°∘∘46∘∘°

50.8K 3K 124
                                    

"Farrel minta maaf. Kena balik Berlin juga sekarang."

"Habistu Aisy macam mana? Mama takkan bawa dia balik rumah Tok Ma tanpa izin Farrel. Aisy tengah sarat kot—"

Nafas dihembus berat. Khalaf hanya mampu memekakkan telinga sewaktu menghubungi Tengku Rossa. Wanita itu pantang apa yang diaturnya tidak ditepati.

"Takkan nak tinggal Aisy dekat sini ma? Mestilah Farrel izinkan mama bawa."

"Farrel dua hari je dekat sana. When I'm back, Farrel terus balik kampung." Masih tenang lelaki itu membalas.

Apabila dia selesai bercakap bersama Tengku Rossa, panggilan tadi segera dimatikan takut jika Aisy terdengar. Pintu kaca balkoni dibuka sebelum melangkah masuk.

Khalaf memasuki ruangan persalinan bagi mengambil jaket hitamnya. Jaket tersebut dibawa ke arah katil. Sempat dia melihat ke arah jam, 4 pagi. Kalau mahu ikutkan hati, Khalaf taknak Aisy tahu akan dia perlu ke Berlin pada pagi nanti. Isterinya tampak sangat lena dibuai mimpi pada waktu itu.

Apabila IPhone-nya berdering, pantas Khalaf mengangkat panggilan tersebut.

"Della dekat bawah ni. Takkan nak sidai dekat depan pintu ni sampai pagi. Baik aku tidur je."

"Yelah, banyak bunyi. Kau tunggu jelah dekat bawah." Hanya itu yang dibalas Khalaf sebelum mematikan panggilan.

Khalaf mula duduk ditepi baringan Aisy. Khalaf tahu jika Aisy tidak nampak batang hidungnya bila bangun dari lena nanti, pasti dia akan mengamuk. Tapi dia terpaksa bertolak ke Berlin sekarang juga dan tidak mahu isterinya susah hati.

Baby bump Aisy diusap lembut. Khalaf mengucup beberapa kali puncak hidung isterinya.

"I love you mein Schatz." (My sweetheart)

"Aku perhatikan kau sentiasa, sayang. Balik nanti aku terus cari kau."

Sengaja Khalaf merapatkan mulut kepada cuping telinga Aisy.

Selesai itu, Khalaf bangun dari katil dan menapak ke arah pintu bilik. Berat hati mahu meninggalkan Aisy meskipun tidak lama.

"Jangan bagi perempuan tu dekat dengan Aisy bila dekat rumah Tok Ma nanti."

"Ye faham." Sepatah saja dijawab oleh Fredella. Mulut yang terbuka akibat menguap pantas ditekup menahan kantuk.

Dari awal Khalaf memakai helmet sehinggalah selesai dieperhatinya. Lelaki itu mula menghidupkan enjin motornya sebelum memberi pesanan sekali lagi buat Fredella.

"Lagi satu."

"Paksa dia minum susu. Aku tahu dia tak minum, kau yang kena." Lama Khalaf merenung ke arah Fredella sebelum dia bersedia bergerak ke airport.

"Erghh. Kau gerak jela bang. Nanti Kak Aisy terjaga dia nangis Della bagitahu mama."

Melihat motorsport Khalaf sudahpun meluncur keluar dari perkarangan rumah agam, pagar besar kembali tertutup dengan sendiri.

Fredella memalingkan tubuhnya bagi mengatur langkah hendak kedalam namun terkejut besar dia apabila ada seorang lelaki yang tercegat dihadapan pintu utama.

"Astagfirullah!"

"Kut iya pun tak payah lah tercegat depan pintu Qay! Tak kelakar lah empat pagi buat macamni." Kuat nada suara memarahi Qayyum.

"Dah tu, takkan Cik Della nak cina bukit tu atau Aaren yang tercegat? Saya ganti kerja diorang je—" Selamba riak wajah Qayyum membalas.

"Eiii. Dahlah tepi—" Fredella sengaja mendekatkan jaraknya bersama Qayyum agar dia lebih mudah untuk membuat lelaki itu ketepi.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now