Chapter 4

409 45 212
                                    


Di bilik mesyuarat...

Boboiboy duduk jauh dari kawan-kawannya.

Ochobot pula setia bersama disisi Boboiboy.

"Baiklah misi seterusnya ialah kamu semua kena pergi ke planet Rimbara untuk menolong penduduk disana dalam membaik pulih kehidupan disana...",terang Kokoci.

"Mesti ini dari kesan serangan Retakka haritu..."

Anggukan diberi dengan jawapan Yaya.

"Erm..saya perlu pergi juga ke?",soal Boboiboy dengan senyuman kekok.

Yang lain terus memandang tangan Boboiboy yang dibalut dengan simen.

"Bukan kerja berat...kamu mesti pergi juga..",jawab Laksamana.

"Ouh..baiklah.."

"Korang boleh pergi misi sekarang..."

Selesai sahaja mereka semua terus bersedia untuk ke planet Rimbara.

.


.


.


.

Di planet Rimbara...

Semua sedang sibuk membantu penduduk cendawa menanam pokok baharu.

Boboiboy membuat kerja dengan sebelah tangan walaupun agak susah baginya.

"Boboiboy bertukarlah jadi elemental Thorn...senang sikit nak buat kerja dengan bantuan kuasa dia..",kata Yaya.

Semua memandang kearah Boboiboy.

Ochobot yang perasan terus pergi kearah Boboiboy.

"Jam kuasa Boboiboy ada masalah jadi dia hanya dapat keluarkan kuasa api sahaja...",jelas Ochobot.

"Lahh kalau tahu baik takyah bawa kau...tak berguna langsung..",dengan selamba Gopal berkata.

Dengan muka malas dia terus menyambung kerjanya.

"Erk..maaf.."

Senyuman kekok terukir diwajahnya.

Pandangan yang lain membuatkan Boboiboy berasa tidak selesa.

"Abaikan je diorang Boboiboy..."

"Aku tahu Ochobot..."

Kerjanya disambung semula dengan bantuan Ochobot.

Tiba-tiba seekor binatang liar menyerang penduduk disitu.

Bentuknya seperti serigala tetapi badannya tiada bulu.

Ada dalam 10 ekor binatang tersebut yang sedang menyerang penduduk disitu.

"Hati-hati semua!!! Yaya! Ying! Pindahkan penduduk ke tempat selamat!",arah Boboiboy tegas.

"Baik!!"

Mereka berdua terus menolong penduduk yang lain manakala Gopal sudah lari selamatkan diri dia dulu.

Fang Pula tolong Boboiboy lawan dengan binatang tersebut.

Agak sukar bagi Boboiboy berlawan dengan hanya sebelah tangan.

Tumbukan berapi!!

Satu tumbukan diberi dan beberapa ekor binatang tercampak jauh sehingga cedera parah.

Hembusan berapi!!

Semua binatang tersebut terbakar dengan kejam sehingga badan mereka semua hampir hancur.

Selesai semua mereka berdua pergi ke tempat dimana semua penduduk berada.

"Fuh...selamat.."

Langkah dibuka kearah Gopal yang sudah menghembus nafas lega.

"Kenapa kau tak tolong kami?",tanya Boboiboy perlahan.

"Sebab kau yang lemah pun boleh kalahkan binatang tuh jadi mesti binatang tuh pun lemah je...",jawab Gopal dengan wajah tidak bersalah.

"Lemah? Kau kata aku lemah?"

Yang lain memandang pelik kearah Boboiboy yang memandang tajam kearah Gopal.

"Yelaa..tangan kau kan berbalut jadi mestilah kau tengah l-

Pang!

Satu tamparan kuat diberikan tepat pada pipi Gopal.

Wajah datar terserlah diwajahnya.

"Aku benci perkataan tuh...jadi jangan sebut atau aku akan pastikan kau menyesal ingkar arahan aku.",ugut Boboiboy.

Dia berbisik pada Gopal supaya yang lain tidak dengar.

Terkaku Gopal selepas menerima ungutan dari kawan baiknya sendiri.

Kawannya yang lain terkedu dengan tindakan Boboiboy.

"Apahal kau tampar Gopal ma!?? Tiba-tiba je kau nak marah pahal?",soal Ying yang tidak berpuas hati.

"Kau jangan masuk campur!! Dia tuh menyusahkan orang lain je! Waktu aku dengan Fang lawan binatang tuh mana dia pergi!? Selamatkan diri sendiri! Selfish!!",tengking Boboiboy lalu dia pergi dari situ.

Itulah kali pertama mereka melihat Boboiboy marah.

Sejak dari haritu Boboiboy asyik mengamuk tak tentu pasal.

Hal kecil pun dia akan marah.

Dah macam ikut perangai Blaze panas baran.

Susah nak kawal emosi sendiri.

....

Di kantin...

Sudah sebulan berlalu...

Kelihatan Boboiboy sedang makan di meja bersama Ochobot yang menemaninya.

Dia langsung tidak kesah akan pandangan orang lain terhadapnya.

Tapi satu perkataan menarik perhatiannya.

"Lemah je dia bila tangan berbalut macam tuh..."

"Kan...dia kuat pun sebab kuasa elemental..."

"Manusia lemah selalu wujud..."

Pak!

Meja makan dihentak kuat sehingga semua perhatian dituju keaarah Boboiboy.

Sebelum Boboiboy bersuara, Ochobot terus menghalang.

"Abaikan sahaja diorang tuh...kau kena banyakkan bersabar..",bisik Ochobot.

Kata-kata dia membuatkan Boboiboy tenang sedikit dan dia terus pergi dari situ.

Bersambung...
Vote dan coment 😘

Wake Up From An Unfair World[Complete]Where stories live. Discover now