Chapter 6

364 43 48
                                    


2 bulan sudah berlalu sejak kejadian tersebut. Boboiboy juga sudah sembuh sepenuhnya.

Matanya melirik kearah topi Dino berwarna oren yang berada di atas meja.

Pintu dibuka dari luar dan kelihatan Ochobot kembali bersama satu kotak kecil di tangannya.

"Nah...ini yang aku boleh jumpa...kita kena beli lain untuk buat simpanan..",kata Ochobot lalu memberi kotak tersebut kepada Boboiboy.

Kotak diambil dan terus dibuka. Contact lenses terus dipakai pada kedua-dua belah matanya.

"Macam mana keadaan memori aku?",tanya Boboiboy lalu dia duduk di atas kerusi. Topi dipegang erat.

"Kalau dibiar lebih lama...kau mungkin akan lupa tujuan asal semua nih...tapi jangan risau diorang cuma kena ingatkan siapa diri kau...",jawab Ochobot.

Bahu Boboiboy ditepuk perlahan.

"Baiklah kalau macam tuh...aku tak rasa boleh kawal emosi dengan lebih lama...dan aku juga mula lupa apa tujuan asal...nasib kau sentiasa ingatkan..",dengan senyuman Boboiboy berkata.

Topi dipakai dan dia melihat dirinya di dalam cermin.

"Jom bertemu lagi~"

Senyuman sinis terukir di wajah.

Langkah dibuka keluar dari biliknya dan Ochobot hanya memandang Boboiboy berlalu pergi.

"Pastikan kau baik sahaja! *****...",ayat terakhirnya disebut perlahan.

Tanpa membuang masa Ochobot terus pergi ke bilik pengecasan.

....

Di bilik mesyuarat...

Semua menanti kehadiran Boboiboy yang baru sihat sepenuhnya.

Pintu dibuka dari luar dan kelihatan Boboiboy memasuki bilik tersebut dengan wajah seperti biasa.

"Selamat pagi semua!"

Tundukkan hormat diberi kepada orang atasan.

"Baguslah kamu dah sihat..."

Masing-masing mula mengambil tempat untuk duduk.

Selepas je semua sudah duduk,perbincangan pun dimulakan.

"Selama 2 bulan nih sebanyak 10 power sphera telah dicuri oleh musuh baharu kita....dia mempunyai kuasa...cahaya."

Semua mata memandang kearah Boboiboy yang sudah menunduk memandang lantai.

"Tak mungkin...bukankah hanya Boboiboy yang mempunyai kuasa cahaya?"

Persoalan Maskmana membuatkan yang lain mengangguk setuju.

"Itu yang pelik.... berkemungkinan dia dapat kuasa tersebut dari Sinarbot...maklumat tentang kuasa dia susah untuk dijumpai...",jelas Kokoci.

Satu hologram muncul dan gambar musuh mereka ditunjukkan.

"Identiti tidak dikenal pasti...dia memakai topeng untuk menutup wajahnya...kita hanya tahu yang dia mempunyai kuasa cahaya selebihnya masih tidak diketahui...",sambung Kokoci lagi.

Beberapa gambar power sphera ditunjukkan.

"Motif dia mencuri power sphera ini masih tidak diketahui...tapi dalam masa dua bulan ini kami tidak dapat kesan mana-mana power sphera digunakan..."

"Jadi dia tidak menggunakan power sphera tersebut?"

"Ye."

Anggukan diberi.

"Mungkin dia berniat baik...",kata Fang pula.

Hmm...

"Kalau betul dia berniat baik kenapa dia tidak berkerja dengan kita?",soal Laksamana.

"Mungkin dia tahu Tapops tidak memberi layanan yang adil kepada ahlinya...",jawab Boboiboy yang dari tadi hanya diam.

Mereka semua memandang tajam kearah Boboiboy.

"Apa yang kamu cuba sampaikan nih?"

Terlihat wajah ceria Laksamana berubah bengis.

"Hanya bagitahu kebenaran..."

Boboiboy terus bangun dari duduknya dan mengangkat bahu memandang wajah Laksamana.

Belum sempat Laksamana ingin pergi kearah Boboiboy tiba-tiba alarm kecemasan berbunyi kuat.

"Musuh muncul di planet Quabak!"

.




.





.





.

Di planet Quabak....

Kapal angkasa mendarat dengan selamat dan mereka semua sudah bersedia.

"Nasib baik kamu sihat cepat...."

Boboiboy hanya diam sahaja mendengar kata-kata Kokoci.

"Baiklah kamu berlima pergi cari lokasi letupan tersebut dan kami akan tunggu disini untuk mengawasi keadaan...",arah Kokoci.

Tanpa membuang masa mereka berlima terus ke tempat yang diarahkan.

....

Ting! Ting!

"Nampaknya depan tuh adalah tempat letupan terjadi...",kata Fang sambil tekun melihat jam kuasanya.

Belum sempat diorang pergi lebih dekat tiba-tiba satu anak panah cahaya meluru laju kearah mereka berlima.

Bukan satu anak panah tapi 10 dalam masa yang sama.

"Elak!!!"

Tembakan makanan!

Tetapi kuasa Gopal menembusi anak panah tersebut.

"A-apakah?! Elak!"

Kuasa slowmo!!

Anak panah tersebut mula bergerak perlahan tetapi lepas sesaat anak panah tersebut terus meluru laju.

Nak taknak mereka terpaksa elak secepat mungkin.

Sap! Sap! Sap!

Anak panah tercacak pada pokok tetapi serta merta menghilang.

Satu suara mula kedengaran tidak jauh dari mereka berlima.

"Wah...hebat...tapi tak cukup hebat untuk lawan aku."

Boboiboy memandang dingin musuhnya.

"Apa yang kau nak sebenarnya?",soal Boboiboy dingin.

"Cuma lakukan misi aku...",jawabnya.

Bersambung...
Vote dan coment 😘

Wake Up From An Unfair World[Complete]Where stories live. Discover now