ready stok

249 8 0
                                    

“Abang mampu dapat isteri yang lebih baik dari Rai. Apa yang pernah berlaku dalam rumah tangga kita dulu, jadikan pengajaran. Jangan ulang kesalahan yang sama.”

Berkerut dahi Daim.

“Apa maksud Rai?”

“Rai bukan isteri yang baik. Dari awal kita berkahwin, Rai dekati abang dengan niat yang salah.”

Kelu lidah Daim.

“Sebab tu Dia ambil abang dari Rai.”

Setiap kali dia terkenangkan kisah lalu, tak pernah sekali pun dia memaafkan diri sendiri. Semuanya berpunca dari sikap egonya. Malah tanggungjawab sebagai seorang isteri, selalu dianggap remeh. Paling memalukan, dia pernah bercakap kasar dengan ibu bapa mentuanya.

“Rai percayakan abang. Sebab tu Rai sanggup serahkan Dayyan kepada abang. Rai tak nak anak kita hidup seperti Rai. Hidup dalam keadaan serba kekurangan. Yang membezakan Rai dan Dayyan, dia ada Rai dan abang. Tapi Rai... Rai tak ada sesiapa. Sebab tu Rai tergamak gunakan abang untuk hidup senang dulu. Dan sekarang, Rai dah dapat balasan.”

“Rai... Rai cakap apa?”

“Rai terima lamaran abang untuk lari daripada mak su dan lelaki tak guna tu. Itu sebab utama Rai dekati abang.”

Pucat wajah Daim.

“Jadi... sebelum ni...”

“Ya. Sejak dari awal kita berjumpa sampai kita dinikahkan, Rai masih tak cintakan abang.”

Terundur kakinya ke belakang. Melihat anak mata Raiqa, dia tahu wanita itu tidak berbohong. Dia kenal cara pandangan Raiqa. Terasa lemah seluruh urat sendinya ketika ini. Dia sangkakan kata-kata yang pernah diluahkan oleh Raiqa dulu satu pembohongan. Rupa-rupanya, memang benar dia dipergunakan.

“Rai tak salahkan abang kalau abang bencikan Rai. Abang terlalu baik selama ni. Rai yang selalu ambil kesempatan terhadap kelemahan abang. Sebab tu Rai tak nak buat kesilapan yang sama.”

Daim tergelak sinis. Kepalanya digeleng berkali-kali. Bodohnya dia kerana pernah menganggap Raiqa terlalu cintakan dirinya. Hakikatnya, dia hanya dipergunakan.

“Rai harap abang dapat maafkan Rai. Dengan cara tu, kita berdua dapat hidup tenang dengan haluan masing-masing.”

“Tenang? Lepas kau dah tipu aku, semudah tu kau nak aku maafkan kau.”

💔

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 12, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pernah BenciWhere stories live. Discover now