°∘∘31∘∘°

66.8K 3.2K 126
                                    

"Wake up. Subuh Aisy--" Bahu Aisy yang sedikit terdedah itu ditepuk perlahan beberapa kali. Liat betul nak bangun.

"Sa-saya tak larat.. Lewat sikitlah saya--" Masih mampu Aisy menjawab walaupun kelopak matanya tertutup. Selimut tebal semakin dia tarik ke atas. Dia tidak sedar yang dari tadi Khalaf hanya seinci saja jarak dengannya.

"Makin kau tarik selimut? Kenapa liat sangat ni--"

"Wake up please sayang." Masih lembut nada suara lelaki itu berusaha hendak mengejutkan isterinya.

"Aisy janji kejap lagi Aisy bangun.. Aisy penat" Tanpa sedar Aisy merengek kecil. Wajahnya sengaja disembamkan ke bantal. Langsung tidak terasa hendak bangun dari katil.

Rambut hitam pekatnya diraup keberlakang. Nafas dihembus kasar. Siapa suruh kacau dia buat kerja semalam?

Kalau dibiarkan Aisy lena begitu, sampai kesudahlah dia tak akan bangun. Khalaf bangun dari baringan. Lelaki itu turun dari katil lalu terus masuk kedalam bilik mandi.

Bathub di-isi dengan air yang suhunya suam. Sehingga penuh Khalaf menunggu. Selesai itu, sengaja dia basahkan sedikit tangan kanannya dengan air yang sejuk. Dibiarkan saja tangan yang basah itu tanpa di lap.

Kaki diatur keluar dan menuju ke ruang persalinan. Disebabkan Khalaf tidak tahu mana satu tuala yang digunakan oleh Aisy, dia hanya ambil mana yang ada depan mata. Sehelai tuala hitam dicapainya lalu dibawa ke arah katil.

Khalaf terbalikkan kembali baringan Aisy. Wajah Aisy yang lama tertekup pada bantal itu direnungnya penuh sayang.

"Nak tidur sangat kan." Tangan kanannya yang masih bersisakan air sejuk itu disapu seluruh muka Aisy. Guna air sejuk baru jalan, sebab tulah Khalaf sengaja basuh tangan.

"Hmm Farrel--" Automatik kelopak mata Aisy terbuka luas. Terasa basah wajahnya seketika. Sejuk betul. Anak mata menatap wajah selamba Khalaf.

"Don't close your eyes, before I make you tired again, Aisy." Tegas Khalaf memaksa gadis itu bangun.

"Iya-iya Aisy bangun." Tidak mampu dia hendak bermalasan lagi apabila Khalaf tampak tegas. Laju dia bangun hendak duduk. Namun selimut yang melekap tadi melorot kebawah apabila gadis itu bergerak.

Tersenyum nipis Khalaf melihat wajah isterinya yang bagai tidak mampu menahan malu. Pantas saja tangan gadis itu menahan selimut dari kembali jatuh.

"Stay." Khalaf bangun dari katil lalu bahagian sisi Aisy didekatinya.

Tangan Aisy yang masih menahan selimut itu dibiarkan saja. Tuala hitam yang dipegang dari tadi pula Khalaf lapikkan ke tubuh isterinya.

"Fa-Farrel." Tidak selesa rasanya apabila Khalaf yang membantu.

"Just stay sayang." Usai itu, Khalaf menarik pula selimut yang berada disebalik tuala yang sudah dibalut pada tubuh Aisy.

Tanpa sepatah kata apabila selimut selesai di-alih, terus Khalaf mencempung tubuh kecil isterinya lalu dibawa ke arah bilik mandi.

Betul-betul dihadapan pintu bilik mandi Khalaf meletakkan Aisy.

"Mandi, ambil wudhu. Aku tunggu kau, nanti kita solat sama-sama."

"Don't be late. Air aku dah isikan--" Sambungnya lagi. Wajah kemerahan Aisy direnung lama.

"Te-terima kasih, Farrel." Dengan kadar yang pantas, terus Aisy masuk kedalam bilik mandi. Nak tunggu lama-lama, mahu terkeluar juga jerit yang ditahan.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now