• 20 | 𝐁𝐘𝐃 •

Start from the beginning
                                    

"Ya Allah, Raeesha!" tubuh Haura diangkat keatas riba. Erdyna menggoncang-goncangkan tubuh Haura. Panik.

Dada Haura masih berombak tapi perlahan.

"Ya Allah macam mana dia boleh pengsan ni?" bergetar suara Erdyna. Air mata sudah bergenang. Dia lekas-lekas membuka ikatan tali purdah yang dipakai Haura lalu menarik purdah jauh dari wajah sahabatnya. Memudahkan lagi Haura untuk mencari nafas.

Dia tidak sadar, ada mata yang setia memerhati. Berkerut risau lelaki itu. Mahu mendekat, tapi dihalang agama.

"Dah, cepat angkat dia. Mari aku bawa dia ke hospital." arah Nuhaan.

Erdyna mendongak. Terkejut. Sejak bila Nuhaan ada di sini?

"Cepatlah!" boleh tercegat pula.

Cepat-cepat Erdyna memaut bahagian bahu dan bahagian bawah lutut Haura.

Belum sempat dia mengangkat lebih tinggi, lengannya yang terkena minyak panas tempoh hari secara tiba-tiba terasa pedih yang amat. Tubuh Haura serta merta terlepas dari pautannya.

"Ya Allah. Kenapa boleh terlepas?" naik seoktaf suara Nuhaan. Dia sudah tidak keruan. Tak dapat lagi menahan emosi.

Sedang dalam keadaan macam ini boleh pula dia lambat-lambat?

Mengeluh kasar.

Lantas dia membuka hoodienya lalu disarungkan ke tubuh bahagian hadapan. Sekurang-kurangnya, ada lapisan tebal yang menjadi pengantara tubuhnya dan tubuh Haura selain pakaian yang dipakainya.

Langsung dia mencempung tubuh kecil itu. Melangkah laju kearah kereta nya.

Diikuti Erdyna dari belakang.

'Walau aku tak tahu apa sebabnya kau rebah lemah begini, tapi tetaplah bertahan Haura, aku tahu kau kuat.' bisik Nuhaan dalam hati.
.​
.​

📍Ruang Kecemasan.​

Erdyna menunduk. Merenung lantai.

Mengikut apa yang doktor katakan tadi, Haura mengalami panic attack.
Serangan panik yang gagal dikawalnya dengan baik. Itulah sebab mengapa dia boleh terus pengsan.

Kata doktor lagi, mungkin ada kaitan dengan gangguan tekanan selepas trauma (PTSD) yang pernah dilalui Haura.

Sudah berbulan-bulan bahkan sudah bertahun juga Haura tidak mengalami PTSD. Bahasa mudah, sebenarnya Haura sudah separa sembuh dari penyakit mental itu.

Tapi kini, kenangan pahitnya datang lagi. Dan kebimbangan melampau yang menghantui memorinya mula menyerbu ingatan.

Memori pahit dalam hidup Haura. Kemalangan terbesar dalam hidup Haura. Kemalangan dimana abi, bonda dan kedua abangnya cedera parah hingga koma. Hanya dia sahaja yang cedera ringan.

Lama keluarga itu bertapa di hospital.
Mengambil rawatan. Selama mana ahli keluarganya tidak sadarkan diri disana, selama itu lah Haura tidak henti-henti menangis bagai tiada arah. Menangis kerana takut kehilangan juga serba salah.

Haura.. Walau terlihat kuat, tapi jika dikaitkan dengan keluarga, dirinya akan jadi selemah-lemahnya.

Tapi,

Atas sebab apa tiba-tiba memori itu datang kembali?

Itulah yang menjadi tanda tanya dalam kepala Erdyna ketika ini. Daripada tadi lagi dia cuba mencari jawapan.

"Apa kata doktor?"

Terangkat bahu Erdyna tatkala disergah tiba-tiba dengan suara garau seorang lelaki. Koridor hospital ini senyap sunyi. Jika berbisik pun rasanya kalah pembesar suara. Inikan pula jika bercakap dengan nada sebegitu.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now