"Kenalkan ini isteri saya, Ayesha Bahiyah. Saya harap kamu semua boleh beri layanan yang baik pada Puan Bahiyah." kata tengku Akif. Bahiyah memandang ke arah staff-ii tengku Akif lalu tersenyum.

"Cantiknya isteri tengku." ucap salah seorang pekerja disitu.

Tengku Akif tersenyum bangga. Tengoklah bini siapa.

"Okay, kamu semua boleh sambung buat kerja. Terima kasih." kata tengku Akif dan dia pun membawa Bahiyah ke office nya.

Apabila tengku Akif membuka pintu office nya, terbuntang mata Bahiyah betapa luasnya bilik kerja tengku Akif. Bahiyah memandang tengku Akif tidak percaya.

"I-ini office abang?" tanya Bahiyah.

"Iye, sayang. Kenapa?"

"Macam besar sangat je." balas Bahiyah. Matanya melihat sekeliling office tengku Akif.

"Hahahah, sayang ni. Biasa jelah. Abang ni dah naik bosan dah tengok bilik ni." kata tengku Akif pula.

"Meh ikut abang." pelawa Tengku Akif lalu dia membawa Bahiyah ke meja kerjanya. Tengku Akif duduk di kerusi dan dia melihat Bahiyah yang berdiri disebelahnya. Lalu dia menepuk ribanya. Bahiyah memandang pelik.

"Duduk sini."

Membulat mata Bahiyah.

"Ha-habis tu macam mana abang nak buat kerja?" tanya Bahiyah.

"Abang boleh buat kerja kalau sayang duduk dekat riba abang sekalipun. Meh cepat." arah tengku Akif. Bahiyah yang masih teragak-agak mendekati suaminya lalu duduk perlahan di riba tengku Akif.

Bahiyah memeluk leher tengku Akif dan kepalanya disandar ke bahu Akif. Akif tersenyum. Rasa best pula kalau isteri teman kita buat kerja. Ehek.

Selang beberapa minit, Bahiyah seperti sudah bosan. Nak lelap tak boleh. Lalu dia memandang wajah suaminya. Tengku Akif menjungkit kening.

"Kenapa, sayang?"

"Ermm, Hiyah nak pergi merayau kejap boleh?" tanya Bahiyah. tengku Akif ketawa.

"Ingatkan sayang dah terlelap. Boleh, pergilah. Jangan sesat sudah." kata tengku Akif. Bahiyah yang mendengarnya lantas dia berdiri dari riba suaminya.

"Nanti jangan lupa datang balik." pesan tengku Akif. Bahiyah mengangguk faham sebelum keluar dari office tengku Akif.

~~~

Bahiyah mula berjalan melihat suasana di dalam syarikat tengku Akif. Tiba-tiba seorang wanita menegurnya.

"Puan?" Lantas Bahiyah menoleh ke belakang dan tersenyum ke arahnya.

"Puan, isteri tengku kan?" tanya wanita itu.

"Iya, saya."

"Tak sangka yang tengku ada isteri secantik puan. Natural beauty muka puan. Puan nak apa-apa ke? Air ke? Saya boleh buat kan." pelawa wanita itu.

Bahiyah tersipu malu. Malulah! Orang puji kita tau.

"Boleh juga." balas Bahiyah.

"Baik, mari ikut saya."

Bahiyah pun mengekori wanita tersebut. Mereka berdua seperti kawan baik. Baru jumpa, macam-macam mereka berborak.

~~~

Manakala tengku Akif sedang sibuk menyiapkan kan kerjanya. Tiba-tiba terdengar riuh di luar.

"Cik Luna, Cik tak boleh masuk!" arah seseorang. Lantas Tengku Akif memandang ke arah pintu dan melihat Luna dan seorang staff nya disitu.

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now