°∘∘14∘∘°

80.4K 4.5K 1.1K
                                    

"Awak nak pergi mana?" Hairan Aisy melihat Khalaf yang bertindak keluar dari perut kereta secara tiba-tiba.

"Kejap je--" Ringkas Khalaf menjawab. Dia kembali menutup pintu kereta mewahnya sebelum kaki melangkah mendekati anak buahnya.

"Arahkan diorang jaga semua tempat aku Fareez. Balik dari cuti nanti aku nak semua benda yang tertangguh selesai--"

"Okay." Laju Fareez menganggukkan kepala.

"Tapi Tuan Muda, pasal Robert---"

"Aku taknak dengar apa-apa. Asal dia tak kacau aku sudah." Belum sempat anak buahnya seorang itu menghabiskan ayat, terlebih dahulu lelaki itu memotong.

Sempat Fareez menundukkan sedikit wajahnya sebelum Khalaf mengatur langkah mendekati kereta semula. Lelaki itu akur dengan arahan Tuan Mudanya.

Sebaik sahaja memastikan kereta mewah milik Khalaf meluncur keluar dari perkarangan rumah agam tersebut, Fareez kembali menyambung tugasnya.

Beberapa puluh minit berada di atas jalan raya yang sibuk itu, suasana di dalam perut kereta masih sunyi sepi tanpa perbualan.

"Farrel.." Aisy menyapa suaminya yang sedang fokus memandu.

Gadis itu tetap memandang wajah Khalaf dari tepi, walaupun lelaki itu tidak mengalihkan pandangannya langsung dari memandu.

"Hm?--"

"Nak tanya boleh?-- tapi jangan marah." Aisy mengenggam hujung bajunya.

"Tanya la." Terangkat kening lelaki itu. Sekilas wajah isterinya dipandang.

"Awak kenal abang Irfan ke? Macam mana dia boleh tahu nama Farrel, masa saya hampir kena--"

"Aisy-- Stop it." Tegas nada suara Khalaf menghentikan apa yang selebihnya hendak disampaikan.

Tertunduk-tunduk wajah Aisy pada ketika itu. Takut tiba-tiba suaminya berubah emosi akibat soalan yang dia tanyakan tadi. Hanya jari manisnya yang tersarung cincin itu direnung lama.

"Siapapun dia kau tak perlu kenal. Tak perlu panggil dia abang."

"Lepastu jangan fikirkan lagi apa yang dia dah nak buat dekat kau. You're my wife now--" Jelas dan padat apa yang disampaikan oleh Khalaf. Dia tidak mahu kerana kejadian yang telah berlaku tersebut menjadikan isterinya sentiasa teringat-ingat akan hal itu.

Wajah Aisy yang tertunduk tadi kembali dia alihkan menghadap suaminya. Lelaki itu tampak tegas, namun tetap berlembut dengannya.

"Lagi satu soalan boleh?--" Tersenyum lebar Aisy ketika menyoal.

Khalaf mengangguk perlahan. Entah mengapa dia hairan dengan perangai isterinya. Nak tanya, tapi minta izin.

"Awak sayang Aisy tak?" Semakin lebar senyuman yang diukir oleh gadis itu. Serta merta tubuhnya sengaja dibetulkan sedikit agar berpaling menghadap Khalaf.

"Jawapan tu ada pada kau." Ringkas lelaki itu menjawab bersama riak wajahnya mendatar.

Walaupun jawapan yang diberikan oleh Khalaf pada waktu itu seperti tidak menjawab soalannya, dia tetap yakin dan faham dengan maksud ayat suaminya. Setiap layanan Khalaf terhadap Aisy bagai idaman setiap gadis.

"Saya sayang Farrel jugak." Lembut nada suara yang dilontarkan oleh Aisy buat suaminya. Senyuman dia tadi, menampakkan lesung pipitnya yang manis.

Dalam beberapa saat, terpegun Aisy apabila dia menyedari yang Khalaf turut tersenyum pada ketika itu.

Khalaf meraupkan rambutnya keberlakang. Entah mengapa tangan kiri lelaki itu spontan menarik lengan halus isterinya, lalu diletakkan ke atas pehanya.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now