"Dah baca surat yang Nuhaan bagi?"

"Dah." balasnya tenang.

Air muka nya tidak menunjukkan sebarang perasaan.

"So, what do you feel?"

"Feel? Feel what?"

Raeed berdecit. Lalu mengecilkan mata.

"Apa?"

Raeed menyilangkan tangannya ke dada.

"Maksud abang, ByCha terima dengan apa yang dia tuliskan? ByCha sudi untuk lakukan apa yang dia minta untuk lakukan?"

Soalan itu membuatkan Haura jeda.

Termenung.

Terimakah dia? Sudikah dia? Soal hati pula bagaimana?

Jika ingin sang hati yang memberi jawapan.. Jujurlah, hati berasa lapang dan senang saja untuk menerima. Tidak tahu mengapa.

Benar, kata-kata yang di tulis Nuhaan juga bukanlan unsur-unsur ingin membawanya kearah zina. Nuhaan hanya mengatakan hasrat hati dan permintaan padanya.

Tetapi sang akal.. Buntu.

Bagai payah untuk mencerna.

"Raeesha. Termenung pula dia." Raees memetik jari betul-betul di hadapan wajah adiknya.

"H-hah?" Tersentak.

"Dengar tak apa yang abang tanya tadi?"

Haura menjilat bibirnya sebelum digigit bahagian bawah bibir.

Mengangguk. Wajah tenang Raeed dikerling.

Raeed berdehem.

"Abang tak paksa untuk ByCha beri jawapan sekarang. Kalau ByCha tak-"

"ByCha sudi."
.
.

"Tak payah lah buat reaksi sampai macam tu sekali, Erdyna Shaheera. Tak kuasa aku tengok." Haura merampas kembali surat yang diberi pada Erdyna tadi. Disimpan elok dalam beg sandangnya.

"Weh sumpahlah?" Erdyna menekup mulutnya yang masih tersenyum.

Entah berapa kali dia bertanyakan soalan yang sama. 'weh sumpahlah?'. Tidak tahu lah itu betul-betul soalan atau hanya keterujaan.

"Kau tau tak mamat ni paling beku sekali dalam family Aarya. Lepas tu dia lah yang terpaling win sekali dalam mereject perempuan yang nak dekat dengan dia. Tapi macam tu je dia cair dengan kau? Pergh! Caiyyalah Raeesha!" Erdyna menggoyang-goyangkan bahu Haura.

Terganggu dia yang mahu menyedut air. Langsung ditepis tangan Erdyna.

"Aku rasa itu bukan kali pertama dia nampak aku. Aku dapat rasa dia dah lama kenal aku."

Terangkat kening sebelah Erdyna.

"Dah lama kenal? Habis tu kau tak kenal dia? Tak ingat dia?"

Haura mengangkat sebelah bahu. Termenung seketika melihat ke luar tingkap restoran ini. "Mungkin ya mungkin tidak."

Bertaut kening Erdyna. Berteka teki pula dia ni.

"Aarya ada tahu pasal ni?"

"Aku tak bagitahu dia pun. Aku tak rasa nak bagitahu dia lagi."

Erdyna mengangguk-angguk. Ditiliknya jam di tangan. Sudah lama juga dia meluang masa di sini.

Menyedut air minumnya buat kali terakhir. Langsung bangun dari duduk.

"Aku nak pergi bayar ni. Lepas tu nak pergi kedai runcit tu sekejap. Beli roti untuk adik aku. Nak ikut tak?"

Haura menggeleng. "Aku nak pergi kedai buku seberang jalan sana. Nanti kau cari aku kat situ lah." di halakan pandangan ke arah kedai buku yang baru sahaja dibuka.

Erdyna juga memandang ke arah yang sama. Jalan raya yang memutuskan restoran ini dengan deretan bangunan kedai buku di sana agak jauh juga. Kenderaan yang menggunakan jalan itu juga agak banyak.

