Tetapi anak matanya sedang memerhati susuk tubuh yang berada disebelah Raees. Baru dia perasan, ada lagi seorang lelaki yang berada disitu.

"Yang itu... siapa?" akhirnya dia menyoal. Kepalanya digerakkan ke kanan dan menyenget. Memandang kearah susuk tubuh lelaki yang ralit melihat telefon pintar berkamera tiga itu.

"Itulah Nuhaan, bonda." Raeed yang duduk berhadapan dengan Hadeeya membalas.

Nuhaan yang ralit mengscroll aplikasi instagram itu tersentak apabila terdengar namanya disebut. Automatik mata dan kepalanya memandang kearah Raeed dan Hadeeya. Senyuman manis diukirkan lalu mengangguk kecil kearah mereka. Sekadar beradab.

Raees yang berada disebelah Nuhaan pula tidak habis-habis lagi dengan muka cemberutnya. Merenung taman bunga yang jelas lagi nyata keindahannya.

'Termenung ku sendiri~

Kesian. Tiada siapa mahu memujuk. Itulah, siapa suruh mengada sangat. Bonda pun malas layan. Tiara lagilah malas nak melayan dia.

Pujuklah diri sendiri ya Ees. Tataa~.

"Oh inilah anak lelaki Jannah ya? Besar panjang dah kamu." kata Hadeeya. Bibirnya turut membalas senyuman daripada Nuhaan. Alahai, manis betul senyuman budak itu. Makin besar makin segak.

Patutlah tadi waktu dia berjumpa dengan Jannah dan keluarga, Nuhaan tiada. Sudah melencong ke sini rupanya.

"Haa.. Marilah sini Nuhaan. Sembang dengan aunty." Ditepuk-tepuk nya kerusi yang berada disebelah Raeed.

Mendengarkan pelawaan itu, Nuhaan pun bangun dari duduk lalu pergi kearah kerusi disebelah Raeed. Semeja dengan Hadeeya.

Usah dicerita, terketar-ketar juga jari-jemarinya semasa menarik kerusi untuk duduk. Tak tahulah kenapa.

Tiba-tiba rasa gementar.

"Assalamualaikum P-puan." agak-agak Nuhaan tersenyum.

"Wa'alaikumussalam.. Laa tak usahlah gelar Puan, kamu tu bukannya staff saya. Gelar aje Aunty Deeya. Kalau dah jadi nanti, barulah wajib panggil bonda, ecehh." menyempat Hadeeya bergurau. Tersenyum lebar dia.

Si Nuhaan ni pun satu, bukannya tak pernah jumpa langsung dengannya. Cuma sudah lama tak bersua saja.

Ya, sudah lama betul dia tidak berjumpa dengan budak bertuah ini.

Makin besar, makin sopan santun sikapnya. Makin segak pun ada juga.

"Err hehe, baik Aunty Deeya." tersipu-malu Nuhaan membalas.

Terus hilang sifat kejantanannya yang sudah dipupuk sejak semalam. Habis malu-malu kucing juga yang keluar.

Sejak semalam lagi dia sudah melatih diri untuk sentiasa terlihat yakin dan 'be cool and gentle' apabila berhadapan dengan keluarga Haura.

Acah je semua tu..

Awal-awal lagi dia sudah tewas.

"Haa kan elok panggil macamtu. So now.. aunty nak tanya, Nuhaan betul-betul mahu menghalalkan anak perempuan aunty pada satu hari nanti? Kamu rasa mampu?" Hadeeya mula beraksi dengan soalan kemahiran berfikiran aras tingginya!

Terkedu terus orang yang mendengar.

Kepalanya sedikit tertunduk. Bibir bawahnya digigit.

Perit dia menelan liur.

Kepalanya ditegakkan semula. Anak mata hitam milik wanita dihadapannya dipandang. Sejuk pula telapak tangannya.

Belum sempat dia membuka mulut.

Tiba tiba,

Pecah tawa Hadeeya akhirnya. Terhibur sungguh dia dengan reaksi Nuhaan.

"No lah Haan, aunty gurau aje. Cuak beno muka tu. Jangan risau lah, aunty tau bukan masanya lagi untuk di tanya soalan macam itu. Saja je nak tengok macam mana reaction kamu." terkekek-kekek Hadeeya ketawa.

Suka betul mengusik orang dengan soalan kemahiran berfikiran aras tingginya.

Nuhaan menghembuskan nafas lega. Tersenyum kekok.

Raeed dan Raees yang berada di sebelah Nuhaan hanya tersenyum lucu.

Daripada awal lagi, Raees dan Raeed sudah tahu bahawa bonda hanya mahu melawak sahaja. Biasalah bonda, dengan sesiapa pun mahu menanyakan soalan KBAT.

Mana taknya orang selalu kecut perut setiap kali mahu bertemu dengannya?

"Nuhaan. Ceritakanlah tentang diri kamu. Aunty teringin juga nak tahu serba-serbi tentang kamu yang sekarang." setelah puas mentertawakan Nuhaan, Hadeeya bersuara semula.

Nuhaan mengangguk-angguk beberapa kali. Berfikir beberapa saat dan baru bersuara,

"Sekarang, saya masih belajar, dan bekerja sendiri..." dia meneruskan kata dengan memperkenalkan bidang yang diceburinya dan menerangkan tentang pekerjaannya.

Sudah seperti memperkenalkan diri untuk interview pula. Tapi, ini pun boleh dikira sebagai interview lah kan?

Interview untuk menjadi menantu.

"Oh patutlah kamu handal dalam bidang media dan IT, belajar di bawah bidang itu juga rupanya." Dia baru teringat jurugambar yang diupahnya untuk mengambil gambar sepanjang majlis tadi adalah pekerja bawah Nuhaan.

Nuhaan mengangguk sekali sebelum dia bercerita lebih lanjut tentang kerjaya nya yang satu itu. Dari mana dia mula dan hinggalah kondisi yang sekarang.

Berbagai-bagai soalan yang ditanyakan Hadeeya kepada Nuhaan.

Kebanyakan yang disoalnya adalah tentang diri Nuhaan, pelajaran dan kerjanya. Seronok dia bertanya lagi seronok mendengar Nuhaan bercerita. Pandai Nuhaan melayannya.

Punya banyak topik mereka untuk berbual hingga tidak sedar langit sudah gelap. Azan maghrib juga sudah berkumandang.

Dengan itu, mereka menangguhkan perbualan lalu terus masuk ke dalam rumah.

Yang lelaki lekas-lekas persiapkan diri untuk ke masjid.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now