Air mata yang sedikit membasahi mata dilap Nufa. Sampai menangis dia!

Sayf senyum kecil. Suka lihat Nufa terhibur. Dan untuk tambahkan lagi rasa terhibur itu, tangan Sayf terus menggagau tempat duduk belakang. Sebuah beg kertas berwarna coklat yang ada di situ diambil sebelum senang dia campak ke riba Nufa.

Menerima beg kertas dengan huruf M berwarna kuning, Nufa terus jerit nama Sayf kuat-kuat.

"OH MY GOD SAYF! KAU BELI BREAKFAST!" Tangan Nufa laju membuka beg kertas itu. Isi dalamnya dilihat. Oh! Bau pun menyelerakan apa lagi bila mata turun melihat sendiri.

Bangga Sayf dibuatnya.

"Kau tahu, dah tiga hari tau aku skip breakfast sebab kau takde. Pagi tadi pun aku makan cereal aje. Itu pun suku tak habis sebab kau." Cerita Nufa tanpa diminta. Sebiji McMuffin dibawa keluar dari beg kertas itu.

"Tahu." Balas Sayf sambil senyum kecil. Mata pandang Nufa yang dah tersenyum lebar sambil membuka balutan McMuffin di tangan.

"Nah." Dan senyum kecilnya melebar bila Nufa hulurkan McMuffin itu kepadanya. 

"Thank you." Ucap Sayf seraya mengambil huluran Nufa. Satu gigit dan dia sudah jadi makin gembira.

Nufa juga buat yang sama. Bila masuk aje makanan ke dalam mulut, terus peha ditepuk kuat. Tanda suka. 

"Oh, nothing feels better than this!" Ibu jari diangkat tinggi. Suka! Suka! Suka!

Sayfa angguk juga setuju. "Kan best begini."

"Yes!"

Dan masing-masing diam menikmati makanan masing-masing.

"Nunu." Tiba-tiba Sayf pecahkan diam antara mereka. Buat Nufa mengangkat kening, bertanya kenapa dalam diam. Mulut tak berhenti mengunyah.

"Kau betul ke tak nak buat apa-apa kat Mifzal?" Soal Sayf. 

Dahi Nufa terus berkerut sebelum lambat-lambat dia mengangguk kecil.

"Betul lah. Biar lah mamat tu."

"Tapi. kau kata dia datang jumpa kau kan?" 

Nufa terdiam.

"Habis takkan kau nak biar dia terus macam tu? Hari ni, dia seorang aje datang. Esok lusa, girlfriend dia pula datang. Kalau niat baik takpe. Buatnya dia datang, terbang melayang tudung kat kepala kau, risau juga aku." Kata Sayf. Sambil itu bayangkan Nufa dan Ayesha bergaduh dalam kepala. Agak-agaknya siapa lah yang akan menang nanti.

Tangan Nufa jatuh. Sekejap sebelum dia hembuskan nafas berat. 

"Dah tu... kau nak aku buat apa?" Soal Nufa. Tiba-tiba tak sedap pula McMuffin ni. Bukan sebab Sayf tapi sebab terbayang muka Mifzal yang tak sudah-sudah muncul di depannya sejak beberapa hari ini.

Sayf diam. Stereng diputar bila mereka sudah sampai di simpang premis #OhMyDobi. Jawapan masih belum diberikan kepada Nufa malah tenang sahaja dia memandu sampai lah kereta betul-betul berhenti di hadapan dobi. Tika itu, baru kepala menoleh pandang Nufa.

"Aku bukan lah nak suruh kau buat jahat, cuma kau kena buat sesuatu. Aku tak suka lah dia duk sibuk-sibuk lagi dengan kau padahal kau orang dah takde apa-apa." Ujar Sayf. Wajahnya sedikit serius.

Nufa lepaskan nafas berat. Bahu dijongket perlahan, tanda tidak tahu. 

"Dah tu... nak buat apa?"

Sayf peluk stereng kereta sambil mata tak lepas pandang Nufa.

"Apa kata kau cari someone yang kononnya bileh jadi boyfriend kau bila Mifzal atau Ayesha datang jumpa kau?" Cadang Sayf. Dia tetap juga Nufa teruskan dengan rancangan balas dendam kepada Mifzal. 

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now