°∘∘57∘∘°

Start from the beginning
                                    

"Habis tu Aisy nak pakai baju mana? Abang kan cakap Aisy sehelai sepinggang je dalamni." Soalan suaminya bagai tidak masuk akal. Sudah tahu, malah ditanya lagi.

Berkerut dahi Aisy beberapa minit selepas itu apabila melihat Khalaf hamburkan ketawa. Apa yang kelakar?

"Abang nii.." Wajah Aisy jelas tidak berpuas hati. Mangkuk bubur tadi terus dia letakkan ketepi duduknya.

"Aisy taknak dahlah pakai mana-mana lagi baju Farrel lepasni." Tidak senang apabila apa yang dipakainya itu jadi satu hiburan. Dia terdesak. Kalau tidak, dia pun taknak pakai, dengan besarnya lagi.

"Melina..." Kedua-dua peha Aisy ditarik lembut agar lebih rapat dengannya.

"Gelak sebab kau comel. Bukannya nak mengejek." Khalaf habiskan sisa tawanya. Dia menarik kain T-shirt yang terjatuh dari bahu Aisy. Menutupi bahu putih mulus itu yang terdedah tadi.

"Dahlah. Kita kena siap sebelum sampai jeti semula. Abang nak mandi." Demamnya dibiarkan. Cukuplah dapat tengok muka si cengeng, sihat terus.

"Mandi??" Aisy menyoal bersama riak wajah terkebil-kebil.

"Hm. Kenapa? Nak mandi laut ke?" Ternaik alis kening Khalaf.

"Bukan. Ha-habistu, Aisy nak pakai baju mana pulakni?" Risau wanita itu memikirkan tentang apa yang hendak disalinnya nanti. Hilang akal.

"Pakai baju ni je. Tapi nanti pakai balik seluar semalam tu. Sebabnya kalau sayang pakai macamni bila dah turun dari kapal, of course my boys will looking at you." Ujar Khalaf lembut.

"Tudung pun. Sikit lagi, kering lahtu." Tetap dia gagahkan juga tubuh yang tak berapa sihat itu turun dari katil.

"Tapi kan, baju abang yang ni lengan pendek. Nanti lengan Aisy macam mana?" Anak mata Aisy mengekori pergerakan lelaki itu.

"Jaket aku ada, sayang." Sementara itu, Khalaf telahpun mencapai sehelai tuala yang tersangkut di penyidai tepi sebuah kerusi baldu. Langkah kembali mendekat ke arah Aisy yang dari tadi tercegat memerhatinya.

Tuala tadi dilingkarkan kemas pada leher. Khalaf menghulur tangan kanannya buat Aisy. Tindakan mengejut Khalaf itu buatkan ternaik wajah isterinya.

"Mandi lah abang. Lepasni Aisy boleh mandi pula bersihkan diri." Huluran tangan suaminya itu tidak di endahkan.

"Mandi sekali jelah, sayang. Jimat masa, jimat air, jimat sabun, jimat—"

"Farrel ni demam ke tak demam ke tak ada beza. Dua-dua miang." Kata-kata Khalaf terhenti sebaik sahaja Aisy memotong. Dia menjeling suaminya setajam yang mungkin.

Khalaf kembali hamburkan ketawa. Senyuman lelaki itu menambahkan lagi aura tampan wajahnya. Usik sikit dah takut.

 Usik sikit dah takut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang—"

"Ta-takut nak turun." Teragak-agak Aisy hendak melangkah turun dari tangga yang memisahkan kapal dan jeti. Sebelah tangannya terkapai-kapai hendak memaut pada mana-mana pemegang. Namun tiada.

"Wait there." Cepat-cepat Khalaf kembali kebelakang mendapatkan isterinya. Tangan kecil Aisy yang terlambai-lambai itu disambut erat.

"Slowly."

