“Kalau tak ada jawapan untuk soalan, tanya hati.”

Huh?

Only our heart will give the right answer. No matter how difficult the question, our heart is able to answer. Instead of reason and mind.”kata Muqris lembut.

Tanya hati? Tapi...macam mana? Adakah jawapan yang diberikan dari hati betul? Adakah jawapan tersebut dapat memuaskan aku?

“Dah. Tak payah fikir. ”potong Muqris.

Spoil betul sepet ni!

“Memanglah tak nak fikir. Awak tanya tu kenapa? ”balasku sedikit geram. Aku bukan main tak nak fikir. Alih -alih Muqris tanya.

“Silap lah tu! Hok aloh! ”Muqris ingin membela dirinya.

“Ha! Kalau salah dia, ok. Tak apa. Salah orang, membebel macam tak ada hari esok. ” Aku teringat kes semalam.

Raudah tersilap packing order. Mak ai! Muqris membebel mengalahkan mak nenek. Pot pet. Pot pet. Tersilap sikit je. Huh! Nasib aku tak ada. Kalau tak, mau Muqris kena dengan aku.

“Kerja kena laksanakan dengan penuh amanah. Itu tanggungjawab kita. Dengar macam remeh tapi sebenarnya tak. Jangan pandang remeh pada kerja walaupun sekecil kecil pekerjaan. ”kata Muqris.

“Ok. ”Malas mahu bergaduh mulut. Sentuh sikit je. Dia punya buka syarahan sampai esok tak habis.

Baru sahaja tangan aku ingin mencapai sudu dan garfu, Muqris lebih pantas mengambil. Sebelah kening terangkat.

Apahal pulak ahboy ni ambil sudu aku? Macam tak ada sudu dekat dengan dia.

Diam. Aku memerhati tindak tanduk Muqris.

Muqris mengambil sehelai tisu. Dia mengelap sudu dan garfu sehingga dia tersenyum puas hati. Diletakkan kembali di atas pinggan di hadapan aku.

“Jemput makan. ”Muqris mengelap sudu dan garfu miliknya pula.

Garfu dicapai.

“Lepas awak berhenti, awak nak stay kerja tentera ke? ”tanyaku. Saja ingin tahu.

“Yup. Khidmat saya bakal berakhir. Jadi saya akan balik ke pangkalan. ”jawab Muqris. Ringkas.

“Khidmat? ”Aku sedikit pelik dengan jawapannya.

Tangan Muqris terhenti dari menyuap spaghetti. Wajah diangkat untuk memandang ke arah aku.

“Khidmat. Betul lah. Apa yang salah? ”Muqris kembali menyambung suapannya.

Aku melihat Muqris dengan pandangan pelik. Weirdo. Hari demi hari aku dapat rasakan Muqris bukan orang biasa. Seperti banyak rahsia yang dia sedang simpan.

Lampu dan kipas ditutup. Setelah memastikan tiada suis yang tertinggal, aku mencapai beg tangan. Pintu kafe ditutup. Sempat aku meregangkan badan. Penat! Penat melayan pelanggan. Penat melayan kerenah manusia lain. Lagi -lagi kerenah Muqris. Sakit otak!

Nasib baiklah lepas sahaja aku dan dia berborak, ada pesanan yang perlu dia hantar. Dapat aku tarik nafas. Pelik jugak aku dengan perangai Muqris macam budak -budak. Kalah anak saudara aku.

“Pelik betul sepet tu. ”gumamku perlahan.

“Sepet mana satu ni? ”tanya satu suara garau.

“Sepet mak kau ahboy! ”Aku melatah.

Muqris ketawa kuat. Kelakar melihat aku melatah. Sampai pegang perut. Kelakar sangat tuh!

Aku pun apa lagi, terus jeling tajam. Ingat kelakar ke? Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak, mau ‘jalan’ ke underground terus.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now