Dan masalah utama perempuan adalah overthinking. Dalam kepala otak aku ni dah berfikir benda macam -macam. Kebanyakan negatif. Tak boleh nak positif lagi.

"Dia beli syampu untuk isteri dia kot. Husnuzon jela Ezul. "Aku cuba menyedapkan hati.

Haizul mengeluarkan Iphone dari poket. Jarinya lincah menari di atas skrin telefon.

Aku pula sekadar memerhati tingkah laku Haizul. Haizul membuat panggilan. Aku mengalihkan perhatian ke arah lain.

Tidak berminat untuk mendengar perbualan Haizul.

Setelah hampir 5 minit Haizul bersembang di telefon, panggilan ditamatkan. "Jom balik. "Haizul berdiri.

"Awalnya. "Rungutku. Tak puas lagi aku nak luangkan masa dengan dia.

"Jom. "Haizul mengajak aku balik buat kali kedua.

Aku mengalah. Haizul mengikuti kereta aku dari belakang sehingga tiba di rumah. Sepanjang perjalanan aku berfikir tentang perangai Haizul yang sedikit pelik. Mungkin cuma sangkaan aku saja.

Cawan basah aku lap menggunakan tuala kering. Dari semalam sehinggalah keesokan harinya. Aku asyik berfikir tentang lelaki yang Haizul tunjukkan kepada aku.

Adakah lelaki yang aku nampak di kedai makan itu sama dengan lelaki yang Haizul tunjukkan?

Lelaki yang aku ternampak di kedai makan itu memakai hoodie berwarna hitam. Lelaki yang Haizul tunjukkan semalam memakai kot kerja. Jadi lelaki yang aku nampak dan lelaki yang Haizul tunjuk adalah dua lelaki yang berbeza. Mungkin ya. Atau mungkin tidak.

Lamunan aku terhenti apabila aku mendengar ada orang memanggil namaku.

"Jauh termenung. "Tegur Raudah. Dia memandang aku seperti meminta aku untuk bercerita.

"Tak adalah. "Tangan yang basah dilap.

Aku bercerita?

Silap. Aku? Bercerita? Lambat lagi lah. Aku paling susah nak buka cerita tentang diri aku tapi kalau tentang benda lain aku memang kecoh. Sifat semulajadi aku adalah seorang yang suka memendam. Kalau aku bercerita pun dekat Haizul. Itu pun aku tak ceritakan sangat. Mungkin itu antara salah satu sebab kenapa tak ramai orang nak korek cerita dari aku.

"Tadi cakap nak keluar dengan Ayesha.  "kata Raudah.

Aku menepuk dahi.

Terlupa pula. Aku dah berjanji dengan Ayesha untuk tengok tempat baru. Aku diwakilkan melihat keadaan tempat baru untuk membuka cawangan Ashness Cafe yang kedua.

"Esha dah ada kat luar? "Aku membuka apron. Disangkut di tempat yang disediakan.

"Dah. "jawab Raudah.

Mendengar sahaja jawapan Raudah, semakin cepat aku bergegas untuk keluar dari kafe. Beg tangan aku capai. "Bai! "

Raudah membalas lambaian aku.

Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari kafe, sebuah kereta Honda Civic terletak cantik di tempat letak kereta. Enjin kereta tidak dimatikan. Mesti lama Ayesha tunggu aku. Habislah!

Ketika aku masuk ke dalam kereta, Ayesha menjeling tajam ke arah aku. Nampak sangat dia dah tunggu lama.

"Sorry. Aku terlupa. "ucapku.

"Sorry jela kerja kau. Dengan aku memang kau lupa. Dengan Una tak ada pula kau lupa. "bebel Ayesha.

Pandangan dialihkan ke arah tingkap. Dia keluarkan balik cerita zaman tak matang dulu. "Lama ke kau tunggu? "Aku mengubah topik.

Mr Vader (OG)Where stories live. Discover now