"Lama gila! "

"Berapa lama? "Aku bertanya sekali lagi.

"5 minit. "jawab Ayesha selamba.

Aku berpaling ke arah Ayesha. 5 minit dia cakap lama?!

"Eih! Kau ni beratur nak makan Sukiya, 5 jam 5 hari pun kau sanggup. Tunggu 5 minit pun kau tak boleh? "

"Tak. "balas Ayesha laju.

Geram pulak aku dengan jawapan minah ni. Sabar jela! Entah macam mana la aku boleh berkawan dengan setan ni. Eisy!

Mata aku tidak lekang dari melihat struktur tempat baharu kafe yang bakal dibuka.

Kalau kafe pertama lebih kepada zaman moden. Manakala kafe yang kedua ini lebih kepada zaman klasik.

Model rumah kampung menjadi tempat untuk cawangan kafe kedua. Ruang atas rumah akan dijadikan tempat untuk mengambil gambar. Disebabkan model rumah kampung adalah tinggi, tak akan ada masalah untuk menjadikan ruang bawah sebagai tempat memesan makanan dan menyediakan makanan.

"Kalau kafe ni tak hidup, call aku. Aku tolong support. "kata Ayesha selamba.

Aku mencubit pinggang Ayesha. Mulut dia memang tak makan saman. Ada pulak dia cakap macamtu. Sepatutnya doalah semoga kafe ini semakin maju dan ramai pelanggan. Nasib ada arkitek lelaki di depan aku. Kalau tak, dah lunyai Ayesha aku kerjakan.

Ayesha mula menjauhkan diri dari aku. Takut kena lagi la tu.

"Macam mana? Cik, berpuas hati?" tanya pekerja arkitek itu.

"Sangat. Terima kasih encik,"Tergantung ayatku. Tidak tahu hendak memanggilnya apa.

"Akio Gael. Panggil saja Gael. " kata Gael.

Aku mengangguk kecil.

Gael. Nama pun handsome. Apatah lagi tuan kepada nama ni. Nasib aku dah ada Haizul. Kalau tak, memang peluang aku la bersuamikan Gael. Tiba -tiba datang miang gatal.

"Kalau tak ada apa -apa, saya pergi dulu. Jika cik ingin menambah sesuatu boleh telefon syarikat. Mungkin orang lain yang akan ambil projek cik Ashal buat sementara waktu. "Gael menghulurkan fail kepada aku.

"Encik Gael ke mana? "tanya aku. Huluran diambil.

Bukannya aku nak menyibuk tetapi dia yang pegang projek ni. Bila bertukar orang nanti, menjadi sedikit susah. Tak tahu kerenah kita macam mana. Apa yang kita nak. Apa yang kita tak nak.

"Korea. South Korea. There is something I need to do there. "Gael mengukir senyuman kecil.

Sekali lagi aku mengangguk kecil.

"Saya tak tahu apa yang Encik Gael lalui, tapi hadapi lah dengan tabah. Tuhan sentiasa mengetahui isi hati kita. "Entah kenapa secara tiba -tiba aku berkata begitu. Mungkin kerana melihat keadaannya yang nampak penat.

"Yes. Allah know everything. "kata Gael.

Sebelah keningku terangkat. Aku ingatkan dia non Muslim. Nama dia, muka dia....

"Convert. "Persoalan yang terlintas di fikiran aku dijawab Gael.

"Ouh. Sorry if I... "

"Not a big deal. So shall I? "Gael meminta diri.

"Yes. "

"Bye. Thanks for being my client. And congrats to your boss. Assalamualaikum. "ucap Gael.

"Welcome. Waalaikumussalam. "Aku melihat Gael berjalan pergi.

Aku dapat rasakan yang dia ada masalah. Masalah yang tersangat besar. Apa yang aku katakan tadi ketika melihat keadaan rumah ini pun, fikirannya seperti ke lain. Muka pun dah tau penat. Tapi dia masih lagi gagahkan untuk senyum kepada pelanggan.

"So lucky to his girlfriend. "Aku berkata perlahan.

"Fatima Ashal! "

Muka aku bertukar masam. Apa benda minah ni nak? Menyesal aku ajak dia. Patutnya aku pergi seorang diri je. Menyusahkan betul la.

"Apa? "Dengan malas aku tetap mengorak langkah ke arahnya.

Ayesha tersengih seperti kerang busuk.

"Apa? "

Ni mesti ada apa -apa. Risau aku dengan muka buruk Ayesha.

"Aku ada order makanan kat Food Panda. Jom kita date kat tasik. "Ayesha membuat muka kesian.

Kan aku dah kata. Masa mana dia order pun aku tak tau la. "Kau bagi location kat mana? "

"Sini. Pastuuu... "

"Apa lagi? "

"Kau bayar. "Ayesha bergerak ke arah kereta.

Macam mana aku boleh berkawan dengan setan ni pun tak tau la. Perangai macam budak -budak. Pau duit aku. Macamlah dia tak ada duit. Harey bethol.

Sambil menunggu makanan, aku bermain telefon. Telinga aku pakaikan headphone.

Sengaja aku pakai. Ayesha Bluetooth lagu dari telefon dia dengan radio di kereta. Dia pun apa lagi? Karaoke macam orang gila sementara menunggu makanan sampai.

Aku terasa bahu aku ditunjal. Aku berpaling ke arah Ayesha.

Ayesha membuat isyarat ke arah tingkap.

Seorang lelaki memakai jaket dan topi keledar sedang memegang plastik makanan sedang berdiri di tepi kereta. Duit aku ambil di dalam beg. Tingkap diturunkan.

"We meet again Fatima. "kata penghantar makanan.

Dahiku berkerut.

Macam mana dia boleh kenal aku? Famous sangat ke aku ni? Ke stalker?

Topi keledar dibuka.

"Muqris? "Aku terkejut.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now