°∘ Special chapter∘°

Start from the beginning
                                    

"Dan kau perlu tahu juga—"

Suara garau Khaleef yang menyelit secara tiba-tiba itu membuatkan Harizz mendongak wajahnya mencari kelibat jejaka itu.

Khalaf diam. Memberi ruang untuk Khaleef menghabiskan ayatnya. Dia masih fokus memandang wajah sembab budak kecil itu.

"Mata aku."

Bahu Harizz terhincut. Dia melihat Khaleef memasukkan kedua-dua tangannya menyeluk poket seluar. Turut berdiri tegak menghadapnya walaupun membelakangi kedudukan Khalaf.

Dia membalas renungan beku Khaleef dengan penuh redup.

"Mata aku dan Abang Arel, yang akan jadi pelindung waktu kecil kau yang sekarang sampai kau besar, Harizz.."

Sambungan ayat lelaki itu buatkan Khalaf tersentak. Kerana dia tahu personaliti diri kembarnya.

"Wipe your tears, young boy." Siapa je tak terasa dihargai dan dilindungi hebat seperti ini? Jika Khalaf memanggilnya dengan panggilan 'little boy', manakala Khaleef buat pertama kali menyebut 'young boy' buatnya.

Tanpa membantah, Harizz mengelap air matanya sendiri. Dia masih belum kenal Khaleef sepenuhnya, takut masih bersisa dengan renungan lelaki itu tetapi lama kelamaan memudar. Kerana Harizz tahu yang dua jejaka dihadapannya sekarang akan menjadi tempat dia berteduh buat selamanya.

"T—Te-ri.."

"Terima... kasih, Abang Arel." Mata Harizz turun memandang Khalaf yang masih memerhatinya dari tadi.

Tidak lama kemudian pandangannya naik kembali memandang Khaleef.

"Terima kasih.. Abang—"

Khaleef masih menunggu mulut si kecil itu menghabiskan ayat. Dia mahu meneka sama ada Harizz tahu akan namanya atau tidak.

"...Abang be—" Terkebil-kebil mata Harizz melihat Khaleef yang mula mengerutkan dahi.

"Beras." Terhenti disitu kata-kata terima kasihnya.

Khalaf hampir melepaskan tawa tetapi pantas ditahan. Bibirnya diketap lama.

"Apa kau panggil aku?" Harizz automatik mengengsot kebelakang apabila Khaleef bertindak turun bercangkung didepannya. Lelaki itu merapatkan wajah bersama renungan sinis.

"Ri-Rizz.."

Melihat Harizz yang takut, pantas Khalaf mendepakan tangan kirinya menghalang Khaleef dari mendekat.

"Siapa yang ajar kau panggil aku abang beras?" Soal Khaleef mendatar.

"Aa-abang.. Arel yang ajar." Harizz menundukkan wajah. Esakan tangisannya yang bersisa tadi mula reda.

"Ajar anak orang yang bukan-bukan kau ni kan?" Khaleef menolak kepala Khalaf bersama jari telunjuknya dengan kasar. Seperti menunjal.

"Kepala jangan main lah." Siapa yang tak sensitif apabila kepala ditunjal sebegitu? Khalaf merengus geram.

"Kena lah tu. Firas dengan beras dekat-dekat je." Jelingan Khalaf menajam membalas renungan kembarnya.

"Ha-habis tu Rizz nak panggil abang nama apa?" Perlahan suara Harizz menyoal.

Khaleef kembali mendapatkan wajah budak lelaki itu. Bibirnya naik mengukir senyuman tipis. Buat pertama kali Harizz melihat wajah menyinga jejaka itu manis walaupun senyumannya tidak ketara.

"Firas." Ringkas tetapi masih terselit dengan nada tegas.

"Fi—Fiyas??" Polos Harizz mengikut.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now