"Sama-sama kakak cantik. Akid pergi dulu tau." Akid melambai ke arah Bahiyah dan pergi dari situ.

Bahiyah menuju ke biliknya dan dia duduk di tepi katil. Dengan perlahan dia membuka surat yang diberi Akid tadi.

Dibaca dengan teliti sambil air matanya menitis jatuh ke pipi.

Assalamualaikum isteri abang,

Bila sayang dapat surat ni, abang nak sayang tahu yang abang dah pergi. Maafkan abang kerana terlalu cepat mengalah untuk dapatkan cinta sayang kembali. Abang mintak maaf sayang. Selama ni abang tahu sayang dah banyak terseksa disebabkan abang. Macam macam dugaan yang sayang hadap. Abang tak dapat menafikan bahawa Ayesha Bahiyah adalah seorang wanita yang sangat kuat. Abang sedar yang sayang bukan macam perempuan yang abang sangka. Arwah tokma dengan mama memang tidak salah pilih untuk abang. Abang je yang tak pandai hargai wanita yang betul betul ikhlas mencintai abang. Disebabkan kisah silam abang, abang sanggup lukakan hati seorang isteri kepada Akif Dzulkifli. Kalau lah abang ada kuasa untuk putarkan masa kembali, akan abang hargai dan balas cinta sayang seikhlasnya. Tapi abang bukan Tuhan. Abang silap menilai sayang. Abang minta maaf sayang. Abang betul betul minta maaf. Abang nak jadi seseorang yang selalu ada bila sayang sedih, bila sayang happy. Tapi abang tak mampu. Rasa bersalah muncul dalam diri abang bila abang berhadapan dengan sayang. Abang tak layak untuk sayang. Abang bukan suami yang sempurna untuk sayang. Abang cuma nak sayang tahu yang dalam hati abang ni, hanya ada wanita yang bernama Ayesha Bahiyah. Tidak ada yang lain. Abang doakan sayang selamat dan bahagia dengan sesiapa je sayang jumpa. Demi Allah, Ayesha Bahiyah adalah bidadari dunia sehingga ke syurga untuk tengku Akif Dzulkifli. Abang cintakan sayang. I love you so so much. Till we meet again sayang. Assalamualaikum.

Your husband :
Akif Dzulkifli ❤️

Bahiyah yang membaca isi surat itu sudah menangis teresak. Kertas itu hampir renyuk kerananya.

"Hiyah nak abang.. Hiyah nak peluk dan cium abang. Tolonglah abang, balik lah pada Hiyah semula abang." Hiyah berkata sambil menangis teresak.

Dalam beberapa minit Bahiyah tidak berhenti menangis akhirnya dia terlelap kerana terlalu penat. Surat yang diberi Tengku Akif itu dia peluknya erat.

2 minggu kemudian..

Tok! Tok! Tok!

"Masuk.."

Pembantu peribadi Tengku Akif masuk ke dalam pejabatnya. Dia menunduk sedikit dan berjalan ke arah tengku Akif.

Dia telah sampai ke destinasinya sejak semalam. Kira kira pukul 10 malam, tengku Akif sudah sampai ke rumah nya. Harini dia kembali bekerja di pejabatnya setelah lama dia tinggalkan.

"Selamat pagi, tengku." sapa pembantu peribadi itu.

"Duduk." balas tengku Akif pendek. Pembantu peribadi yang mendengar arahan itu, melabuhkan punggung di hadapan tengku Akif.

"Saya ada nak mintak awak buat sesuatu. Awak boleh tolong?" tanya tengku Akif. Tanpa teragak agak pembantu peribadi itu mengangguk tanda boleh.

"InsyaAllah akan saya usahakan sebaik mungkin. Apa yang tengku nak saya tolong?"

"Saya nak awak pergi Pulau Tioman untuk memantau isteri saya dekat sana." ujar tengku Akif. Pembantu peribadi itu mengerut dahi. Pelik.

"Kenapa saya? Bukan ke tengku Akif sudah pergi ke sana dan berjumpa dengan isteri tengku?" tanya pembantu peribadi itu. Tengku Akif hanya tersenyum garis.

"Itu awak tak perlu tahu. Awak cuma perlu pergi ke sana dan pantau isteri saya. Jangan masa mandi pun awak pantau dia. Pantau bila dia keluar sahaja." balas tengku Akif.

Pembantu peribadi itu hanya mengangguk faham.

"Penginapan awak dekat sana akan saya uruskan. Awak tak perlu risau." ujar tengku Akif lagi.

"Baik, tengku. Bila saya kena pergi?"

"Esok pagi."

"Baik. Kalau takde apa apa saya keluar dulu."

Tengku Akif mengangguk. Pembantu peribadi itu bangun dan menunduk sedikit lalu berjalan keluar dari pejabat tengku Akif.

Tengku Akif menghela nafas sebelum memejamkan mata.

Abang akan pastikan sayang selamat walaupun abang takde disisi sayang. I hope you're fine now.
Bisik tengku Akif di dalam hati.

Bisik tengku Akif di dalam hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC
hambar sikit en hehe.. yelah yelah harini double update😆 yang penting jangan lupa
vote tau🫶🏻

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Where stories live. Discover now