°∘∘26∘∘°

70.5K 3.4K 208
                                    

Situasi di banggunan mewah syarikat Tengku Rossa.

Hanya Aisy dan Khalaf berdua sahaja yang berada di dalam bilik peribadi khas Tengku Rossa pada awal pagi itu.

Sedang asyik Aisy membelek majalah yang tersedia khas di atas meja, terangkat seketika wajahnya melihat Khalaf yang sedang ralit mengeluarkan barang dari sebuah beg bewarna hitam.

"Your breakfast.."

Tercengang seketika Aisy. Lelaki itu menghulurkan satu bekas yang berisikan nasi goreng. Ini nasi goreng yang mama buat tadi? Bila masa Khalaf sempat sediakan dalam bekas? Ligat otaknya memikir.

"Saya dah rasa sikit dekat rumah tadi, pedas. Sebabtu tak makan sampai habis."

Berkerut dahi Khalaf beberapa saat. Dia kemudiannya duduk bersebelahan Aisy di atas sofa empuk itu.

"Cuba tengok betul-betul. Warna nasi tu lain, kan?" Tegas nada suara lelaki itu menyuruh.

Mengambil masa seminit Aisy fokus memerhati di dalam bekas makanan tersebut. Ya, warnanya tidak pekat seperti nasi goreng yang di rumah tadi.

"Saya baru perasan. Farrel suruh mama masak yang tak pedas ke untuk Aisy?"

Aisy menggaru puncak hidung yang tidak terasa gatal. Hairan gadis itu apabila suaminya menggelengkan kepala. Habistu siapa masak?

"Abistu awak beli ke?"

"Aku masak, sayang." Khalaf keluarkan pula satu sudu dan juga garfu dari beg tadi. Lalu dibawa kehadapan isterinya.

"Farrel pandai masak?! Mesti sedap kan!--" Lantas Aisy ambil bekas makanan tersebut. Sesudu nasi goreng, dia suapkan kedalam mulut. Teruja riak wajahnya.

"Sedap?"

Tersenyum nipis Khalaf melihat isterinya menganggukkan kepala laju.

"Eh, tapi bila masa awak sempat masak? Saya taktahu pun--"

"Masa kau layan Harizz mandi kolam tadi. Mana nak perasan suami ada ke takda."

"Maafkan Aisy.." Raham tajam suaminya disentuh lembut.

"Jangan gelojoh, baca bismillah.." Sambung Khalaf lagi.

Tersengih dibuatnya Aisy. Memang betul-betul dia lupa nak baca bismillah tadi sebelum makan. Perutnya dari tadi berbunyi disebabkan tahan lapar. Sejenis tak suka makanan pedas.

"Makan sampai habis. Dalam beg tu ada air milo panas." Kepala isterinya yang berlapikkan kain tudung itu diusap lembut. Sempat Khalaf mengucup dahi gadis itu sebelum dia bangun. Sudah sampai masa dia perlu menyambung hal yang terbatas tadi.

"Sit and eat properly. Dalam 20 minit lepas meeting, aku datang semula okay sayang?" Pesanan ringkas diberikan buat Aisy. Macam bagi pesanan dekat budak kecil.

"Aisy tunggu.." Aisy menayangkan simbol jari bermaksud 'good' pada Khalaf. Masih ralit mulut mengunyah nasi goreng yang dimasak oleh suaminya tadi. Cukup lengkap rasa.

 Cukup lengkap rasa

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.
FARREL'S BOO©️Kde žijí příběhy. Začni objevovat