Baru terasa berani dia hendak melangkah. Tangan Aisy hilang disebalik genggaman Khalaf. Lelaki itu memerhati setiap pergerakan isterinya. Sehingga selesai langkah mereka berdua tiba di hujung jeti tersebut.

"Take care of this private yacht. Bila-bila masa aku akan datang sini semula." Perjalanan Khalaf berhenti sebaik sahaja tiba di hadapan anak buahnya.

Sementara itu, Khalaf menarik lengan Aisy menyuruh tanpa bersuara agar berdiri dibelakangnya. Dia tidak mahu anak buahnya melihat Aisy yang memakai baju tidak berlengan panjang.

"Terima kasih Tuan Muda Khalaf. Selalu-selalu lah bawa Cik Muda kesini." Jejaka itu menunduk sedikit wajahnya sebelum menghadiahkan senyuman buat Khalaf.

"Alright. See you." Ucap Khalaf sebelum kembali menarik Aisy kedepan. Bahu Aisy ditarik merapat pada tubuh tegapnya.

"Kita balik naik apa?" Aisy memerhati sekeliling di kawasan itu. Ingatkan suaminya suruh Evren jemput ke apa.

"Motor abang." Langkah mereka berterusan sehinggalah tiba di tempat parkir khas kali terakhir Khalaf meletak Honda cbr 1000cc hitam pekat miliknya.

"Be-betul ke nii?" Aisy agak risau bagaimana sudahnya dia menaiki motor berkuasa tinggi itu. Dari awal mereka berkahwin sehinggalah anak satu, tak pernah sesekalipun dia merasa naik atas motor tersebut.

Khalaf menyepi tanpa menjawab soalan Aisy. Setelah tiba di motor itu, Khalaf meletakkan backpack hitamnya di atas ruang duduk buat sementara.

Jaket yang dari tadi dipegang dikibas kasar beberapa kali.

"Sini."

Wanita itu hanya akur apabila Khalaf mengarah.

Khalaf menyarungkan jaket tersebut pada tubuh Aisy. Dengan penuh bersabar dia membetulkan jaket itu agar tampak selesa isterinya pakai.

"Farrel jangan bawa laju-laju tau."

"Farrel kalau bawa laju-laju juga Aisy terjun dari—" Ralit Aisy memerhati suaminya yang mula naik duduk ke atas ruang duduk motor tersebut.

"Jangan nak membebel. Kalau naik sorang-sorang memanglah aku bawa macam tak sayang diri sendiri."

"Ni ada kau, sayang. Tak ke naya bawa kau laju-laju. Anak kita dekat rumah tu macam mana?" Keluhan ringan dilepaskan. Penat juga nak hentikan wanita itu membebel. Ini kira beruntung sebab diam terus.

"Silap-silap Evren gelakkan aku kalau accident. Entah macam mana agaknya dia jaga Airis."

Helmet telahpun dipakaikan buat Aisy. Khalaf mengikat tali helmet itu se-erat yang mungkin. Maklumlah kepala kecil. Ini saja helmet yang dia ada. Hanya Aisy yang pakai, dia tidak.

Khalaf merenung penuh geli hati mata isterinya yang tenggelam disebalik visor helmet yang baru saja dia turunkan. Kalau nak digambarkan berkuap wajah wanita itu.

"Careful baby." Dia membantu sehingga selesai Aisy naik ke ruang duduk belakang. Agak sukar juga kerana motor itu tinggi.

Hanya bunyi enjin yang memenuhi gegendang telinga Aisy pada waktu itu. Telah bersedia hendak memulakan perjalanan.

"Your hands, please." Khalaf meminta agar Aisy menyambut tangannya.

Tangan wanita kesayangannya itu dibawa kehadapan memeluk tubuhnya. Baru Khalaf jamin yang perjalanan itu akan selamat. Bukannya tahu sampai-sampai karang tempat duduk belakang sudah tidak berpenghuni.

FARREL'S BOO©️Where stories live. Discover now