°∘∘15∘∘°

83.3K 4.7K 1.4K
                                    

Tangan isterinya ditarik lembut. Pintu bilik kembali ditutup rapat. Khalaf menarik Aisy ke bahagian birai katil.

"Duduk sini." Khalaf menyuruh gadis itu agar duduk di atas birai katil tersebut.

Kemudian lelaki itu menarik sebuah kerusi yang berhadapan dengan meja solek lalu dibawa ke arah Aisy. Kerusi tersebut diletakkan berhadapan dengan kedudukan isterinya. Khalaf melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu.

Aisy yang sedang teresak-esak menangis pada ketika itu direnung lembut oleh Khalaf. Jelas terhincut-hincut bahu gadis itu akibat tangisannya yang tidak dapat ditahan.

Kedua-dua lengan isterinya digenggam erat dengan hanya menggunakan satu tangan kekarnya sahaja. Dagu Aisy dinaikkan sedikit. Agar lebih mudah dia hendak melihat wajah sayu gadis itu.

"Kali ketiga aku lap air mata kau. Tapi kalini sebagai seorang suami--" Tenang nada suara Khalaf pada ketika itu.

Khalaf menyeka air mata Aisy dengan jari kasarnya. Setiap air mata yang jatuh dari gadis itu bagaikan tidak mampu dia hendak melihat.

"Aku tak pernah rasa susah pun jaga kau, sayang. Termasuk Harizz." Anak matanya lama merenung wajah Aisy.

"Ke-kenapa dia ca--cakap pasal ayah dengan ibu, hina ke sa--" Tergagap gadis itu bertutur.

"Sebab dia bodoh." Terlebih dahulu Khalaf menghentikan apa yang Aisy hendak cakap.

"Takda siapa berani hina isteri aku--" Sambungnya lagi.

Beberapa minit Khalaf menenangkan gadis itu dari mengeluarkan air matanya lebih lebat lagi. Genggaman tangannya pada Aisy masih tidak dilepaskan.

"Lapar? Nak makan?--" Lembut lelaki itu menyoal.

Melihat isterinya mengangguk laju membuatkan dia tersenyum nipis. Jelas dimata Khalaf melihat hidung Aisy memerah akibat tangisannya tadi. Walaupun masih dalam keadaan sedih, tetapi Aisy tetap laju menganggukkan kepalanya apabila disoal tentang makanan.

"Nanti kita makan. Aku nak solat magrib dulu. Okay?"

"Tapi saya lapar--" Mencebik Aisy.

"Sabar. Dah masuk magrib ni. Lepas solat aku janji kita makan sama-sama."

"Tapi Farrel--" Sedikit tinggi nada suara Aisy hendak membantah.

Tersentak gadis itu apabila Khalaf bertindak mengucup bibirnya secara tiba-tiba. Tercengang dia pada waktu itu.

"Aku cakap sabar sayang. Karang lain pula jadinya-- tengah period kan?" Selamba Khalaf.

Merah padam wajah Aisy menahan malu. Hendak saja dia menjerit dengan kuat melepaskan rasa yang sedang beterbangan di dalam perut.

"Hah dah kenapa?" Berkerut dahi lelaki itu melihat riak wajah isterinya.

"Takda apa-- Farrel pergilah solat!" Aisy menaikkan kedua-dua kakinya ke atas lalu dia membetulkan duduknya secara bersila di atas katil tersebut.

Tanpa melengahkan masa lantas Khalaf bangun sambil anak matanya tepat memandang Aisy. Lelaki itu menggelengkan kepala, hairan. Kerusi tadi kembali diangkat lalu diletakkan di hadapan meja solek.

Jam tangan yang tersarung pada lengan kekarnya ditanggal lalu di letakkan ke atas meja tersebut. Khalaf mendekati pintu seraya kakinya laju melangkah keluar dari bilik. Pintu kembali ditutup.

"Dah tukar baju belum? Kata nak makan--" Soal Khalaf sambil ralit melipat sejadah, baru selesai dari mendirikan solat.

Laju Aisy menggelengkan kepala. Walaupun Khalaf telah membawa masuk beg baju mereka ke dalam bilik, tetapi gadis itu masih belum menyentuh beg tersebut dari tadi. Hanya setiap pergerakan suaminya diperhati. Dari mula solat sehinggalah selesai.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now