Lantas ditarik satu kerusi disebelahnya buat Hadeeya lalu dipelawa untuk duduk. Sudah biasa dibuat sebegitu.

Daripada awal perkahwinan sehinggalah sudah beranak tiga. Tetap setia dengan tanggungjawab satu itu.

"Tadaa! Dah siap pun breakfast untuk hari ni. Ini sandwich terpaling laziz jiddan ByCha buat tau!"

"Okay..​Yang ini intinya tuna, yang ini pula telur dan cheese." Haura meletakkan dua pinggan yang diisi dengan roti yang sama tetapi inti yang berbeza.

Keempat-empat pasang mata yang ada dimeja dapur itu tekun melihat satu persatu apa yang dihidang oleh Haura.

Apa yang Haura tunjuk, kesitulah perginya anak mata mereka.

"Untuk air pula... Jag putih ni White coffee, jag coklat ni pulak teh tarik kaw kaww punya. Jemputlah makan yaa.. abang Hayden, abi, bonda." tidak lekang senyuman manis yang menghiasi wajah cantik Haura.

Bersinar-sinar anak mata mereka ketika melihat makanan dan minuman yang dihidang Haura.

"It's simple, but special." Raees bersuara. Tersenyum tipis.

"Yeah.. Special like a person who made it." Raeed menyokong kenyataan itu. Dia turut tersenyum nipis.

Abi dan bonda mengangguk-angguk.

Wajah Haura sudah membahang apabila mendengar pujian dari abang-abangnya itu.

Walaupun kata-kata itu terdengar
biasa-biasa sahaja. Tetapi bagi Haura, ianya bermakna.
.
.​
.​

"​Alhamdulillah.." Ridhwan mengucap syukur terhadap illahi seraya meraup wajah yang jelas kepenatan.

Akhirnya, selesai juga segala urusan dan bayaran yang perlu dilangsaikannya.

Setelah hampir dua minggu mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah berkenaan syarikat yang sudah lama terbina itu, akhirnya bertemu juga dengan penyelesaian.

Dan dengan itu, selesailah segala masalah. Tidaklah segalanya, tetapi berkuranglah sedikit beban yang memberatkan bahu untuk memikul.

Komputer riba ditutup.

Lampu meja yang membantu menerangi pandangan juga dimatikan suisnya.

Cermin mata yang berfungsi untuk menjelaskan penglihatan turut ditanggalkan lalu diletak elok didalam bekas cermin mata.

Ridhwan berdiri dan mula mengatur langkah untuk keluar daripada bilik kerja.

Lift yang berada tidak jauh dari biliknya itu dituju. Punat 2 ditekan.

Niatnya untuk turun ketingkat bawah semestinya untuk masuk ke bilik tidur dan berehat. Tidak lupa juga untuk meluangkan masa bersama isteri.

Rindu.

Walaupun dibawah bumbung yang sama, tetapi kalau tidak berjumpa hampir seharian itu, pasti juga akan tetap rindu.

Rindu itu bukan soal jarak, tapi hati.

'Tok'

'Tok'

"Assalam'alaikum, حياتي.." Ridhwan melangkah masuk kedalam bilik.

Setelah disusun elok jam tangan dan telefon pintar berkamera tiga di atas meja. Salamnya masih tidak terjawab. Berkerut dahinya.

Anak mata meliar ke seluruh sudut bilik. Mencari susuk tubuh si isteri.

"Apa lah yang awak fikirkan sampai termenung jauh sangat ni?" Ridhwan merapati tubuh isterinya yang sedang berdiri membelakanginya di balkoni.

Pinggang ramping isterinya dipeluk erat daripada belakang. Tetap ramping seperti dahulu kala. Pandai isterinya menjaga badan.

"Eh abang. Bila abang masuk?" tersentak Hadeeya dengan tindakan suami yang tiba-tiba mendakap tubuh. Dia tidak perasan langsung dengan keberadaan suaminya.

"Dah lama dah masuk, sayang je yang termenung jauh sangat sampai tak perasan abang kat sini."

"Err sorry abang." balas Hadeeya bersama sengihan bersalah.

Ridhwan menggangguk.

"Hrmm.. افتقدك." Dieratkan pelukan.

Pecah tawa Hadeeya. "Mengada betul suami saya ni. Dah ada dekat depan mata pun rindu lagi." Hadeeya mencubit belakang tapak tangan Ridhwan yang berada di perutnya.

Terasa getaran kecil di dada Ridhwan ketika dia turut tertawa.

"Ermm abang.."

"Ya, حياتي."

"Saya nak tanya satu soalan boleh?" teragak-agak nadanya.

"Mestilah boleh. Tanyalah, apa dia?" macam serius betul dengan soalan yang akan ditanya.

Yalah, biasanya isterinya ini akan terus bertanya sahaja. Tak ada pun hendak meminta izin dahulu.

"Apa pendapat abang, kalau ada yang berkenan dengan anak kita?" Dipandang wajah suami yang singgah dibahunya. Termenung jauh.

"Berkenan dengan anak kita? Maksud awak, mahu ajak bernikah ya?" soal Ridhwan kembali setelah beberapa saat terdiam.

"Erm lebih kurang macam itu lah."

"Pada abang..kalau adakan hubungan untuk kearah yang baik untuk menghalalkan, abang okay aje. Tapi kalau hanya sekadar singgah tapi tak sungguh lalu pergi, itu abang tak setuju." mendatar.

Hadeeya hanya tersenyum tipis seraya mengangguk-angguk. Setuju dengan pendapat suami.

"Kenapa tiba-tiba aje cakap pasal ni. Ada yang berkenan dengan anak kita ke?"

"Err hehe nantilah kita sambung berbual tentang ni. Sekarang, kita rehat dulu." dileraikan pelukan Ridhwan di pinggangnya lalu melangkah masuk ke dalam bilik sambil berpegangan tangan.

"Lagi pun, abang mesti penatkan buat kerja je dari tadi." sambungnya sebelum menutup sliding door balkoni.

"Yalah, حياتي."

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now