"Kau serious nak lintas sorang-sorang? Tak nak tunggu aku?"

"Tak apa. Kau pergi lah beli roti dulu. Aku pergi kedai sana."

Lama Erdyna merenung Haura. Risau.

"Aku boleh, Dyna. Jangan risau lah." tersenyum nipis. Memberikan keyakinan pada Erdyna bahawa dia akan baik-baik sahaja.

Lagipun, dia bukannya kanak-kanak lagi mahu dirisaukan sebegitu rupa.

Erdyna mengangguk sekali. "Yalah, hati-hati."

Langsung dia melangkah kearah kedai runcit yang berada di sebelah restoran ini.

Haura pula menghabiskan minumannya sebelum bergegas pergi kearah jalan raya.

Ditoleh kekanan. Kiri. Dan kanan semula.

Lenggang. Kenderaan yang akan lalu pun masih jauh. Dapatlah dia melintas.

Sedang melintas, tiba-tiba telefonnya berdering.

Erdyna is calling..

Langsung ditekan punat hijau.

"Assalamualaikum?" sapa nya.

Langkah Haura sudah berada di tengah jalan.

"Waalaikumussalam. Esha, aku pergi tandas sekejap tau. Sakit perut ni. Kau tunggu dalam kedai. Jangan pergi mana-mana!"

Belum sempat Haura membalas,

Tiba-tiba telinganya tertangkap bunyi kenderaan besar yang seakan hampir dengannya.

Dipalingkan kepala kearah bunyi yang datang. Tidak kurang dari dua meter tempatnya berdiri dengan lori yang sedang dipandu laju itu.

Meluas matanya. "Ya Allah!!"

Tiba-tiba ada satu tangan kekar yang menarik tubuhnya sepantas kilat. Kini dia sudah berada di tepi jalan. Dihadapan kedai buku. Tidak lagi ditengah-tengah jalan raya.

Lori yang membawa kayu-kayu balak itu juga sudah berlalu.

Dia terduduk. Tertunduk. Telefon yang digenggam tadi sudah tercampak ke sisi. Tubuhnya longlai.

Jari jemarinya bergetar hebat. Kepalanya terasa berdenyut.

Suara Erdyna dari dalam talian yang menjerit memanggilnya bagai angin yang berlalu.

Suara lelaki yang bersungguh bertanya tentang keadaannya juga bagai hilang dibawa udara.

Yang memekakkan halwanya adalah..

Bunyi dentuman kereta dan lori balak yang bertembung.

Kereta terbabas. Tercampak ke dalam semak samun hutan.

Suara abi yang melaung sakit lengan ditimpa besi hingga berdarah. Suara bonda yang menangis menahan sakit kaki yang tersepit di celah pintu hingga membiru.

Suara Raees yang sedang meraung menyebut nama Tuhan tika menahan sesuatu dengan kepala daripada terus mehempap tubuhnya.

Suara Raeed merintih mengucap kalimah dikala seluruh tubuh dihempap barang berkilo beratnya. Menghalang barang-barang tersebut daripada terus menghampap Haura. Tubuhnya erat mendakap adik tersayang.

Diri Haura menikus seraya menahan esakan. Menahan sakit pada lengan dan betisnya yang terhiris dengan permukaan yang tajam. Menahan perih hatinya melihat keadaan keluarga.

Setitis demi setitis dapat Haura rasakan cecair yang mengalir pada tudung yang dipakainya.

Cecair berwarna merah. Suhunya agak suam. Darah.

Darah yang datang dari tubuh Raeed!

Tanpa sedar, Raees dan Raeed jelaslah sedang melindungi Haura. Sanggup dihempap apa pun daripada dibiarkan sesuatu itu menghempap adik mereka. Sanggup menahan peritnya luka demi tidak melihat adik mereka terluka.

Tidak lama kemudian, penglihatan Haura mula kabur. Suara rintihan dan tangisan mula tenggelam.

Pitam.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now