak pernah rasa yang diaorang mafia?", Tanya Eyrah yang sudah mula hairan dengan apa yang sedang terjadi.

"Siapa cakap? Aku dah tahu dari awal lah. Cumanya aku tak bagitahu kau orang semua", kata Zayn.

Mata mereka tertumpu kepada Zayn.

"Kenapa kau tak bagitahu kitaorang awal-awal? Kau tahu kan yang diaorang dengan King tak ada beza?", Tanya Aleeya tidak puas hati.

"Sebab diaorang bahayalah aku tak bagitahu. Dan kalau aku bagitahu pun, apa kita boleh buat? Huh?", Jawab Zayn jujur.

Alah, aku tahu ni pun sebab mamat bengap tu. Beria bagitahu aku semua benda. Padahal aku tak nak tahu pun.

"Kita boleh lebih berhati-hati dengan diaorang lepas ni. Diaorang tu musuh kita, kita tak tahu apa yang akan jadi lepas ni", ujar Aleeya.

Diana sekadar menadah telinga. Biar kawan-kawan dia saja yang berbalah mulut. Aku tak tahu apa-apa jadi baik diam saja.

"Aku tak rasa yang diorang berani bertindak. Walaupun betul diaorang tu musuh kita",

"Sebab apa?",

"Sebab Razzin sekarang ni boyfriend Zayn", celah Diana selamba sebelum dia menekup mulutnya dengan rapat.

Tak...sengaja.

"Kepala hotak kau dia boyfriend aku. Bila masanya pula. Kau tahu kan yang aku sekarang ni anti dengan lelaki", laju sahaja tangan Zayn hinggap di kepala Diana.

"Alah, aku gurau je. Janganlah marah", kata Diana.

Mereka berempat terdiam seketika.

"Eyrah, kau macam mana?", Soal Aleeya sambil memandang wajah suram Eyrah Elyana yang sejak tadi tampak hiba.

Eyrah berpaling memandang Aleeya. Keluhan demi keluhan dia lepaskan.

"Aku..aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Aku buntu", jawab Eyrah menafikan.

Siapa sahaja yang tidak terkejut dengan berita mengenai identiti tersembunyi suaminya. Kerana, sebelum ini dia berharap agar mempunyai suami yang baik dan boleh membimbingnya ke jalan yang benar. Namun, semuanya berubah.

Berubah kerana suaminya tidak berbeza dengannya.

Dialah Mafia,
Dialah pembunuh.

Apa aku perlu buat?

𝐌𝐘 𝐒𝐔𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐃𝐃𝐘!Where stories live. Discover now