"Jom kita pergi masuk. Biar tokma belanja kamu. Beli sahaja apa kamu nak. Tokma bayarkan." tengku Roslina berkata kepada Hiyah yang sudah seperti tidak faham apa yang berlaku.

Tiba-tiba  sahaja tengku Roslina menawarkan diri untuk bayar barang yang dia nak beli? Baru je kenal tak smpai setengah jam pun.

"Eh tokma, takpayah susah-susah. Hiyah ikhlas ni tolong tokma. Lagipun tak banyak pun Hiyah nak beli." jawab Hiyah dengan lembut.

"Takpelah, tokma nak belanja. Apa salahnya kan?" balas Tengku Roslina sambil tangannya ingin menarik tangan Hiyah untuk pergi ke kedai itu.

Tetapi Hiyah memberhentikan langkah tengku Roslina dan melepaskan tangannya dengan lembut..

"Ye tokma, memang tak salah. Hiyah bersyukur sangat tokma sanggup nak bayarkan barang yang Hiyah nak beli, tapi Hiyah boleh beli sendiri. Lagipun kalau umi dengan abah Hiyah tahu mesti mereka marah. Yelah kita kan baru je kenal. Taknak timbul salah faham kat situ." jawab Hiyah dengan nada lembut. Tengku Roslina yang tekun mendengar jawapan Hiyah. Tersenyum melihat nya.

Sungguh lembut bicaranya. Nampak sangat yang Hiyah ni hormat dengan orang yang ada disekeliling dia. Tidak kesah lah tua atau muda.

"Baiklah kalau Hiyah dah cakap macamtu. Tapi lepasni kalau kita jumpa tokma belanja ya. No excuse." balas tengku Roslina sambil mula melangkah berjalan keluar dari pusat beli belah itu.

Keretanya yang setia parking di hadapan itu, dibuka oleh seorang lelaki yang merupakan driver tengku Roslina..

Barang-barang yang dibeli diambil oleh lelaki itu. Hiyah pun memberi barang yang dipegang itu ke driver tersebut.

"Terima kasih ye Hiyah. Nanti kita jumpa lagi ya. Boleh tokma mintak nombor telefon kamu? Senang lah bila kita nak keluar sama sama. Shopping ke, makan ke." tengku Roslina berkata sambil menghulurkan telefon nya ke arah Hiyah yang berada di hadapannya.

Dia membalas dengan senyuman lalu mengambil telefon bimbit tengku Roslina dan mula memasukkan nombor nya. Selesai itu, Hiyah memberi telefon itu kembali kepada tengku Roslina.

"Terima kasih Hiyah. Apa apa nnti tokma telefon kamu ye. Pergi dulu. Assalamualaikum." jawab tengku Roslina

"Waalaikumsalam, hati-hati ye tokma." balas Bahiyah. Sejurus itu pintu kereta tengku Roslina automatik tertutup.

Bahiyah melambai ke arah tengku Roslina yang sedang senyum ke arahnya. Kereta itu sudah jauh dari pandangan Bahiyah. Oleh itu, dia masuk semula ke dalam pusat beli belah untuk pergi ke kedai accessories tersebut.







Tengku Akif melangkah masuk ke dalam rumah banglo nya dan merebahkan dirinya di atas sofa. Matanya mula kuyu kerana kepenatan menghadap laptop di tempat kerja tadi. Kenapa lah banyak sangat kerja harini.

Sosok wanita yang melihat anaknya sudah tertidur di atas sofa mula melabuhkan punggungnya di sebelah sofa panjang yang tengku Akif baring itu.

"Kif, pergilah mandi dulu kalau nak tidur pun. Barulah lega sikit. Ini tak. dengan coat nya, tie nya. Tak rimas ke?" soal tengku Maria yang duduk di sebelah tengku Akif.

Tengku Akif yang separuh sedar, melihat mamanya yang sedang duduk. Lalu matanya dilelap kembali.

"Nanti lah ma, jangan lah kacau Kif. Kif nak rehat sekejap je. Kenapa lah semua orang ni nak sibuk dengan life Kif? Tadi kat office tokma yang bebel, kat rumah mama pulak. Penat lah kif." jawab tengku Akif kedengaran seperti sudah fade up dengan perangai mama dan tokmanya..

Tengku Maria berkerut dari mendengar luahan anaknya. Tengku Roslina bebel apa sampai Tengku Akif penat macam ini? Haih lah! mummy nya sorang ni.

"Tokma bebel apa?" soal tengku Maria ingin tahu apa yang tengku Roslina bebel kat anak dia sorang ni.

" Pasal kahwin lah, pasal apa lagi? Apa tokma ingat umur dah nak masuk 30 ni tua sangat ke? Tak habis-habis suruh Akif cari isteri." jawab tengku Akif sambil matanya terpejam. Tidak larat nak bukak mata.

"Ha, elok sangatlah tu tokma kamu tu cakap pasal kahwin. Mama pun dah banyak kali pesan kat Akif. Cuba  lah cari seseorang nak di jadikan isteri. Ini tak hidup tu nak membujang je. Tak sedar umur kamu tu meningkat bukan menurun." balas tengku Maria..

Tengku Akif bangun lalu memandang mamanya. Tengku Maria pun sama macam tokma? Eeyai stressnya hidup aku!

"Apa ni ma? Serabut lah Akif dengan semua orang kat dalam rumah ni. Kahwin kahwin kahwin. BOSAN!" tengku Akif bersuara sambil dia berdiri dan berjalan ke tingkat atas untuk ke biliknya.

Lagi lama dia duduk kat sini. Sampai ke sudah mama nya ni cakap pasal kahwin.

"Ha! tengok tu. Mama baru cakap sikit dah naik kepala. Elok sangatlah tu. Biar takda sesiapa nak dekat Akif. Bujang lah kamu sampai tua." tengku Maria membalas. Matanya tidak lepas memandang anaknya berjalan ke arah tangga.

Tengku Maria menggeleng saja melihat kelakuan anaknya itu. Tak berubah langsung perangai keras kepala nya itu.

 TBC

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.

TBC

sorry lah kalau mcm hambar sikit.. sbb masih tak biasa lagi.. idea pun kurang ada 😂 okay enjoy.. jgn lupe vote

ISTERI YANG TERSAKITI✔️Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα