BAB 2 : Permintaan

Start bij het begin
                                    

"Kamu dah siap?" kata orang itu dengan nada yang jelas tak asing baginya, wanita yang berada di dewan dan di kelasnya yakni cikgu Nuya sambil menutup lubang hidungnya.

"Apa yang cikgu Nuya buat kat sini!" getusnya panik.

"A-apa cikgu buat kat sini? Saya sakit perut." dia cuba menipu lalu terlontar suara Nuya berkata pendek.

"Kamu tak bau hancing kat tandas ni, Yuu?"

"Eh, ya juga kadang."

"Apapun cikgu tahu pasal kamu dari awal lagi jadi jangan panik, cikgu tahu kamu tak sengaja hancurkan sekolah dan bekerjasama dengan adik cikgu, Nubya." terang Nuya buat Yuu sudah menyimpul habis dan penipuannya tak bernilai lagi.

"Begitukah maaf buat banyak masalah cikgu Nuya."

"Jangan risau, cikgu sukakan waktu tak sekolah alang-alang cikgu pergi menjelajah ke tempat bersejarah untuk hal arkeologi." ujarnya seperti berterima kasih pada Yuu untuk masanya yang penuh terluang.

"Jadi kenapa cikgu ada kat sini?"

"Yuu tandas lelaki ni ada lantai mozek yang retak kan hujung pintu sebelah kanan, cikgu nak kamu buka lubang tu." arah Nuya buat Yuu laju menggali lubang mozek yang terlihat mempunyai beberapa kertas yang digulung dengan sampul putih buat air tidak merosakkan helaiannya.

"Apa ni, 5 laporan ditarik oleh polis atas kes pembulian, beberapa pelajar histeria dengan leher dikekah, saman ke atas Valia International Independent School hanya permainan bagi ibu bapa." Yuu tak lari membaca tajuk besar di kertas artikel berita, dia tak mempercayai akan dirinya dijemput di sekolah itu.

"Yuu, itu sekolah elit swasta. Kem 3 hari kamu sebenarnya tak harus belajar di situ alang-alang kita bersama kerajaan tapi cikgu tetap buat permohonan dari berbagai pihak untuk meletakkan kamu sebagai pelajar untuk kem ni." jelas Nuya.

"Sekejap jadi semua ni dirancang cikgu?"

"Awalnya cikgu nak letakkan kamu di sekolah bersama yang lain tapi cikgu dengar bermacam jenis bebelan dari ibu bapa dan pihak atasan pasal kes yang kamu baca tadi. Yuu, kamu percaya tak tentang kewujudan vampire?" tambah Nuya.

"Vampire? Bukankah itu mitos semata-mata."

"Sukar nak dijelaskan tapi pelajar trauma dan histeria apabila dikekah di leher. Gigitan dua gigi taring nampak jelas bukan melibatkan manusia melainkan... Makhluk lain." balasan dari gurunya telah menelan air liurnya.

"Jadi permintaan cikgu adalah, bolehkah kita bekerjasama? Kamu selesaikan masalah vampire tu dan cikgu pula akan kupas hal pembulian, mencabul dan ketidakadilan di sekolah pada atasan untuk ambil tindakan." rayu Nuya memandangkan harapan jatuh ke tangan Yuu oleh kekuatannya demi ibu bapa dan pelajar sendiri.

Yuu hanya menghembus nafas, dia ingin tenang dengan bibir mengungkapkan jawapan. "Saya nak lebih details pasal sekolah elit ni."

"Baiklah, jumpa cikgu di parkir kereta. Yuu kamu balik dengan saya hari ni."

"Baik."

"Sebelum itu, kamu tahukah pasal 7191?" soalan itu secara peribadi, dia ingin tahu tentangnya namun kebingungan Yuu telah merobohkan persoalan.

"Itu soalan matematik?"

"Tak ada apa-apa, cuma perkara tak penting." balas Nuya melangkah pergi dikala keinginannya sememang jelas tidak sesuai harapan. Dia berharap dengan masalah sekolah dibandingkan hal arkeologi.

***

Pada jam 3 petang dalam menunggu di parkir kereta guru sambil menggalas beg sekolah tercari-cari susuk cikgu Nuya yang masih tak kelihatan setelah berjanji untuk pulang bersama, matanya teralih memandang cermin kereta yang kelihatan di dalamnya penuh dengan pelbagai barang antik dan dokumen.

UNKNOWN STORY : 7 HEIRS (C)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu