Teaser 💖

543 25 0
                                    

Re Ady stok❤️

#pernahbenci

“Dayyan dah pandai membaca?”

Tersentak Raiqa. Tiba-tiba saja lelaki itu sudah berada di sebelahnya.

“Setakat ni, dia hanya boleh baca perkataan yang mudah. Mengira pun dia dah pandai.”

“Alhamdulillah. Bila awak pergi kerja, siapa yang jaga?”

“Saya hantar dia ke rumah pengasuh. Kebetulan rumah pengasuh tu dekat dengan taska tempat Dayyan belajar. Dah nak masuk enam tahun mereka jaga Dayyan.”

“Kenapa tak bagi mak yang jaga?”

“Saya tak nak bebankan mak. Sesekali, kami akan jumpa. Cuma kami jarang berjumpa di rumah.”

Banyak kali juga Hajah Rogayah menawarkan diri untuk menjaga cucu mereka. Namun permintaan wanita itu terpaksa ditolak. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa.

“Saya minta maaf.”

Daim menoleh ke arah Raiqa. Wanita itu masih menunduk sejak dari tadi.

“Untuk apa?” soal Daim bersama kerutan di dahi.

“Sebab rahsiakan kewujudan Dayyan.”

Daim tarik nafas panjang. Dia pandang ke arah Dayyan kembali. Tipulah kalau dia tak kecewa. Lima tahun dia kehilangan masa yang begitu berharga.

“Kenapa awak sembunyikan hal ni daripada saya? Awak ada peluang yang banyak untuk beritahu hal ini.”

“Saya tak nak halang cita-cita awak.”

Terdiam Daim. Sekali lagi dia menoleh ke sebelah.

“Awak pernah beritahu saya, impian awak untuk belajar di luar negara. Dan ketika saya hamilkan Dayyan, awak dah tinggalkan Malaysia.”

“Jadi awak terus buat andaian yang perkara ni hanya membebankan saya?”

Raiqa menggeleng perlahan. Kali ini barulah dia berani memandang wajah Daim.

“Saya kenal awak. Daim yang saya kenal, dia takkan pernah bersikap pentingkan diri sendiri. Saya yakin awak akan balik ke sini kalau hal Dayyan terdedah. Saya tak nak awak ulang kesilapan yang sama. Cukuplah sekali awak lepaskan impian disebabkan saya.” Bergetar nada suara Raiqa.

Keduanya saling berpandangan. Apa yang dikatakan oleh bekas isterinya, ada betulnya. Tak mustahil dia sanggup tinggalkan pengajiannya di sana dan balik ke sini demi Raiqa.

“Saya gembira awak dah capai impian awak. Paling penting, kehidupan awak lebih bahagia sekarang. Tak macam dulu.”

“Saya pernah bahagia dulu, Rai.”

Raiqa terus terdiam.

“Awak tak pernah bahagia ke dulu?” soal Daim ingin tahu.

Raiqa larikan anak matanya ke arah lain. Dia dapat rasakan soalan yang diberi oleh lelaki ini seperti ingin memerangkap dirinya.

“Saya lebih bahagia sekarang.”

Jatuh kedua bahu Daim. Jawapan Raiqa membuatkan dia sedikit kecewa. Ini bermakna wanita itu lebih bahagia berbanding ketika mereka pernah tinggal bersama dulu.

💔

Lima tahun ... tak mudah untuk Rai lupakan🥲

Pernah BenciWhere stories live. Discover now